Cuaca hari ini sangat kelam, dingin serta tenang, sama seperti hari sabtu dan ahad yang lalu. Aku sangat teruja dengan cuaca begini, kerana ianya mengingatkan aku pada Elmshorn iaitu sebuah kampung di dalam wilayah Hamburg, Jerman. Secara tidak lansung aku teringat pada Pak Mail dan keluarga, Pak Ya 'the lone ranger', Boris becker, Emilija dan Aleecja juga warga Elmshorn yang sangat baik hati dan peramah.Aku juga teringat pada denai² serta pokok² yang rimbun, pedestrian walk yang ada laluan khas untuk basikal, kawasan perumahan yang teratur serta luas, stesyen keretapi yang 'cool', tong sampah yang penuh dengan botol arak serta gabus, minimart yang jual coklat nutella dengan harga tak sampai 1 Euro untuk 10 paket, rokok yang dijual pada harga tak sampai 4 euro untuk 20 batang dan banyak lagi perkara yang menarik. Pendek kata suasana kehidupan di sana memang sangat menyeronokkan.
Jadi kalau orang tanya malam ni aku sokong team mana dan team mana yang akan menang?? korang semua dah tau kan..sabtu lalu cuaca sama macam hari ini dan Jerman akhirnya belasah Argentina 4-0.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment