Wednesday 26 September 2012

From Subang to Victoria Parade.

Hell Yeah..!! nafas baru, warna baru, angin baru juga kehidupan baru. Aku sudah berpindah dan kini tinggal di Melbourne, Australia. Terlalu banyak yang mahu di kongsi melalui kisah-kisah tersurat dan tersirat. Yes aku sedang menjalani proses pembelajaran tentang kehidupan tapi di dunia yang lain. Aku akan kembali di kotak-kotak entri ini tidak lama lagi. Langkah terakhir untuk permulaan langkah yang baru.

Secebis harapan untuk aku dan semua. God speed.

Friday 29 June 2012

Norma-norma perubahan.

Ada beberapa perubahan sedang dan telah melintas didalam kehidupan aku, pertama jari aku sudah tidak menyepit American eagle, akibat dari 'living cost' yang semakin meningkat, aku memberi ruang kepada 'handrolling tobacco blended'. Kedua, aku semakin kritkal didalam memberi persoalan² tentang apa yang sedang berlaku disekeliling aku. Ketiga pula, tekanan darah semakin meninggi. Tapi yang paling penting aku bukan seorang android lagi. aku sudah lucutkan segala pergelutan yang menghantui diri selama ini.

Yes, aku sedang Jobless..!! dan aku juga sedang menghela nafas lega.

Tuesday 19 June 2012

We found a place to which we drive And i offer you the time to sleep, to dream, to wake up when we arrive

Lontarkan kebodohan.

Kisah salah guna kuasa, skandal rasuah, kerajaan korup, projek juta-juta, fitnah, demonstrasi, berdebat, sidang akhbar, kes mahkamah,  media dikawal, fakta tipu, isu perkauman, isu murtad, Institusi di Raja, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Kedai 1 Malaysia, laporan audit negara, keganasan polis, rusuhan dan bermacam² lagi adalah seribu satu gambaran tentang lanskap politik negara. Bila kita sebut tentang politik adakah ianya hakmilik mutlak ahli² politik, ahli² parlimen di Dewan rakyat mahupun pengikut/pencacai sesebuah parti? Yes majoriti rakyat negara ini beranggapan sedemikian, kisah politik tidak ada kena mengena dengan kehidupan seharian mereka, kisah politik tidak pernah/akan menggangu kehidupan mereka. Malah sering juga aku dengar dialog² seperti dibawah.

"Ala..ape nak susah², UMNO ke, BN ke, PAS ke, DAP ke, PKR ke..semue same je..ade duit, hulur bawah meja..projek dapat..dorang jugak yang kaye..kite same macam ni jugak..jadi kite tak payah pening² fikir..lantak lah kat dorang, dosa pahala bukan kite yang tentukan.."

Persoalannya, ramai diantara kita tahu tentang penyelewengan, tentang projek² kroni, nak kaya cepat masuk dunia parti politik, nak dapat projek lembu jadilah menteri, ianya sebagai satu 'rahsia terbuka' untuk semua. Tapi malangnya masih ramai yang kurang faham, kurang celik dan juga kurang fasih tentang bagaimana sesebuah sistem kerajaan berjalan. Betul 55 tahun kita merdeka dan 55 tahun juga kita telah dicetekkan pemikiran dan paling sedih apabila ada sesetengah para graduan, belajar hingga ke seberang laut, belajar hingga dapat anugerah dekan, belajar tentang perbezaan kehidupan tapi masih tidak tahu untuk menilai. Yes, mereka pandai tapi mereka tidak cukup bijak. Paling sedih juga apabila pekerja profesional, mampu cipta sumber kewangan tapi sumber pengetahuan masih berkurangan.

Mari kita kupas satu persatu, mengapa kisah politik amat penting untuk kehidupan kita..? Politik adalah satu seni untuk memonopoli sesebuah kuasa, apabila sudah punya kuasa maka semua perkara mampu untuk dikawal, dalam bahasa mudah jika sesebuah parti menang pilihanraya maka parti tersebut diberi mandat untuk mengurustadbir kerajaan dalam bahasa jahatnya adalah berkuasa, mampu mengawal juga mampu untuk buat apa saja. Perkara paling solid yang perlu dijaga adalah punca pendapatan negara. Dari mana datangnya punca pendapatan negara..? Dari sumber alam seperti Petroleum, kelapa sawit, getah, bijih, perladangan, pertanian, penternakan, industri pelancongan, industri berat juga ringan, sektor² kilang, perkapalan, import dan eksport, tenaga kerja rakyat negara ini dan banyak lagi. Selain dari itu wang cukai persendirian, cukai hiburan, cukai tanah, cukai taksiran, cukai kereta import, saman lalulintas, Amanah saham, kumpulan wang pekerja, wang untuk buat passport, kad pengenalan, pembaharuan lesen, cukai perniagaan dan banyak lagi. Kesemua sumber kewangan yang ada dikumpul dan dalam bahasa cincainya 'disimpan' untuk kegunaan negara seperti membuat sekolah, Universiti, hospital, jalanraya, longkang dan parit, jambatan, kemudahan² awam, membayar gaji penjawat awam, membayar pencen kepada pesara, biasiswa pelajar, elaun para Sultan dan Raja, subsidi minyak juga subsidi makanan seperti beras, tepung dan gula, pembelian buku teks untuk sekolah, alat² ketenteraan untuk sistem pertahanan negara, polis juga Bomba dan banyak lagi. Ianya bergerak setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun seperti sebuah pusingan juga lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Sumber kewangan negara adalah milik negara dan bila kita sebut negara maka ianya milik seluruh rakyat jelata. Cuma ianya diurustadbir oleh sesebuah parti yang dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Parti yang menang akan pilih ketua, timbalannya, ahli-ahli kabinet dan sebagainya untuk pastikan semua berjalan dengan lancar apabila hendak mengurustadbir negara. Itulah kuasa yang dimaksudkan.

Apa ada dengan kisah politik juga kena-mengena dengan kita?? dalam matematik mudah, jika setahun kita ade RM 2 ribu hasil dari pengumpulan duit lebihan gaji setiap bulan dan melalui duit RM 2 ribu ini juga kita hendak beli bermacam² benda seperti telefon bimbit, kereta juga pakaian berjenama. tidak cukup, tapi disebabkan kita mahu juga puaskan hati lantas kita buat pinjaman peribadi RM10 ribu dan beli semua benda yang kita mahu, tapi setiap bulan melalui duit gaji kita perlu bayar hutang sekali dengan bunganya. Akibat dari itu kita tidak cukup untuk beli makanan malah untuk isi minyak kereta juga tidak mampu. Sudah tentu ianya adalah kesilapan salah urus tadbir pendapatan peribadi kita. Sama juga halnya dengan pendapatan negara. Ianya adalah kesinambungan dari kisah 'hulur bawah meja'. seperti yang kita tahu melalui pendapatan negara mereka akan bina sekolah, hospital, beli peralatan ketenteraan dan sebagainya, tapi malangnya sebagai contoh modal untuk buat sekolah adalah RM1 juta tapi peruntukkan yang diolah pula adalah RM2 juta. Bakinya dijadikan untung dan begitulah lumrah setiap perniagaan mahukan keuntungan. Nampak seperti perkara tidak penting, tapi apa akan jadi bila duit simpanan kerajaan berkurangan atau habis. Jawapan mudah adalah ekonomi mungkin merudum, bila merudum perlukan suntikan kewangan. Apakah mekanisma penting untuk memberi suntikan kewangan? kurangkan subsidi seperti minyak dan bahan makan, hasil dari pengurangan subsidi mampu untuk memberi nafas baru kepada pendapatan negara, tapi kesannya bakal/akan ditanggung oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. Contohnya jika subsidi minyak dipotong maka harga minyak akan dinaikkan, jika harga minyak naik semua keperluan harian bakal naik kerana setiap proses penghantaran barang keperluan dari kilang ke pengedar juga peruncit memerlukan pengangkutan dan secara tidak lansung minyak perlu digunakan. Jadi setiap harga barang perlu dinaikkan untuk menampung modal kasar setiap perniagaan akibat dari kenaikan minyak. Maka secara rumusnya jika kita faham tentang pengiraan yang ada sudah pasti kita juga akan faham tentang faktor² utama kenapa perihal politik bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian.

Teori mudah untuk kita semua adalah, perlu kritkal dan analitikal ketika berfikir dan persoalan paling penting adalah bagaimana kita sebagai rakyat negara ini serta pembayar cukai mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa. Kita perlu peka dan tahu bertindak, kita sudah tidak boleh mengeluarkan dialog² mudah seperti

 "dosa dan pahala hanya tuhan saja yang tahu" atau "ala...standard la makan duit sikit kalau tak macam mana nk dapat projek."

  kerana sesungguhnya sebagai umat yang hidup dimuka bumi ini juga perlu memerangi penindasan dan ketidakadilan juga ketidaktelusan. Memang agak sukar untuk wujudkan masyarakat yang peka dan mampu berfikir apabila terjadi nya kontroversi penyelewengan duit atau dana kerajaan dan ianya perlukan masa yang agak panjang untuk berlakunya 'revolusi minda' dikalangan kita lebih² lagi bila setiap hari disuap, dimomokkan dengan segala macam racun menerusi media. cuma sebagai individu yang faham tahu peka, haruslah memberi pencerahan kepada yang tidak tahu agar kita mampu untuk wujudkan satu budaya yang sihat dari segi sosial politk juga sosial ekonominya.

Contohnya, jika berlakunya penyelewengan didalam parti 'U' misalnya, takkan kita masih atau ingin  memberi sokongan sedangkan telah banyak kali diminta untuk membawa dan membuat perubahan. Sama juga dengan parti² lain. Belum tentu pemimpin memakai jubah, beserban serta berjanggut lebat mampu untuk bersikap telus didalam mengurustadbir kerajaan. Jadi kita sebagai sebuah masyarakat yang mampu berfikir harus tahu untuk tolak mana² pemimpin atau parti yang tidak telus, zaman omong² kosong seperti "ala standard la", "tak sedar diuntung, dulu kau sekolah, siapa tanggung??, jalanraya siapa yang buatkan??" sudah berlalu. Kita harus berani untuk memecahkan tembok kekufuran, tembok takut, juga tembok yang selama ini telah mengikat kita dengan pelbagai dakyah dan surah juga pelbagai fakta dan sejarah pesong.

Jadi, satu perubahan besar harus berlaku, bukan sahaja sekadar menolak kepimpinan yang korup, tapi menolak segala kebododan juga kebebalan diharuskan terlebih dahulu. Jika kita tidak ubah cara berfikir, ubah persepsi juga perspektif, bukan sahaja sampai kucing bertanduk, malah sampai kucing ada sayap juga kita tidak berubah.

Bersambung . . .

Tuesday 29 May 2012

Joyeux anniversaire 2e à nous



Sepanjang pengalaman aku bekerja di Hangar MAS, aku sering terlihat kumpulan² rombongan pelajar sekolah/kolej membuat lawatan, melihat kapal terbang, menimba pengetahuan tentang sistem2 didalam kapal terbang juga membina cita² untuk membawa kapal terbang. Back in 2003 ada sekumpulan budak sekolah datang melawat ke tempat kerja aku dan ianya adelah perkara biasa. Namun perkara paling tak disangka ialah, salah seorang budak perempuan yg datang melawat itu adalah my 'future wife'. Yes kami mungkin pernah berada bersama didalam ruang legar kedai makan tapi berlainan meja juga teman, kami mungkin pernah berada didalam ruang legar 'gig' yg same menyaksikan band kegemaran tapi berlainan posisi juga rakan. Kami mungkin pernah berada didalam ruang legar pawagam yg sama menonton filem kegemaran tapi berlaianan bekas 'popcorn' juga kawan dan kami lansung tidak perasan. Tapi bila sampai waktunya dengan izin Tuhan kami bersatu didalam ruang legar yang sama, memeterai cinta juga janji. sambil memburu impian dan harapan yg sama. We've created our majestic chapter about state of love and trust. Hope it's continues till the end  Happy 2nd anniversay to my Lovely wife @Aim Aris, I LOVE US & MAY OUR DREAM COMES TRUE..



Wednesday 2 May 2012

Sekalung Tahniah..!!

Kepada peserta BERSIH 3.0 tidak kira di KL atau mana² kota lain diseluruh pelusuk dunia, kita adalah sebahagian dari sejarah, bergerak ampuh menentang penipuan dan kejahatan..biarlah apa kata mereka yang penting ratusan ribu diantara kita telah mendombrak semangat semua rakyat malaysia, biarlah apa kata mereka, yang penting jutaan rakyat negara ini terima mesej tentang betapa sistem pilihanraya harus dibersihkan..dan kerajaan yang korup harus ditenggelamkan..yang pasti majoriti rakyat negara ini menyokong gabungan BERSIH walaupun tak semua turun berhimpun, tapi dlm jiwa kuat hendak menuntut kebenaran..


bergembiralah kerana kita sudah punya langkah untuk menang..!!


Thursday 26 April 2012

Sit in..!!

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar merupakan ahli UMNO dan memegang Timbalan Pengerusi Tetap Cawangan Bunga Daisy, Putrajaya, di mana Ketua Bahagiannya adalah Tengku Adnan Mansor yang juga merupakan Setiausaha Agung Umno. Di dalam perlembagaan Perkara 114(2) menyebut 'pada melantik ahli SPR Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan sesuatu SPR yang mendapat kepercayaan awam' dlm ertikata lain seseorang dilantik sebagai ahli SPR sebagaimana di dalam Perlembagaan Malaysia menjelaskan mereka perlu bertindak secara 'non partisan' supaya mereka diyakini dan dipercayai oleh rakyat.


 Dinegara ini semuanya boleh..!!

Wednesday 18 April 2012

PTPTN, hutang perlu dibayar atau lupakan sahaja.

Kisah dan isu tentang PTPTN serta kisah Ocuppy Dataran Merdeka sedang hangat diperkatakan, seingat aku lebih kurang 2 tahun yang lalu, sambil duduk minum kopi dan beberapa batang rokok ditemani beberapa teman duduk bersembang dan bila masuk bab politik, sedikit ulasan aku keluarkan. Antara ulasannya ialah. "jika Pembangkang ingin menang pilihanraya yang akan datang, mereka harus berani mansuhkan PTPTN, nescaya ramai pelajar juga ibubapa pelajar akan memberi sokongan. Begitu juga halnya dengan kerajaan pemerintah, jika kerajaan BN berani utk hapuskan PTPTN mereka mungkin akan terus kekal berkuasa walaupun terpalit dengan pelbagai isu-isu kontroversi seperti rasuah. Melalui cakap² kosong aku memang tidak diambil endah oleh teman² kerana secara realitinya memang kita tahu ia tidak mungkin berlaku dan aku terus lupa untuk kupas idea tersebut. Tetapi lebih kurang 2 tahun selepas itu, iaitu sekarang, isu ini dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mengeluarkan usul utk mansuhkan PTPTN jika mereka berjaya pijakkan kaki ke Putrajaya. Maka bermacam-macam pendapat dikeluarkan, berbagai-bagai tohmahan dilemparkan tak kira samada untuk Anwar Ibrahim dan parti pembangkan mahupun Kerajaan BN yang ada.

Persoalannya, adakah niat Anwar Ibrahim memansuhkan PTPTN sebagai satu niat murni atau semata-mata untuk mahu beli undi dan adakah cakap-cakap serta ulasan Perdana Menteri Najib Razak dimana sebanyak rm43billion diperlukan utk menampung pendidikkan percuma dan ianya sangat mustahil untuk direalisasikan adalah sebagai satu kenyataan jujur dari mulut Perdana Menteri dengan harapan para pengundi faham yang dia tidak mahu memberi janji-janji kosong. Jawapannya hanya mereka sahaja yang tahu dengan niat masing-masing. Biarkan mereka dengan agenda mereka dan mari kita kupas sama-sama apakah maksud disebalik pemansuhan PTPTN sebelum kita menilai tindakan anak-anak muda yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.

Seperti yang semua sedia maklum PTPTN adalah Tabung pinjaman pendidikan tinggi Negara, dalam ertikata lain ianya adalah pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan utk mana-mana pelajar yang tidak mampu utk mendapat biasiswa kerana mungkin kurang cemerlang dan sukar mendapat tempat. Selain dari itu PTPTN juga berjaya membantu pelajar² yang tidak berjaya untuk masuk ke IPTA tapi berjaya masuk ke IPTS kerana sejumlah wang yang agak besar diperlukan jika kita hendak menuntut di IPTS. secara kritikalnya jika kita sedar atau perasan pada tahun 1997 dimana PTPTN diperkenalkan tidak lama selepas itu berbondong-bondong IPTS tumbuh di serata negara dan ianya menjadi alternatif kepada semua dan secara ktritikalnya juga wang yuran yang tinggi dikenakan dan pelajar² adalah sebagai orang perantaraan yang menyalurkan keuntungan kepada IPTS melalui PTPTN. Bagi yang rajin dan mahu berfikir, mungkin boleh kaji siapakah pemilik² atau pemegang saham terbesar disebalik IPTS yang ada dan adakah setiap helai sijil mereka laku dipergunakan untuk mencari kerja melalui setiap kepakaran yang dipelajari di IPTS.

Bagi yang kurang faham PTPTN adalah duit pinjaman dari kerajaan, bila kita sebut kerajaan kita harus fikir tentang Dana Awam, bila cerita perihal Dana Awam ianya berselirat dengan wang cukai rakyat negara ini. Jadi secara kebetulannya wang yang dipinjamkan untuk semua orang sambung pelajar diperingkat tertinggi ada kena mengena dengan wang pembayar cukai dan secara realitinya setiap pinjaman PTPTN akan digunakan untuk membayar yuran pengajian Universiti & kolej juga digunakan untuk menampung perbelanjaan para mahasiswa, seperti wang makan, wang untuk beli buku, beli laptop, sewa rumah, pengangkutan ketika belajar dan tidak ketinggalan juga wang² PTPTN ini juga digunakan untuk membeli telefon bimbit, keluar tengok wayang bersama kekasih, bantu keluarga dan bermacam-macam lagi. Persoalan paling solid, adakah ianya adil jika kita sebagai mahasiswa meminjam wang dari pembayar cukai tapi membelanjakannya kepada perkara² yang tidak sepatutnya dan kemudian menuntut ianya harus dihapuskan sama sekali, adakah ini satu tindakan paling relevan. Yes aku antara jutaan penduduk negara ini yang bayar cukai dan tidak marah jika duit cukai aku digunakan kejalan yang sepatutnya seperti menuntu ilmu tanpa perlu bayar balik pada aku.Tidak sama sekali. dan aku juga tidak tunding jari pada para mahasiswa untuk berhenti berjuang meminta PTPTN dihapuskan. Tidak sama sekali, aku cuma ingin bawa semua orang menyelam dengan lebih dalam lagi juga apakah teori yang terbaik untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan dengan isu PTPTN ini.

Jika secara praktikalnya sebelum ini duit PTPTN diberi setiap semester untuk semua mahasiswa, apa kata kita lupakan tentang PTPTN sebentar dan tuntut "yuran pembelajaran percuma", dalam ertikata lain sesiapa sahaja boleh belajar secara percuma dimana-mana Universiti tanpa sebarang kompromi. Bagaimana dengan wang poket setiap bulan untuk makan, minum dan tempat tinggal..?? kita wujudkan satu skim tabung pinjaman dimana ianya akan dibayar setiap bulan hingga habis belajar dan cara pembayaran balik tanpa sebarang faedah, maknanya jika jumlah pinjaman rm10ribu mereka perlu bayar secara ansuran sebanyak rm10ribu sahaja. Dengar seperti mudah bukan?? Walaubagaimana pun beberapa aspek perlu diperbaiki sebelum hendak wujudkan sistem sebegini, contohnya kerajaan perlu mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat melalui 'keadilan ekonomi'. Apa itu keadilan ekonomi? (tunggu di artikel lain)  perkara paling asas seperti kadar gaji minima yang berlipat ganda harus ada demi untuk menstabilkan pendapatan setiap isi rumah dinegara ini dan pada masa yang sama mampu menyediakan sejumlah wang untuk anak² yang mahu melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya. Perkara ini amat harus dititikberatkan, jika tidak perbelanjaan pengajian secara percuma hanyalah omong² kosong, hanyalah cita² pak Pandir. Bagi aku 'Keadilan Ekonomi' harus berjalan secara telus terlebih dahulu sebelum kita tuntut sebuah sistem pendidikan percuma, kerana melalui 'keadilan ekonomi' juga keuntungan negara akan berlipat ganda dengan syarat tidak berlaku ketirisan dan kebocoran dimana-mana bahagian.

Adakah dengan adanya sistem pendidikan percuma akan buatkan sesetengah pejajar ketinggalan kerana tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran?? kerana negara tidak punya banyak Universiti Awam. Jawapannya berbalik kepada 'keadilan ekonomi' dan ketirisan serta kebocoran wang kerajaan. Bila kerajaan punya wang yang banyak, adakah mustahil untuk wujudkan banyak Universiti awam juga Universiti Swasta yang kukuh dan stabil dan yurannya percuma demi untuk memastikan peluang dan ruang untuk melanjutkan pelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Bagi aku satu refomasi pendidikan perlu berlaku dinegara ini demi untuk memperbaiki sistem pendidikan yang ada dan ianya perlu melibatkan pakar² sains sosial didalam proses baikpulih tersebut, banyak perkara serta punca harus dipersoalkan contohnya, kenapa anak muda (lebih² lagi melayu) tidak minat untuk belajar, kenapa mereka boleh tertinggal, cara pembelajaran dan sebagainya. Perkara ini berselirat diantara satu sama lain dan perlu dibaik dari peringkat akar umbi. Bagi yang kurang faham secara realitinya bukan sahaja sistem pendidikan perlukan perubahan besar malah keseluruhan sistem yang ada didalam negara ini perlukan perubahan paling tidak pun satu nafas baru demi kebaikkan penduduknya.

Jadi, jika soalan tentang PTPTN hinggap kemuka aku hari ini, jawapan paling ringkas dari aku adalah, Wang yuran pengajian tinggi haruslah PERCUMA untuk semua warga negara ini, wang perbelanjaan bulanan pelajar pula boleh dipinjam melalui satu skim pinjaman (bukan PTPTN) tetapi harus dibayar semula selepas mendapat kerja dan tiada sebarang caj lebihan atau faedah yang perlu dikenakan untuk setiap pembayaran. Contohnya jika pinjam rm10ribu bayar semula rm10ribu secara beransuran. Tetapi bagaimanapun taraf hidup rakyat negara ini perlu ditingkatkan terlebih dahulu agar semua golongan masyarakat mampu menyediakan wang perbelanjaan untuk pendidikan dan jika ditanya  tentang anak² muda yang berkhemah di Dataran Merdeka sebagai satu tindakan wajar? jawapan aku adalah YA..!!
kerana jika kita tidak bersuara, jika kita tidak ada 'action' sampai kiamat pun kita tidak dapat lihat perubahan..


Tuesday 10 April 2012

Fun Fact

PTPTN tidak dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan dan tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia. Tetapi purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa. Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011 kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka (66.9% disaman). PTPTN bermahajelala melebihi bank dan dilihat menindas graduan. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Manakala kerajaan pula telah memutuskan untuk menghapuskan hutang Tan Sri Tajuddin sebanyak RM589 juta kepada dana Harta. Dimanakah keadilan, sedangkan pendidikan percuma adalah satu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan dan setakat ini belum ada lagi kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan. Sila berbincang jika ada sesiapa yang tidak setuju...

Saturday 31 March 2012

Parti mana lebih hebat?

Jimi Hendrix diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama mendengar secara ‘live’ album Sgt. Pepper Lonely Heart Club – album ke-8 The Beatles. Malah, Majalah Rolling Stone mengisytiharkan album yang diterbitkan pada 1 Jun 1967 itu merupakan album terbaik di kalangan 500 album sepanjang zaman. Album ini ditanggapi sebagai cetusan baru dalam dunia muzik Psychedelic Rock yang paling unik pernah tercipta. Mahu dijadikan cerita, Jimi Hendrix tidak senang untuk melihat Sgt Pepper Lonely Heart Club terus berjaya dengan dominasi muzik British pada era yang dikenali sebagai ‘Brits Invasion’. Terus, Jimi mengambil keputusan mengejut dengan memainkan lagu Sgt Pepper Lonely Heart Club secara live di Saville Theatre hanya selepas tiga hari album itu dilancarkan. Tindakan Jimi Hendrix dianggap kurang ajar oleh penerbit album terbabit, Brian Epstein, kerana merasakan seolah-olah peluang gemilang ‘The Beatles’ ini dicuri Jimi yang sememangnya memukau hadirin pada malam itu. Jadi, kontroversi terbit, seperti ‘lembu punya susu, sapi dapat nama’. Jika kita bandingkan hal ini dengan gejolak persaingan parti-parti politik di Malaysia, adakah kita mendapati perkara yang sama sedang beralun di lanskap politik tanahair? Ya, dengan pasti, kita terus hanyut dihiburkan dengan parti-parti politik yang bertarung bukan tentang soal dasar dan idea yang berguna untuk rakyat, tetapi tentang siapa menciplak idea siapa.

Ironi bukan? Hal seperti ini tidak asing dalam sejarah politik dunia.

Barang diingat, hal yang sama di suatu ketika pernah melanda dunia politik Amerika. Artikel yang terbit pada 24/2/2008 dalam New York Times, bertajuk “Political Oratory and Plagiarism”, menceritakan perkara yang hampir sama. Artikel berkenaan mengisahkan perjalanan susuk politikus terkenal di Amerika yang terbabit dalam hal ini. Semasa kempen pilihanraya presiden Barack Obama, beliau meniru bulat-bulat dasar yang dikembangkan oleh Gabenor Massachusett, Deval Patrick, tanpa pula memberi penghormatan kepada pencadang dasar asal. Kembali ke Malaysia, kita selalu didendangkan dengan drama sebuah parti politik yang menciplak beberapa keping dasar daripada lawannya. Parti ini kemudian mengatakan dengan megah bahawa ia adalah parti mesra-rakyat. Ini biasa buat parti politik yang sudah kering idea dan kontang idealisme. Seharusnya, ada dasar-dasar yang baik yang perlu disokong tanpa mengira siapa yang memperkenalkan dasar itu dan ia milik siapa. Sebagai contoh, dasar C.A.T (Competency, Accountability, Transparency).
Bagi saya selaku orang yang bukan milik kepada sesuatu parti, seharusnya tidak timbul hal-hal remeh untuk dibicarakan di Dewan Rakyat. Kita harus sedar bahawa Dewan Rakyat perlu menjalankan fungsinya secara berkesan dalam proses ke arah kerajaan kelas pertama. Bayangkan kita hadir di Dewan Rakyat, apa yang berlaku adalah ahli-ahli dewan rakyat sibuk bertengkar samada Parti A ‘mencilok’ idea Parti B dan sebaliknya. Saya kira sebagai wakil rakyat, mereka perlu lebih fokus kepada perbincangan yang berkait rapat dalam soal kemaslahatan rakyat, selain fokus terhadap peranan asalnya untuk membincangkan soal budaya, ekonomi dan sosial masyarakat untuk merangka perlembagaan dan akta-akta yang dapat diterapkan dengan baik untuk kesejahteraan rakyat di masa hadapan.

Berbalek kepada kontroversi Jimi Hendrix dan The Beatles tadi, saya kira kedua-dua artis ini terus mencipta nama besar di dalam perkembangan industri muzik dunia. Walaupun Jimi terlebih dahulu memperbaiki beberapa susunan lagu ‘Sgt Pepper Lonely Heart Club’ dengan lebih baik, The Beatles terus mencipta fenomena dengan album terbabit sekalipun tanpa bantuan dan publisiti Jimi Hendrix. Jadi, tinggalkan sahaja debat tentang siapa yang menciplak idea siapa. Saya kira banyak hal lain yang lebih penting, termasuk untuk mempersiapkan rakyat Malaysia dengan budaya demokrasi matang kelas pertama demi menjana keharmonian bangsa Malaysia.

Hasil cedukan dari Muhammad Nazreen



Friday 30 March 2012

Masih ramai yang kabur.

EARTH HOUR - 1 hour in 1 year without energy, 1 hour in 1 year without electric business, 1 hour in 1 year without pollution and 1 hour in 1 year to save our life. But are we critical enough to think about how many millions of money that were used for this marketing programme via electronic media, newspaper, magazine, billboard and etc.?? What a brilliantly brilliant idea, used by the capitalist to 'cleanse' the image of capitalist system. Something to ponder perhaps?




Saturday 24 March 2012

Menanti sekelumit cahaya.

Hari demi hari, dunia aku terus berputar, didalam mencari kesempurnaan aku masih tak dapat lari dari kegagalan. Jika bukan datang dari aku sendiri ianya datang dari orang lain tapi berjaya memalitkannya kepada aku. Sejauh mana aku lari kegagalan masih mampu untuk mengejar. Cara paling solid, buang saja segala kebaikan, segala kebodohan dan juga segala kesabaran. Sudah puas aku menangis, sudah puas aku merintih namun memang sukar untuk cipta kesempurnaan dan hari ini aku luluh sekali lagi. Tiada kata yang mampu disiratkan tiada gerakan yang mampu disuratkan.

Duduk diam dan tunggu. Pencerahan pasti datang, cuma aku tak pasti bila.

Simbol vs Nilai

Sebelum memulakan tulisan kali ini, barangkali ada baiknya kita menelaah dahulu puisi berharga daripada W.S Rendra :

“Dasar pendidikan kita adalah kepatuhan.
Bukan pertukaran pikiran.
Ilmu sekolah adalah ilmu hafalan,
dan bukan ilmu latihan menguraikan.”

Simbol
Di Malaysia, selepas keputusan SPM diumumkan, akan berlaku kemenangan simbol atas nilai. Sebagaimana Firaun membina simbol Piramid sebagai lambang keabadiannya sebagai tuhan (supaya manusia selepas terus menyembahnya), manusia-manusia moden yang menyembah simbol A akan memuja-muji budak-budak SPM yang sijilnya penuh dengan A. Pihak sekolah akan berbangga sebab sekolah berpeluang naik taraf jadi SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi). Pengetua tersenyum lebar sebab akan naik pangkat dengan kejayaan sekolah dan, kalau nasib baik, dapat gelaran ‘pengetua cemerlang’. Akhbar akan menempatkan muka hadapan ‘pelajar-pelajar cemerlang SPM’. Ibu bapa tumpang sekaki seronok. Ini realiti hari ini, simbol A menjadi lebih agung berbanding nilai ilmu yang dikutip sepanjang sekolah. Apakah bilangan A itu menyebabkan proses kita menjadi manusia yang lebih baik? Mungkin kita sudah mula lupa dengan kisah Amalina yang cemerlang dalam sistem peperiksaan tapi melupakan tudung yang pernah dipakai? Ahh, tak heran setakat buka tudung–Sufiah lagi genius, akhirnya pelacur.
Cemerlang dalam peperiksaan tapi miskin nilai diri. Ini menunjukkan kepada kita kejayaan sains positivisme menguasai masyarakat hingga akhirnya membentuk masyarakat rasional instrumental (dikenali juga sebagai rasional tujuan).

Makna
Apa bendanya positivisme dan rasional instrumental tu?
Sejarah ringkas untuk menerangkan dua istilah ini: Sewaktu Eropah bercita-cita mahu menuju kepada Pencerahan, pada masa inilah rasional diangkat. Pada waktu Pencerahan, pekikan ‘Sapere Aude’ bergema kuat, nyaring. Atas nama pengetahuan, Pencerahan ghairah mahu membebaskan dunia dari kuasa yang tidak terlihat (yakni kuasa yang tidak menepati hukum rasional-positivisme). Pada masa inilah, manusia mula mengunakan kata ‘tuan ke atas diri sendiri’, secara tak langsung, menjadikan diri sebagai ‘subjek’ dan alam sekeliling sebagai ‘objek’. Manusia menakluki alam, menentukan takdir sendiri, tidak takut lagi dengan cabaran sekeliling dan alam (objek) mula menjadi tujuan buat manusia.Mudahnya, rasional instrumental atau rasional tujuan ini menjadikan sesuatu objek sebagai tujuan dengan cara yang kelihatan rasional. Bila manusia meletakkan diri sebagai subjek, maka rahsia alam mula disingkap. Air, hutan, pokok, udara, api haiwan dikaji diperhati dan dicerap. Kebenaran dinilai dengan bukti rasional dan hasil empirikal (pemboleh ubah yang kita pelajari dalam sains). Semua kajian saintifik mesti dibenarkan dengan bukti rasional dan empiris. Maka di sini lahirlah sains tabie yang mengkelaskan fizik, kimia, biologi kepada satu bahagian dan bahagian keduanya adalah sains sosial yang mengamati tingkah laku dan budaya manusia. Pemisahan inilah yang dilakukan oleh pisau Positivisme. Malangnya, golongan positivistik ini tidak mau terhenti setakat menggunakan bukti empirikal terhadap alam, tetapi terhadap manusia. Wilayah rohani dan budaya dicemari apabila kenyataan, kebenaran, dibuktikan dengan bukti empirikal. Metodologi sains diguna pakai untuk menentukan hikmah-hikmah dalam agama, perasaan, moral dan sebagainya telah menghilangkan nilai aura manusia itu sendiri.

Nilai
Cubalah kaitkan dengan keadaan sistem peperiksaan Malaysia. Pelajar kelihatan bersungguh-sungguh belajar untuk dapat keputusan cemerlang, dengan mengabaikan potensi diri sebenar. Pada masa inilah kelihatannya rasional ‘belajar bersungguh-sungguh’ untuk mencapai tujuan ‘berjaya dalam hidup’. Kita di sekolah terus menghafal fakta-fakta yang hendak ditulis dalam kertas peperiksaan. Pelajar mencapai tujuan dengan bukti empirikal melalui sijil peperiksaan yang berderet simbol A sedangkan lepas peperiksaan terus lupa apa yang dipelajari. Simbol tak lebih sekadar simbol–hanya dapat A dalam Pendidikan Islam, tapi hormat orang tua pun tak reti. Cikgu pula berusaha menghabiskan sukatan pelajaran supaya pelajar cemerlang peperiksaan. Ini bukan generalisasi. Tak nafikan masih ada para guru yang ikhlas dalam mengajar, tapi selagi mana kita masih berada dalam sistem ini, selagi itulah kitaran pembodohan yang membekukan fikiran rakyat, tereutamanya kalangan Muslim, terus berjalan. Banyak A dalam SPM tak menentukan kita boleh survive hidup dalam kehidupan hari ini. Apa yang diperlukan adalah skill kehidupan, bukan sejumlah A.

Hakikat
Jadi, apa tujuannya kita melalui sistem peperiksaan dan diberi ‘hadiah A’? Sejak Tun Mahathir Mohamd memahkotakan simbol moden bagi Malaysia, dengan target Wawasan 2020, maka keserakahan kapitalis tanpa nilai terus menjadi-jadi. Universiti dibina semakin banyak, bukan dengan tujuan menyuburkan ilmu yang bebas nilai, tetapi supaya lepasan SPM masuk ke universiti (yang perlu dengan gred SPM yang baik, dahulunya) belajar teknik-teknik untuk memenuhi permintaan industri-industri kapitalis. Kemudian kita masuk universiti, kita terus belajar untuk mengaut CGPA yang baik. Keinginan untuk mendapatkan simbol-simbol yang ‘cemerlang’ terus melampaui makna dengan alasan simbol ini dapat memastikan mendapat pekerjaan yang baik. Universiti mesti dipastikan supaya mendapat penarafan yang baik, bukan kualiti pengetahuan yang lahir. Di sinilah hilangnya nilai kritis dalam diri kita. Kita jarang dapat menghasilkan inovasi yang baru sebab terbeban dengan silibus. Malah, kita tak dapat mempersoalkan apa yang kita pelajari kerana sibuknya kita dengan nota-nota kuliah. Kesannya, (maha)siswa yang dilahirkan hanya untuk memenuhi kehendak pasaran dan kehendak negara, jauh dari aspirasi rakyat marhaen. Malang bagi kita, positivisme yang melahirkan masyarakat rasional instrumental berhubungan terus dengan ideologi negara menjadikan kita sebagai alat kapitalis moden. Kita hidup untuk memuaskan keserakahan industrial.

Maka diakhiri tulisan ini dengan menyertakan fakta-fakta di bawah :-

- Lebih 50% CEO kepada 500 syarikat dalam senarai Fortune sering mendapat C semasa di kolej.

- 65% daripada seluruh ahli senat Amerika adalah mereka yang sering mendapat kelas pertengahan dan ke bawah ketika di sekolah.

- 75% daripada Presiden-presiden Amerika mempunyai rekod akademik yang buruk.

- Lebih 50% usahawan jutawan tidak menamatkan pengajian di universiti.

Jadi, sudah jelas atau setidak-tidaknya cerah sedikit untuk membezakan di antara simbol dan nilai?

Hasil cedukkan dari Asyraf Muiz

Saturday 17 March 2012

South Island Tour.





















Nova Zeelandia

Aku baru pulang dari pusing hampir separuh South Island of New Zealand bersama 'super wife', adik ipar juga 2 orang rakan karib kami. Semakin banyak perkara menerjah kedalam lubang pemikiran aku, namun semakin sempit masa yang diberikan kepada aku. Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama, terlalu banyak motivasi, namun aku tidak pasti sama ada aku mampu untuk mengupas satu persatu kisah kehidupan disana. Jika masa tidak dianggap sebagai emas lagi mungkin akan ada sekelumit cerita dari aku. Jika tidak mungkin gambar² yang ada mampu memberi penerangan, atau mungkin ianya sebagai salah satu langkah pertama untuk kita bangun dan lari tinggalkan ketakutan.

Sunday 19 February 2012

Last Hours of Eternity

Seperti biasa aku duduk diam lagi, seperti biasa jari-jari aku kebas, lidah dan lelangit aku kelu. Namun ini tidak bermakna jiwa aku tidak memberontak. Terlalu banyak yang aku mahu sirat dan suratkan melalui tulisan aku. Namun aku kurang daya, juga kurang hela. Tapi aku pasti, sikit masa lagi aku pasti bangun sambil tangan digengam erat lalu dijulangkan kelangit. Yes..!! aku akan bangkit untuk buang segala kebodohan yang melilit didalam kepala juga jiwa setiap diantara kita. Ini bukan masanya untuk kita duduk dan serap segala bunyi lalu hadam, ini bukan masanya untuk kita melangut dan tunding jari. Bukan...!!bukan...!!
Ini masanya untuk kita keluar dari garis ketakutan, keluar dari kotak² sempit yang telalu menghimpit. Ini masanya setiap neuron didalam kelapa harus digunakan sebaik mungkin dan ini juga masanya untuk kita bangun dan sedar dari tidur yang lama.

Cukup..!! aku tidak akan berpaling lagi.. setiap entri yang akan datang adalah 'pencerahan' jika tidak mahu berubah. Sila berambus..!!

Monday 16 January 2012

Membina semula sukan bola sepak kita


 Rata-rata sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan bola sepak negara begitu kuat sekali. Ia merupakan permainan paling popular rakyat Malaysia dan keghairahan kita tentang bolasepak sememangnya kuat. Namun demikian, keghairahan ini tidak dicerminkan dengan kedudukan ranking FIFA negara kita. Meski pun ranking itu tidak semestinya tepat dan persis, ia memberi gambaran tentang mutu bola sepak negara kita.
Pada 1993 Malaysia terletak di nombor 75 dunia. Ranking tersebut di atas negara-negara bola sepak terkemuka seperti Turki dan Afrika Selatan. Daripada nombor 75, semakin lama, semakin teruk, kepada tangga ke-159 pada 2007.


Mengenal pasti masalah


Apakah yang berlaku sepanjang dekad tersebut sehingga impaknya cukup besar yang menyumbang terus kepada kemerosotan tersebut? Yang pertama, rombakan format liga semi-pro kepada professional sepenuhnya. Kedua, pengenalan TV satelit yang mempromosi bola sepak barat, dan yang ketiga ialah skandal rasuah yang terbongkar tahun 1994.
Segala faktor-faktor ini sebenarnya merujuk kepada satu prinsip ekonomi yang mudah iaitu ‘supply & demand’ (penawaran dan permintaan). Dulu para pemain bermain secara sambilan dan tidak bergantung  sepenuhnya kepada bolasepak untuk menanggung keluarga. Bila duit tidak cukup, sukar untuk mengelak rasuah, apatah lagi Malaysia terkenal dengan sekumpulan manusia bernama bookie. Kehadiran TV satelit yang memaparkan siaran langsung permainan bola sepak liga Inggeris, Itali, Sepanyol dan Jerman menyebabkan ramai peminat teruja minda, dan apabila dibandingkan dengan permainan bola sepak cara “berjalan kaki” pemain tempatan apabila mengejar bola, ia berbeza bagai langit dengan bumi. Namun, kita berasa amat pelik, pada zaman semi-pro dulu kita hebat. Mengapa zaman semi-pro dulu kita melahirkan jaguh-jaguh handal? Kenapa semakin kita memprofesionalkan bola sepak, kita semakin teruk? Kesemua faktor yang disebut diatas tidak boleh dilihat secara berasingan, ia saling mempengaruhi antara sama lain.




Model perniagaan mampan untuk bola sepak


Apa yang kita pelajari sepanjang bolasepak Malaysia bertukar menjadi profesional ialah model ekonominya lemah. Rata-rata pasukan yang terlibat dalam liga tempatan tidak mempunyai rancangan jangka panjang untuk menjadikan pasukan mereka ‘sustainable business model’ (model perniagaan mampan). Rata-rata pasukan-pasukan hanya berharap kepada kerajaan negeri mereka sendiri, dan duit siaran dan penajaan yang diusahakan semata-mata oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Mana perginya MPPJ FC yang pernah memenangi Piala Malaysia? Berkubur kerana tidak mampan. Mengapa dulu FA Sarawak tidak mampu bayar gaji para pemain? Malahan sehinggakan terpaksa meminta sedekah orang ramai untuk membayar gaji para pemain. Sangat memalukan. Stadium negeri boleh memuatkan 45,000 orang tetapi tidak mampu membayar gaji pemain.
Jika dibandingkan Liga Amerika Syarikat MLS (Major League Soccer) yang telah tertubuh sekitar waktu yang sama dengan liga kita, ia wujud dengan syarat paling asas, iaitu harus mempunyai sistem ekonomi yang mampan, terbuka, dan berdaya saing. Dengan ini, daripada negara yang tak tahu apa itu bola sepak kerana tenggelam dengan populariti sukan lain seperti bola lisut, bola keranjang dan American football, para perancang bola sepak negara tersebut telah berfikir secara ahli perniagaan – bagaimana menarik penonton, mencari wang sendiri, cara memenuhkan stadium. Keadaan ini amat berbeza dengan di Malaysia – tiada promosi, tiada idea kreatif menarik penonton, tiada inisiatif mencari wang sendiri. Ini amat berbeza dengan liga paling popular di dunia, iaitu Liga Perdana Inggeris. Ada-ada sahaja promosi mereka yang kreatif. ‘Fantasy league’, perjumpaan bersama peminat, majlis-majlis amal, program menjelajah dunia, bengkel-bengkel bola sepak dan sebagainya. Begitu aggresif sekali teknik pemasaran liga mereka yang menjadikannya liga yang paling ditonton dan diminati seluruh dunia jika dibandingkan dengan Serie A Itali mahu pun La Liga Sepanyol. Kesan langsung pemasaran ini adalah hasil wang yang mereka perolehi kerana bijak memenuhi fitrah ‘supply dan demand’Sememangnya kita tidak boleh bersaing sedemikian rupa kerana menyedari had-had semula jadi yang ada. Namun ia sepatutnya menjadi contoh di peringkat tempatan, bagaimana hendak menarik minat orang ramai.




Apa yang belum kita lakukan


Asasnya mudah, bila orang ramai suka dan minat, maka permintaannya lebih dan duitnya pun lebih. Rakyat Malaysia harus ada perasaan ikatan (sense of belonging) terhadap sesebuah pasukan tempatan, namun usaha ke arah itu langsung tiada.
Bukan tidak ada peminat tetapi mereka juga ‘malas’ untuk mengusahakan apa-apa kerana menyedari bola sepak masih dikuasai dan ditadbir dengan cara birokratik lama – kerajaan hanya mahu menguasai manakala persatuan rela dikuasai kerana sumbangan tahunan dari kerajaan, dan para pemain hanya dapat berdoa agar gaji dibayar setiap bulan.
Keadaan itu menyebabkan para peminat yang sebenarnya mampu mengumpul wang untuk membantu pasukan mereka, termasuk mencari sokongan (sponsorship) enggan berbuat demikian kerana segala-galanya telah dikuasai oleh birokrat bola sepak. Langkah seterusnya, bagaimana untuk meningkatkan permintaan dan minat rakyat demi bola sepak supaya pasukan-pasukan kita boleh berdiri atas kaki sendiri tanpa mengharapkan ehsan kerajaan semata-mata. Secara peribadi, saya marah dengan pasukan-pasukan swasta seperti My-Team dan KL PLUS. Adakah pasukan-pasukan ini hadir untuk mempersendakan rakyat dan bola sepak Malaysia? Satu pasukan lahir daripada rancangan realiti bola sepak yang pesertanya amatur belaka manakala satu lagi pasukan lahir daripada mencekik darah rakyat dengan konsesi tol yang dilindungi bawah Akta Rahsia Rasmi.
Dengan mendepat tender terus yang tidak telus, gergasi korporat itu menekan rakyat dengan tol yang semakin meningkat, dan dengan limpahan kemewahan kutipan tol, buat satu pasukan bola sepak semata-mata kerana syok sendiri. Mana para peminat anda? Bagaimana anda mendapat wang? Apa syarat-syarat nak tubuhkan pasukan profesional? Pertama kali dalam sejarah dunia syarikat tol boleh ada pasukan dalam liga bolaspeak profesional. Amat pelik bagaimana pasukan seperti ini boleh wujud. Kalau liga santai hari Ahad, tidak mengapa, tapi ini liga profesional. Yang tersurat, kita ada liga profesional. Yang tersirat, liga profesional ini ditabir secara amatur.




Mengswastakan pasukan bola sepak


Pada pendapat saya, pasukan-pasukan yang ada harus diswastakan melalui tender terbuka dan perlu kreatif serta berdikari dalam bersaing sesama mereka. Barulah konsep akademi bola sepak boleh dihidupkan semula kerana wujudnya insentif untuk berbuat demikian. Para pemain mempunyai nilai komersil, dan ia boleh menjimatkan wang untuk mendapat pemain untuk jangka masa panjang. Ini lebih baik daripada sistem ‘pool’ pemain yang terbatas pada masa sekarang. Rata-rata para pemain berpindah kelab atas perpindahan percuma apabila kontrak telah tamat atau pun menghadiri hari ‘free-trial’. Ini tidak cukup bagus bagi sebuah liga bergelar profesional. Ini bukanlah kebetulan bahawa kebangkitan bola sepak negara baru-baru ini merupakan hasil kerja bertahun lamanya untuk memajukan prestasi para pemain muda dan pelapis negara. Cuba bayangkan jika konsep ini dapat dihidupkan semula bagi semua pasukan melalui akademi-akademi mereka. Sistem akademi yang baik dan berdaya saing cuma boleh hidup dengan wang yang banyak dan insentif harus diberikan kepada pasukan-pasukan untuk menghidupkan akademi tersebut, dan insentif tersebut adalah wang melalui pengkomersilan. Kita tidak boleh menyalahkan FAM semata-mata mahu pun peminat bola sepak negara atas tahap mutu bola sepak kita. Para peminat dan FAM bergantung antara satu sama lain. FAM harus merombak sistem bola sepak kita untuk menjadikannya sukan rakyat melalui usaha mengkomersilkannya. Para peminat harus menyokong usaha dan inisiatif yang dilakukan pasukan mereka. Dan amalan campur tangan politik serta pembabitan ahli-ahli politik dalam bola sepak harus dikaji semula, untuk memastikan sama ada ia telah memberi faedah atau lebih menjahanamkan apa yang sedia ada.


Artikel ini dicedok dari nukilan Fairuz Azhan
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law