Kisah dan isu tentang PTPTN serta kisah Ocuppy Dataran Merdeka sedang hangat diperkatakan, seingat aku lebih kurang 2 tahun yang lalu, sambil duduk minum kopi dan beberapa batang rokok ditemani beberapa teman duduk bersembang dan bila masuk bab politik, sedikit ulasan aku keluarkan. Antara ulasannya ialah. "jika Pembangkang ingin menang pilihanraya yang akan datang, mereka harus berani mansuhkan PTPTN, nescaya ramai pelajar juga ibubapa pelajar akan memberi sokongan. Begitu juga halnya dengan kerajaan pemerintah, jika kerajaan BN berani utk hapuskan PTPTN mereka mungkin akan terus kekal berkuasa walaupun terpalit dengan pelbagai isu-isu kontroversi seperti rasuah. Melalui cakap² kosong aku memang tidak diambil endah oleh teman² kerana secara realitinya memang kita tahu ia tidak mungkin berlaku dan aku terus lupa untuk kupas idea tersebut. Tetapi lebih kurang 2 tahun selepas itu, iaitu sekarang, isu ini dibangkitkan oleh Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang mengeluarkan usul utk mansuhkan PTPTN jika mereka berjaya pijakkan kaki ke Putrajaya. Maka bermacam-macam pendapat dikeluarkan, berbagai-bagai tohmahan dilemparkan tak kira samada untuk Anwar Ibrahim dan parti pembangkan mahupun Kerajaan BN yang ada.
Persoalannya, adakah niat Anwar Ibrahim memansuhkan PTPTN sebagai satu niat murni atau semata-mata untuk mahu beli undi dan adakah cakap-cakap serta ulasan Perdana Menteri Najib Razak dimana sebanyak rm43billion diperlukan utk menampung pendidikkan percuma dan ianya sangat mustahil untuk direalisasikan adalah sebagai satu kenyataan jujur dari mulut Perdana Menteri dengan harapan para pengundi faham yang dia tidak mahu memberi janji-janji kosong. Jawapannya hanya mereka sahaja yang tahu dengan niat masing-masing. Biarkan mereka dengan agenda mereka dan mari kita kupas sama-sama apakah maksud disebalik pemansuhan PTPTN sebelum kita menilai tindakan anak-anak muda yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Seperti yang semua sedia maklum PTPTN adalah Tabung pinjaman pendidikan tinggi Negara, dalam ertikata lain ianya adalah pinjaman yang disediakan oleh pihak kerajaan utk mana-mana pelajar yang tidak mampu utk mendapat biasiswa kerana mungkin kurang cemerlang dan sukar mendapat tempat. Selain dari itu PTPTN juga berjaya membantu pelajar² yang tidak berjaya untuk masuk ke IPTA tapi berjaya masuk ke IPTS kerana sejumlah wang yang agak besar diperlukan jika kita hendak menuntut di IPTS. secara kritikalnya jika kita sedar atau perasan pada tahun 1997 dimana PTPTN diperkenalkan tidak lama selepas itu berbondong-bondong IPTS tumbuh di serata negara dan ianya menjadi alternatif kepada semua dan secara ktritikalnya juga wang yuran yang tinggi dikenakan dan pelajar² adalah sebagai orang perantaraan yang menyalurkan keuntungan kepada IPTS melalui PTPTN. Bagi yang rajin dan mahu berfikir, mungkin boleh kaji siapakah pemilik² atau pemegang saham terbesar disebalik IPTS yang ada dan adakah setiap helai sijil mereka laku dipergunakan untuk mencari kerja melalui setiap kepakaran yang dipelajari di IPTS.
Bagi yang kurang faham PTPTN adalah duit pinjaman dari kerajaan, bila kita sebut kerajaan kita harus fikir tentang Dana Awam, bila cerita perihal Dana Awam ianya berselirat dengan wang cukai rakyat negara ini. Jadi secara kebetulannya wang yang dipinjamkan untuk semua orang sambung pelajar diperingkat tertinggi ada kena mengena dengan wang pembayar cukai dan secara realitinya setiap pinjaman PTPTN akan digunakan untuk membayar yuran pengajian Universiti & kolej juga digunakan untuk menampung perbelanjaan para mahasiswa, seperti wang makan, wang untuk beli buku, beli laptop, sewa rumah, pengangkutan ketika belajar dan tidak ketinggalan juga wang² PTPTN ini juga digunakan untuk membeli telefon bimbit, keluar tengok wayang bersama kekasih, bantu keluarga dan bermacam-macam lagi. Persoalan paling solid, adakah ianya adil jika kita sebagai mahasiswa meminjam wang dari pembayar cukai tapi membelanjakannya kepada perkara² yang tidak sepatutnya dan kemudian menuntut ianya harus dihapuskan sama sekali, adakah ini satu tindakan paling relevan. Yes aku antara jutaan penduduk negara ini yang bayar cukai dan tidak marah jika duit cukai aku digunakan kejalan yang sepatutnya seperti menuntu ilmu tanpa perlu bayar balik pada aku.Tidak sama sekali. dan aku juga tidak tunding jari pada para mahasiswa untuk berhenti berjuang meminta PTPTN dihapuskan. Tidak sama sekali, aku cuma ingin bawa semua orang menyelam dengan lebih dalam lagi juga apakah teori yang terbaik untuk mencari jalan penyelesaian berkenaan dengan isu PTPTN ini.
Jika secara praktikalnya sebelum ini duit PTPTN diberi setiap semester untuk semua mahasiswa, apa kata kita lupakan tentang PTPTN sebentar dan tuntut "yuran pembelajaran percuma", dalam ertikata lain sesiapa sahaja boleh belajar secara percuma dimana-mana Universiti tanpa sebarang kompromi. Bagaimana dengan wang poket setiap bulan untuk makan, minum dan tempat tinggal..?? kita wujudkan satu skim tabung pinjaman dimana ianya akan dibayar setiap bulan hingga habis belajar dan cara pembayaran balik tanpa sebarang faedah, maknanya jika jumlah pinjaman rm10ribu mereka perlu bayar secara ansuran sebanyak rm10ribu sahaja. Dengar seperti mudah bukan?? Walaubagaimana pun beberapa aspek perlu diperbaiki sebelum hendak wujudkan sistem sebegini, contohnya kerajaan perlu mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat melalui 'keadilan ekonomi'. Apa itu keadilan ekonomi? (tunggu di artikel lain) perkara paling asas seperti kadar gaji minima yang berlipat ganda harus ada demi untuk menstabilkan pendapatan setiap isi rumah dinegara ini dan pada masa yang sama mampu menyediakan sejumlah wang untuk anak² yang mahu melanjutkan pelajaran keperingkat seterusnya. Perkara ini amat harus dititikberatkan, jika tidak perbelanjaan pengajian secara percuma hanyalah omong² kosong, hanyalah cita² pak Pandir. Bagi aku 'Keadilan Ekonomi' harus berjalan secara telus terlebih dahulu sebelum kita tuntut sebuah sistem pendidikan percuma, kerana melalui 'keadilan ekonomi' juga keuntungan negara akan berlipat ganda dengan syarat tidak berlaku ketirisan dan kebocoran dimana-mana bahagian.
Adakah dengan adanya sistem pendidikan percuma akan buatkan sesetengah pejajar ketinggalan kerana tiada peluang untuk melanjutkan pelajaran?? kerana negara tidak punya banyak Universiti Awam. Jawapannya berbalik kepada 'keadilan ekonomi' dan ketirisan serta kebocoran wang kerajaan. Bila kerajaan punya wang yang banyak, adakah mustahil untuk wujudkan banyak Universiti awam juga Universiti Swasta yang kukuh dan stabil dan yurannya percuma demi untuk memastikan peluang dan ruang untuk melanjutkan pelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Bagi aku satu refomasi pendidikan perlu berlaku dinegara ini demi untuk memperbaiki sistem pendidikan yang ada dan ianya perlu melibatkan pakar² sains sosial didalam proses baikpulih tersebut, banyak perkara serta punca harus dipersoalkan contohnya, kenapa anak muda (lebih² lagi melayu) tidak minat untuk belajar, kenapa mereka boleh tertinggal, cara pembelajaran dan sebagainya. Perkara ini berselirat diantara satu sama lain dan perlu dibaik dari peringkat akar umbi. Bagi yang kurang faham secara realitinya bukan sahaja sistem pendidikan perlukan perubahan besar malah keseluruhan sistem yang ada didalam negara ini perlukan perubahan paling tidak pun satu nafas baru demi kebaikkan penduduknya.
Jadi, jika soalan tentang PTPTN hinggap kemuka aku hari ini, jawapan paling ringkas dari aku adalah, Wang yuran pengajian tinggi haruslah PERCUMA untuk semua warga negara ini, wang perbelanjaan bulanan pelajar pula boleh dipinjam melalui satu skim pinjaman (bukan PTPTN) tetapi harus dibayar semula selepas mendapat kerja dan tiada sebarang caj lebihan atau faedah yang perlu dikenakan untuk setiap pembayaran. Contohnya jika pinjam rm10ribu bayar semula rm10ribu secara beransuran. Tetapi bagaimanapun taraf hidup rakyat negara ini perlu ditingkatkan terlebih dahulu agar semua golongan masyarakat mampu menyediakan wang perbelanjaan untuk pendidikan dan jika ditanya tentang anak² muda yang berkhemah di Dataran Merdeka sebagai satu tindakan wajar? jawapan aku adalah YA..!!
kerana jika kita tidak bersuara, jika kita tidak ada 'action' sampai kiamat pun kita tidak dapat lihat perubahan..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment