Friday 31 October 2008

Dialog tanpa prolog #3

"Setiap tahun kita hanya ada filem sampah, kenapa???" Pengkiritk.

"Biarlah, walaupun filem tak menarik tapi memang ramai yang nak tengok, janji boleh buat duit" Penerbit filem.

"Saya nak buat filem yang menarik tapi tiada skrip yang bagus, modal pun takde orang nak bagi..macam mana" Pengarah filem.

"I tak kisah berlakon pegang watak apa pun, janji boleh jadi pelakon filem" Si Pelakon.

"Eh jom tengok filem ni, ada scene pelakon tak pakai baju..best woo" Penonton.

"Buat apa tengok wayang, beli saya punya DVD sudah meh.." Penjual DVD.

"Muka kau cantik, pergilah melekat dengan pengarah filem tu nanti boleh jadi heroin, tak pandai berlakon takpe, janji duit masyukk.." Pengurus penyanyi.

Dosa dan pahala

Kehidupan seorang Rockers memang benar² seronok, bangun tidur lewat, disebelah bersama kekasih, rambut panjang dibetulkan, misai dan janggut dibiarkan, nyalakan api untuk rokok, bersiap atau berpura² siap, bertemu dengan rakan², habiskan masa berjalan² menikmati keindahan setiap tempat yang dilawati, cuba lari dari wartawan hiburan, cuba lari dari kecamukkan, ada peminat yang perasan, ada orang yang jeling², tapi buat bodoh, makan minum yang sedap², makan minum yang mahal², beli cenderamata, pergi ke tapak konsert, cuba periksa apa yang patut, dadah, ganja, arak, semuanya ditangan, kepala kekasih dilengan, seronok gembira kegirangan, pengurus pengatah tak dipedulikan, dunia ini untuk orang muda, aku masih muda jadi tolong jangan peduli, malam menjelma semuanya siap, aku cool, kau pun cool, pentas aku punya, lagu aku punya, lampu aku punya, angin juga aku punya, suara aku kau yang punya, terpekik terlolong kau yang punya, menari mengangguk kau yang punye, cahaya kamera kau yang punya, dadah ganja arak rokok kita sama yang punya, lelaki perempuan semua masing² yang punya. Lepas show semua puas, tapi ada yang tidak puas, ada yang kutuk, ada yang mnghina, ada yang senyum lebar, ada yang terpaut. aku tidak peduli, malam ini aku yang punya, ayuh mari bersambung pesta. aku muda jadi dunia ini aku yng punya, kekasih sudah bertukar, suasana sedang masuk keluar, mabuk², gembira², perempuan², lekaki², pergi pub pergi kelab, masuk hotel atas katil, aku tidak peduli janji semua mampu berdiri, teman sedang beradu, aku puas, dia puas, aku riang dia ceria, janji dunia ini aku yang punya, lepas penat sambung tidur, esok bangun menghadap jendela, nyala rokok menggeliat, yes aku masih muda tidak perlu bersiap naik bus, naik keretapi, naik kapal terbang, sampai masa berhenti jumpa destinasi, aku gembira kau pun gembira, aku tak kecewa kau pun tidak perlu kecewa, aku masih muda kau pula sudah tua, aku seorang rockers, kau seorang orang, aku hisap dadah kau hisap darah, aku mabuk gembira kau mabuk dapat duit berkepuk², aku menyanyi kau bawa projek juta² lari, aku terpekik kau mencekik, kekasih² aku menyeru, orang² kau datang menderu² aku beradu kau bermadu, kawan aku pijak pedal kau berskandal, aku gembira kau buat orang hiba, aku jujur tapi perut kau bujur, aku muda tapi kau tua, aku tidak kacau manusia tapi kau sia², aku seorang rockers tapi kau perompak negara, semua orang sengsara.

Wednesday 29 October 2008

Ketika #1

Ketika keadaan Indek Komposit Bursa Saham Kuala Lumpur telah jatuh 14.04 mata atau 1.58%, kepada 877.28 mata, ketika keadaan dimana Obama akan menjadi Presiden Amerika tidak lama lagi, ketika mereka berjaya mengagalkan pembelian Eurocopter, ketika rm5 billion dirompak dari tabung KWSP untuk selamatkan Valuecap sdn bhd, ketika sejumlah RM6.6 juta pernah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Selangor yang lalu untuk membiayai 150 lawatan kerja ke luar negara sepanjang tempoh 2004 hingga 2007, ketika FTSE 100 jatuh sebanyak 52.94,DAX jatuh 50.6, Dow Jones juga jatuh 231.77, Nikkei pun jatuh sebanyak 265.18. Ketika orang² UMNO cuba memperkasakan bahasa melayu tetapi lupa maksud UMNO sendiri adalah dalam bahasa inggeris. Ketika semua orang sedang bergolak cuba mempertahan apa yang salah mahupun yang betul. Ketika semua sedang sibuk berjalan lalu-lalang dihadapan. ketika aku amat sibuk menyusun kertas kerja, ketika ada yang bising terjerit² menyiapkan kertas kerja, ketika semua orang didalam perut pejabat sedang sibuk berkerja seperti seorang broker saham, ketika ada yang bercita² hendak menjadi Jeneral perang, ketika semua sedang bersiap sedia untuk berperang. Namun masih ada lagi yang tidur dan tidak mahu turut serta, mungkin mereka masih lagi merasa selasa bergelut dengan bantal dan selimut, mungkin mereka rasakan diri mereka yang paling selamat dan tiada siapa akan mampu untuk menganggu mereka. Tidak mengapa Tuhan itu maha adil dan pasti akan terima penangannya.

Parts of Emily

Sambil Telinga menyerap alunan bunyi dari SUIS LA LUNE,sambil jiwa seronok bercampur marah dan juga mampu buat aku terapung. Sambil mata aku tekun meneliti hasil kerja seni rakan lama aku Jason di skrin monitor buatkan perasaan terharu bercampur gembira, mindaku cuba menahan air mata yang hendak keluar menjelma seperti matahari diwaktu pagi. aku kagum, aku pasrah terima semuanya. Kenapa tiada saat gemilang yang mampu kita raih bersama, kenapa tiada pancasona yang bergemerlapan sewaktu kita sama² berduka.
Tuhan itu maha adil, Tuhan itu maha mengetahui. Jika satu hari nanti tiada rongga yang mampu menerima hembusan nafas aku mahu semua tahu tidak ada garis penghalang diantara aku dan yang lain..aku sayang semuanya.

Tuesday 28 October 2008

Padamkan memori.

Siapalah aku untuk berdiri disebelah kamu. Lupakan..lupakan..lupakan..lupakan..lupakan..lupakan...lupakan..lupakan.

Saturday 25 October 2008

Hall of fame

Aku sedang diburu, aku akan mati dibunuh, sekiranya ini semua berlaku. mungkin sampai disini sahaja etika cerita kita. kepada yang pernah mengenali aku dan akhirnya menjadi musuh aku.Maaf mungkin tiada ruang untuk kita, kepada yang pernah aku sakiti hatinya.Maaf aku memang tidak mampu membetulkan keadaan, kepada yang sentiasa gembira bila bersama aku. Maaf cukup sampai disini sahaja kegembiraan yang kita telah wujudkan, kepada yang kenal aku tetapi tidak sempat untuk aku luahkan kata². Maaf, segalanya telah berakhir tetapi percayalah aku akan sentiasa dekat dan tidak berhenti memerhatikan gerak-geri mu. kerana sebenarnya aku amat memerlukan kamu. Dunia ini memang tidak adil, dunia ini juga memang sukar untuk difahami, begitu juga dengan aku. So Long ...

In memory Dimebag darell August 20, 1966 – December 8, 2004)

Friday 24 October 2008

Dialog tanpa prolog #2

"Aku suka kat dia, tapi aku tak tau macam mana nak bagi tau kat dia lah" Shahrul.

"Kau suka kat siapa sebenarnya ni. cuba habaq mai.." Rashid.

"Aku suka kat seorang awek ni , kami dah lama kawan, aku happy je kalau lepak² dengan dia." Shahrul.

"Habis tu kenapa kau tak cakap je terus kat dia yang kau suka kat dia." Rashid.

"Aku tak berani lah Shid, takut kena reject." Shahrul.

"Ala..kalau kena reject nak buat macam mana, pegi cari orang lain lah." Rashid.

"habis tu nak buat macam mana lagi..?? eh lagi satu kau ada tanya dia tak sama ada dia masih single atau tak???" Rashid.

"Tu lagi problem, dia dah ada bf dah..bf dia aku kenal plak tu,adoi macam mana ni..??" Shahrul.

"Alamak lagi susah camtu, tapi takpe kau cuba je, baru jadi bf je belum kahwin lagi, best man will win lah..?" Rashid.

"hmm, oklah aku cuba tapi kau jangan marah plak.." Shahrul.

"Kenapa plak aku nak marah aku akan bagi sokongan moral kat kau.." Rashid.

"Sebenarnya awek yang aku minat ni, awek kau lah Shid, camna ni?? Shahrul.

Dialog tanpa prolog #1

"Eh adik aku nak cari orang kerja untuk company dia, tp kat JB kau tanye anak² buah kau ke, siapa² yang nak bagi tau aku" Wak Sahak.

"Yeke..bagi aku jelah kerja tu. kerja kat sini dah nak expired dah" Jamal.

"Jamal, kau dah tua, dah nak pencen dah pun, takkan nak kerja lagi" Wak Sahak.

"Ala..kita dah biasa bekerja ni, mana boleh duduk diam kat rumah, tak reti aku, eh nanti kau tanya adik kau ye.." Jamal

"Hah yelah..nanti aku bagi tau adik aku. Tapi tulah kita dah tua² ni tak tau apa nak buat, lagi baik kerja.." Wak Sahak.

"Betul tu.." Jamal.

"Lagi pun duduk rumah tercongok je, bahaya tu.." Wak Sahak.

"Kenapa pulak bahaya..??" Jamal.

"Yelah duduk diam tak buat apa, pergi masjid malas, sembahyang pun malas, nak kerja takde kerja, duduk diam je.. tu yang malaikat tengok terus nak cabut nyawa tu, sebab takde buat apa²..ahahahaha" Wak sahak.

Tuesday 21 October 2008

Selamat Tinggal Shamsiah Fakeh.

Pagi tadi setelah sempat melawat TukarTiub aku dapati, ada satu berita yang amat menyedihkan dimana pejuang kemerdekaan yang telah dianggap sebagai pejuang hala kiri Shamsiah Fakeh telah pun kembali rahmahtullah. Aku teringat kembali ketika satu malam aku cuba menghabiskan kisah memoir tentang plot perjalanan kehidupan Shamsiah fakeh, memang benar² menguji perasaan dan jiwa aku, dan aku pasti ianya masih lagi berlegar² dikepala aku tentang satu kisah dimana Shamsiah Fakeh lari didalam hutan bersama anaknya yang masih lagi bayi setelah diserang hendap oleh askar² british. Dia menghabiskan beberapa malam dan siang, berpanas dan berhujan, tanpa sebarang makanan, tanpa sebarang kelengkapan, dalam pada masa yang sama berusaha menyelamatkan anaknya yang badannya telah dipenuhi lintah. Air mata kesedihan keluar tanpa dipaksa apabila aku menuruti kisah pahit dan perit ketiah Shamsiah Fakeh berjuang didalam hutan menuntut kemerdekaan, ketika anaknya dibunuh didalam hutan tanpa pengetahuannya, ketika dia sering ditinggalkan suaminya. Aku memang lansung tidak kenal siapa Shamsiah Fakeh, dia bukanlah datang dari darah daging yang sama, dia tidak pernah aku jumpa selama ini. Namun aku kenal dan akan ingat sampai bila² perjuangannya.
Semoga rohnya dicucuri Rahmat.
Al-Fatihah.

Sunday 19 October 2008

Metronome kucar-kacir #2

Semalam selepas bosan membuat rumusan tentang kehidupan dipagi hari, selepas malas bangkit tidur dipetang hari, meluncur laju bersama jentera pemusnah. hasil dari penjualan tiket² haram Aku dan yang lain² mengambil keputusan untuk berhenti dan makan di KFC. Kelihatan restoran KFC di ss13 shah alam amat bergermalapan dari jauh tetapi malangnya bila dekat ianya sambar dan bisu seribu bahasa. Tetapi tidak mengapa kerana di perut masing² sedang ada konsert CONVERGE dan THE DILLINGER ESCAPE PLAN, ada siri tour MESHUGGAH dan GREAT REDNECK HOPES dan pelbagai lagi acara² menarik membuatkan kami tidak berfikir panjang. Beratur, mendongak melihat ketul²an ayam, senyum dikaunter, membuat pesanan, keluarkan duit, bawa makanan ke meja dan terus makan. Minum dan kemudiannya menyalakan gulungan² pembawa maut sambil bergelak ketawa telah menjadi perkara rutin bagi lelaki² gagal pada malam itu. sambil melihat kanak² kecil gembira bermain buaian, gelongor dan jongkang jongkit, ada yang berlari tanpa perlu berfikir panjang, ada yang menangis kerana jatuh, ada yang baru hendak belajar berjalan. Sambil ada ibu² dan bapa² memerhatikan karenah anak masing² ada yang lansung tidak peduli tentang itu dan cuma memberi fokus kepada ketulan² ayam. Ada yang sibuk membicarakan tentang kisah skandal malam tadi. Ada yang merenung jauh memikirkan perkara esok, dengan keadaan yang hinggar-binggar ditambah dengan pekikkan suara anak² kecil, dengan limpahan lampu neon yang menerangi suasana hambar. sambil kami mula bercerita tentang sejarah dan kenangan² indah, kecewa, pahit manis, hilai tawa dan sebagainya tentang dunia persekolahan membuatkan aku amat rindukan kisah silam berpuluh² ribu hari yang lalu. Masing² ada memori, masing² ingin mengupas segala²nya, masing² gelak dan ketawa.

"Dulu time sekolah boring je ada adik angkatlah, kakak angkatlah, abang angkatlah, semua nak angkat.." Wan.

"Tulah, bosan gile aku ingat lagi dulu time akukt asrama siap bergaduh² nak rebut adik angkat..memang tak guna.." Aji.

"Ahahah berebut yang tak tahan tu.." Aku.

"Hah..Aku siap ade budak² aku sound aku suruh jauhkan diri dari adik angkat aku sebab dorg jeles dengan aku..ahaha tak boleh blah sial..!! " Aji.

"Mesti sweet gile adik angkat kau ni, semua orang nak.." Man.

"Bestlah jugak ada adik angkat ni, kalau kat asrama, time makan paling best, perut memang penuh je sebab adik angkat aku supply makanan..ahahaha" Aji.

"Eh apa nama sekolah kau, aku tak ingat lah Aji.." Wan.

"Ala Sekolah Agama Lelaki yang kat Klang tuh..tepi jalan je.." Aji.

"Huh??!!"

"Weh adik angkat kau lelaki ke???" Wan.

"Yelah..kalau tak silap aku Hafizul nama dia..ahahaha " Aji.

"Tak boleh blah sial...adik angkat lelaki..aku ingatkan perempuan, ceh..!!" Wan.

Wednesday 15 October 2008

Plot kehidupan seorang android

Malam tadi hujan turun dengan amat lebat, angin bertiup dengan amat kejam aku menghabiskan penghujung malam didepan monitor. Aku telah mula menulis artikel semula setelah beratus² hari aku tinggalkan. Terasa amat kekok apabila kita sudah lama tidak membaca dan apatah lagi membuat artikel, otak aku amat berkarat dan dahagakan minyak pelincir untuk melicinkan keadaan. Aku cuba mencari semula bahan bacaan yang telah dibeli beberapa bulan yang lalu namun tidak sempat aku robek helaian mukasuratnya, malah buku "from majapahit to Putrajaya" yang aku pinjam dari Joe setahun yang lalu pun masih belum mampu untuk aku habiskan.apatah lagi buku² yang baru aku beli beberapa bulan yang lalu. Aku berjaya menghayati perjalanan hidup Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin melalui buku memoir mereka namun tetap gagal menghabiskannya. Lagi² Aku hanya mampu membelek sahaja muka depan dan belakang buku "New Malaysian Essay #1". Merangkak dan kadang² terguling² kepala untuk siapkan artikel pertama aku. Selepas 2 jam berhempas pulas, aku 'shutdown' pc dan terus hinggapkan badan aku ke tilam dan seperti biasa sambil terlentang mata memandang syiling, sambil lengan didahi, sambil telinga menyerap lagu "Last Flower to the Hospital" hati aku terdetik kesedihan, sebenarnya telah banyak yang aku lalui namun telah banyak kegagalan aku temui, putus asa memang tidak wujud didalam jiwa aku tetapi buang masa memang tidak dapat dinafikan. Ya.. telah banyak masa terbuang, telah banyak tenaga dan keringat dibazirkan namun aku masih tetap begini dan macam ini.
Aku masih terus mencari penawar, aku masih cuba dapatkan matahari juga pelangi tetapi kegagalan masih tetap mahu jadi sahabat setia malah semakin lama semakin akrab, didalam keheningan malam ditambah dengan suhu yang sejuk kerana hujan dan tiupan angin diluar rumah namun diri aku yang kaku diatas tilam dibilik tetap panas berbahang memikirkan journal serta plot² kehidupan yang bakal aku teruskan.
Aku memang android yang telah rosak dan tidak mampu dibaiki.

Monday 13 October 2008

Saturday 11 October 2008

Friday 10 October 2008

momentum huru-hara.

Didalam keadaan petang yang amat hiba, hari yang pada mulanya terang benderang tetapi kini sedang dasyat menggelapkan dunia aku, air hujan turun dengan riang membasahkan setiap apa yang tidak mampu untuk lari berteduh. Kilat pula indah sambar menyambar sambil guruh dengan tenang mengeluarkan bunyi dentuman. Sesekali mampu mengejutkan telinga. Sambil melangkah malas keluar dari bilik ofis aku menuju ke tempat yang terbuka ditepi banggunan, sambil melihat hujan aku menyalakan american eagle, dengan haba yang amat dingin aku menyedut berketul² asap, sambil tangan aku menggodek handphone untuk mengeluarkan bunyi muzik. 'Fallen from the sky' laungan dari Glen Hansard secara tidak perlu berfikir aku perdengarkan hasil karyanya, dengan alunan yang tenang sambil mata aku memerhatikan air hujan jatuh tersungkur kebumi, sambil menghembus asap keluar, sambil menyedut racun masuk kedalam badan aku cuba menjawab segala persoalan yang sering bermain dikepala.
Ada manusia dilahirkan didalam keluarga yang mewah, kaya raya tanpa perlu belajar erti susah, ada manusia dilahirkan dalam keadaan yang amat mewah serta kaya tetapi telah diajar untuk menjadi teman rapat kepada kesusahan. Ada pula manusia yang lahir didalam keadaan yang amat pincang, hidup sengsara dan terus serta harus untuk memikirkan sesuatu demi kehidupan yang lebih bermakna dimasa akan datang. Ada juga manusia yang dilahirkan didalam keluarga yang amat sederhana, bersahaja tetapi kaya dengan budi pekerti yang mulia. Ada manusia yang dilahirkan didalam keadaan yang lansung tidak sempurna, ada lahir begini..ada yang begitu..ada macam ini, ada yang macam itu, ada yang macam aku, ada yang macam dia, ada yang macam engkau, ada yang macam dia dan ada yang macam kamu. Ada yang lansung tidak sama macam aku, dia, engkau mahupun kamu. Tetapi adakah ianya adil untuk semua orang?? sudah pastinya tidak, sudah pastinya bukan. Aku masih lagi disini dan sering mencari jawapan yang sebenarnya aku pun tidak pasti tentang kewujudannya. Hari demi hari kehidupan menjadi semakin sengsara aku pasti tentang itu dan aku juga pasti tentang rakan² terdekat aku, semuanya sedang berusaha keras untuk terus senyum, bergelak gembira dan ketawa tapi sebenarnya amat sengsara. Aku amat rindu atmosfera dahulu, aku amat inginkan adrenalin baru.

"Weh..sorang je ke.." Dia.

"A'ah..lepak² jap" aku

"Hari ni aku last kat bawah, esok naik atas" dia.

"Whoa..bestlah dah dapat naik pangkat, tahniah.." Aku

"Thanks, dalam hidup kita ni mesti perlukan perubahan, kipas pun takpe janji nanti hidup senang" Dia.

"Betul tu..eh oklah aku nak masuk ofis balik, keje banyak gila, nasib baik hujan hari ni, kalau tak panas aku dalam ofis, aircond rosak pulak, 'KIPAS' pun takde.." Aku.

Thursday 9 October 2008

tertekannya tekanan # 3

Berjalan dengan tenang, berlari dengan senang aku girang cuba untuk terbang, ianya tidak semudah yang disangka. Aku jatuh tersungkur malah digelek lagi dengan roda yang besar dan berat.
Nah..
lupakan kisah silam.

Wednesday 8 October 2008

Fallen from the sky

aku sedang gembira..

Jika aku seorang Glen Hansard.

You must've fallen from the sky,you must've shattered on the wrong way, you brought so many to life,and now you're by yourself, There comes a point in every fight,where giving up seems like the only way, when everyone has said goodbye,and now you're on your own. And if you need somewhere to fell apart, some where to fall apart, When the rules of Cain, the riots you made, the hours that called for those who blame, the broken glass, the fool that asked, you move an arrow to stop the fall,You ust've fallen from the sky, you must've come here in the pourin' rain, you took so many through the light, and now you're on your own, and if you need somewhere to fall apart, some where to fall apart, When the ruins of man, the blood it ran near.
the fool of ?, the pallid/pouted hag,he nights that make the rat alive, the rules that follow the outed man, the falling star, the way we are in love. the rules that never ever multiply, you must've fallen from the sky, you must've come here on the wrong way, you came among a severed tie, but now you're on your own, and if you need somewhere to fall apart, some where to fall apart, With a call you saved a basket case, the rules of thumb you have to break, the raging skull that racked the bull
the nails that drag and either half,Well, I will make my work of that
I know this place. I know this town

Fallen from the sky

Hidup aku seperti sebuah meja makan.

"hmmmm...ntahlah" Wan.

"huh..!!" Aku.

"phooo.." Man.

"Errrr.." Aji.

"Raya habis duit pun habis, macam mana ni..adoi" Wan.

"nak tunggu gaji lewat lagi ni" Aku.

"Lagi 3 minggu baru gaji, hancur hidup aku" Aji.

"takde ke orang² yang nak datang jumpa aku bagi duit" Man.

"kau rasa kalau aku jalan kat tengah jalan ada orang nak langgar aku tak" Wan.

"Ahahaah..." Aku, Aji, Wan.

"Hidup aku dah takde makna lagi..duit dah habis, korang rasa dorang boleh langgar aku sampai mati tak.." Wan.

"Kalau kau mati siapa nak habiskan makanan² yang ada kat dalam dunia ni" Aji.

"Rancangan TV yang kita plan nak buat tu tak cukup oranglah kalau kau takde" Aku.

"Ha'ah lah..apa nama rancangan TV yang kita nak buat tu..aku lupa lah" Man.

"LET'S GO EAT" Wan.


Ahahahaha...

Perangi perperangan.

apakah maksud sebenar disebalik perkataan dibawah.

Bos - Tidak boleh tengok orang senang.

kosanostra lintang pukang

Setiap kali aku berhadapan dengan monitor, setiap kali jari² aku hinggap dipapan kekunci setiap kali itu juga kepala aku kelu, minda aku kedu, dan setiap kali yang sama juga pasti akan ada yang datang menganggu. Maaf kerana tiada entri untuk beberapa hari yang lalu. teruskan bersenyum kerana kecewa itu adalah sebahagian dari kegembiraan.

Sunday 5 October 2008

Mengharap sekelumit harapan #5



Lagu raya untuk aku tahun ini. Terima kasih Aim for the cd.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law