Malam tadi hujan turun dengan amat lebat, angin bertiup dengan amat kejam aku menghabiskan penghujung malam didepan monitor. Aku telah mula menulis artikel semula setelah beratus² hari aku tinggalkan. Terasa amat kekok apabila kita sudah lama tidak membaca dan apatah lagi membuat artikel, otak aku amat berkarat dan dahagakan minyak pelincir untuk melicinkan keadaan. Aku cuba mencari semula bahan bacaan yang telah dibeli beberapa bulan yang lalu namun tidak sempat aku robek helaian mukasuratnya, malah buku "from majapahit to Putrajaya" yang aku pinjam dari Joe setahun yang lalu pun masih belum mampu untuk aku habiskan.apatah lagi buku² yang baru aku beli beberapa bulan yang lalu. Aku berjaya menghayati perjalanan hidup Shamsiah Fakeh dan Rashid Maidin melalui buku memoir mereka namun tetap gagal menghabiskannya. Lagi² Aku hanya mampu membelek sahaja muka depan dan belakang buku "New Malaysian Essay #1". Merangkak dan kadang² terguling² kepala untuk siapkan artikel pertama aku. Selepas 2 jam berhempas pulas, aku 'shutdown' pc dan terus hinggapkan badan aku ke tilam dan seperti biasa sambil terlentang mata memandang syiling, sambil lengan didahi, sambil telinga menyerap lagu "Last Flower to the Hospital" hati aku terdetik kesedihan, sebenarnya telah banyak yang aku lalui namun telah banyak kegagalan aku temui, putus asa memang tidak wujud didalam jiwa aku tetapi buang masa memang tidak dapat dinafikan. Ya.. telah banyak masa terbuang, telah banyak tenaga dan keringat dibazirkan namun aku masih tetap begini dan macam ini.
Aku masih terus mencari penawar, aku masih cuba dapatkan matahari juga pelangi tetapi kegagalan masih tetap mahu jadi sahabat setia malah semakin lama semakin akrab, didalam keheningan malam ditambah dengan suhu yang sejuk kerana hujan dan tiupan angin diluar rumah namun diri aku yang kaku diatas tilam dibilik tetap panas berbahang memikirkan journal serta plot² kehidupan yang bakal aku teruskan.
Aku memang android yang telah rosak dan tidak mampu dibaiki.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment