Tuesday 31 March 2009

Semalam dan hari ini.

Semalam di Bandung, hari ini di Kuala Lumpur, semalam aku paling bergaya dan kaya, hari ini menerobosi lorong² gelap penuh dengan gaya kemiskinan..
Waaaarrghh!!!
duit sudah habis!!!

Wednesday 25 March 2009

Aku, Ayu Ratna dan Andre Tiranda.

Setelah beberapa hari dihentak dengan segala macam tekanan dan desakan. Hari ini aku sudah mampu menarik nafas lega walapun sebenarnya ada banyak lagi perkara yang tidak pasti hala tujunya. Namun yang demikian, aku sudah tidak perlu untuk mencuci segala kekotoran yang ditinggalkan oleh orang lain. Aku perlu julang tangan keatas sambil menjerit "Woohoo!!" dan untuk tempoh seratus empat puluh jam lagi aku akan berada didalam keadaan senyap sambil mengukir senyuman dan gelak ketawa bersama Ayu Ratna sambil makan mee bakso dan juga bermain gitar bersama Andre Tiranda.

"Bandung here i come !!! "

Bernafas didalam cahaya.








60 minit tanpa cahaya.

Sempena dengan sambutan Earth hour yang bakal berlaku this weekend setelah last year aku ajak rakan² ikut serta tetapi tidak berjaya, kerana kurang pendedahan. Kini semua sibuk tanya, apa yang paling seronok nak buat selain dari buang masa makan dan terus makan. So aku pun telah memberi idea untuk buat bulatan sambil bakar lilin atau pelita atau suluh lampu kereta lalu bermain gitar dan nyanyi bersama² dan sudah tentulah lagu² 'radio friendly' yang akan dimainkan seperti lagu² rock kapak, hinggalah ke fenomena 'brit rock' yang sesuai dimainkan dengan gitar akuastik. Jadi semua setuju dengan idea yang telah diberi, masing² sibuk pergi cari semula gitar² tong yang dah lama berhabuk, yang dah hilang, yang 'string' dah berkarat dan ada juga hendak beli gitar tong yang baru disebabkan semangat yang amat membara walaupun tidak reti main gitar, selain dari itu mereka fikir lokasi yang sesuai iaitu sebuah taman permainan yang tidak ramai orang dan ada juga yang hendak 'arranged' makan benda² yang ringan yang bukan kerepek atau gula² tetapi seperti chicken wing, bihun sup atau spaghetti. Memang tidak masuk akal, tetapi semua seronok dan ghairah nak pastikan semua benda berjaya. Tetapi.

"Oit weekend ni kau mana ada kat sini, camne nak buat?" Tanya dia.

"Alamak, aku lupa lah, sorry..eh tapi korang on jelah, no big deal right?" Jelas aku.

"Tak best la kau takde, tapi takpe aku ada idea lain" Jawab dia.

"Apa dia..?" Tanya aku semula.

"Lepak William jelah, lagipun aku cari gitar aku tak jumpa lah, camne nak akuastik" Jelas dia lagi.

"Ahahha..aku dah agak dah.."

Satu malam bersama cahaya neon.

Satu malam yang tenang ketika sedang memandu jentera pemusnah sambil ditemani cahaya neon dari lampu² ditepi jalan, tiba² kami terlihat sebuah lori kontena Mc'D dihadapan.

"Eh aku nak tanya kau ni" tanya Amran kepada aku.

"Apa dia..??" Tanya aku semula.

"Kalau kita hijack lori depan ni, pastu rembat semue benda kat dalam lori tu, dikira anti zionis jugak ke??" Amran.

"Kah..Kah..Kah..nak buat sekarang ke??"

Molekul Indah #5

"Saya nak balik rumah, awak tak nak balik?? rumah dekat mana??" Tanya Jas.

"Err..jomlah balik, hari dah makin gelap, rumah saya dekat² sana je" Jelas aku sambil menunding jari kedepan. Walaupun sebenarnya aku pun tidak pasti.

Sambil berjalan aku merenung keadaan sekeliling, aku cuba ingat apa yang lupa, aku cuba kembalikan ingatan yang pudar. Tapi memang amat sukar.

"Jas, kenapa awak menangis tadi??" Tanpa berfikir aku bertanya.

"Hmmm...takde apa²" Jas mengeluh.

"Ok, hope awak tak apa²". Jelas aku.

"Kenapa hidup saya susah sangat nak gembira macam orang lain??" Selit Jas.

"Huh..!!??" Aku.

"Kenapa hidup saya mesti selalu kecewa??" Sambung Jas dengan memberhentikan langkahnya.

"Saya tak paham sebab awak tak cerita, kemudian awak tanya saya balik. So macam mana saya nak tahu.??" Terang aku.

"Saya ada teman lelaki, tetapi dia dah tinggalkan saya" Terang Jas.

"Hmmm..." Aku.

"Lelaki memang macam tu kan?? tak boleh dipercayai.." Jas.

"Yelah, lelaki memang macam tu.." Aku.

"Memanglah awak pun samalah lelaki juga.." Kata Jas sambil meneruskan langkah.

"Tapi saya percaya satu hari nanti awak pasti akan jumpa seorang lelaki yang baik hati dan akan sentiasa sayang dekat awak" Jelas aku.

"How do know?? huh.." Jelas jas.

"Tapi kekasih awak tinggalkan awak kenapa? dia pergi mana.." Tanya aku semula.

"Takpe awak tak perlu tahu, eh rumah saya depan tu. awak??" Jelas Jas sambil menoleh kearah rumahnya.

"Rumah saya depan lagi, oklah selamat pulang" Jelas aku.

"Jumpa lagi ye.." Jas.

"Kita akan jumpa lagi ke??" Tanya aku.

"Kenapa tak jumpa pula.." Jelas Jas.

"Macam mana nak jumpa lagi??" Tanya aku.

"Ni rumah saya, nanti datanglah sini kita boleh jumpa.." Jelas Jas lagi.

"Oh ok,saya terlupa..nanti saya datang lagi jumpa awak" Jelas aku.

Tetapi dimana rumah aku?, hari semakin gelap. aku tak tahu lansung arahnya walaupun perasaan aku semacam ingat degan keadaan sekeliling. Aku berjalan kehadapan beberapa langkah, kemudian berpatah semula kebelakang, aku memang bingung. aku toleh kekiri dan kekanan dengan keadaan yang amat suram dan lengang buatkan aku semakin tidak paham. Aku ambil keputusan untuk pergi kerumah Jasmine, mungkin dia boleh tumpangkan aku bermalam, setibanya di depan rumah Jasmine aku cuba ketuk pintu rumahnya tapi tiada siapa yang mahu membukanya walaupun lampu terang menerangi kawasan rumahnya, aku memang betul² tidak paham lalu aku mengambil keputusan untuk berteduh dibahagian tepi rumah Jasmine,mula² duduk dan kemudian baring untuk tidur dan lagi bingung kerana aku tidak boleh tidur. Mata aku hanya mampu terkebil² sambil fikiran aku cuba memikirkan apa yang telah berlaku.
Jawapan masih tidak jumpa walaupun keadaan yang pada mulanya gelap semakin gelap dan udara dari berhaba menjadi semakin sejuk, aku hanya mampu berpeluk tubuh menahan kesejukan namun mata masih lagi tidak mampu untuk terpejam, hinggalah ke pagi hari. Kepala aku semakin tidak mengerti apa yang sedang aku lalui.

Bersambung

Tuesday 24 March 2009

Memujuk sekeping hati.

Dari pagi hingga ke tengahari, cuaca suram memenuhi lorong² hitam yang penuh dusta, suhu nyaman memang amat menenangkan. Itu pun jika lihat dari luaran, sebenarnya didalam hati sedang panas membara. Merah segala jiwa dan perasaan, tapi aku selalu suka pujuk hati aku. Jika hari ini aku diasak dengan gasak aku akan sedapkan hati aku yang esok pasti tidak lagi berlaku. Jika hari ini ditekan dengan kerja² yang melimpah ruah, aku pasti akan pujuk hati aku yang esok aku akan gembira. Begitulah seterusnya, tetapi hakikatnya segala yang dijanji amat jarang aku kotakan, segala dijanji aku hanya akan tinggalkan begitu sahaja. Jika hati ini ada kaki sudah pasti dia lari jauh dari aku, jika hati ini ada mulut sudah pasti dia akan maki dan caci aku. Cuma nasib baik hati aku hanyalah sekeping besi keras yang sukar untuk karat. Jadi..

"Mana lagi kerja yang tak siap, bak sini aku siapkan!!!" jerit aku.

Tertekannya tekanan #4

Hari ini setelah semalam puas dengan tidur, hilai dan tawa, kopi panas, daim cake, Chicken roasted, riffing² gitar, stroke drum, lalakan penuh dengan kebencian serta menerima kata² indah dari manusia² disekeliling. Aku amat berbesar hati dengan pencapaian yang dilalui. Tetapi hari ini masuk kerja dengan muka ceria tetapi tidak tahan lama, dengan kerja² yang datang seperti halilintar, dengan orang² dibelakang yang tajam menikam dan juga keadaan persekitaran yang amat bingit sudah cukup buatkan aku lupa tentang hari semalam, sudah cukup bagi aku peluang untuk menyisihkan segala senyuman. Penat, letih, lesu, tidak bermaya, longlai dan sohai. aku betul² perlukan ubat, perlukan terapi, perlukan rawatan. Nasib baik ada kawan datang dan suruh aku bayangkan tentang sebuah pasar malam yang sarat dengan mat² bangla, gadis² jawa, gerai buah, gerai baju bundle dan segala macam jenis perniagaan, dengan orang lalu lalang, anak kecil menangis dan kucing kurap bertempiaran. Tiba² ada sebuah gerai membaiki motorsikal dan berdondon mat² rempit mengelilingi gerai tersebut.

"Tak kena sial ada kedai motor kat dalam pasar malam..aahahaha" Aku kembali normal.

"Oklah kalau ada klinik desa plak amacam tak pun pusat rawatan ibu mengandung.."

"Kah...Kah..Kah..

Sunday 22 March 2009

Rockstar has kidnapped my son.

Untuk dua malam berturut² aku habiskan masa yang sebenarnya bukan habiskan masa tetapi tidak ambil peduli tentang masa dimana aku telah menonton semula
filem 'Almost famous' itu pun hasil ehsan dari seorang rakan. 'Almost famous' secara ringkasnya menceritakan tentang perjalanan hidup seorang journalist muzik rock yang telah mendapat tugas dari sebuah majalah muzik rock terkenal iaitu Rolling Stone untuk mengikut siri tour serta membuat sesi temuramah bersama sebuah band rock. Apa yang menarik tentang cerita ini selain dari lakonan berkesan Kate Hudson adalah tentang penulis tersebut dimana pada ketika itu dia hanya berusia 15 tahun dan terpaksa mengharungi liku² kehidupan yang sukar dijangka. Hati dan jiwa aku membuak² adrenalin meluap² dan norma² bergetaran apabila menonton filem ini dan tidak pernah ambil kisah walaupun aku telah menontonnya untuk dua malam berturut². Filem ini mampu menyuntik semangat aku untuk menulis semula dan membuat review² tentang band² serta mengupas genre² muzik yang telah sedia ada. Seperti beberapa tahun yang lalu. Ianya seperti sedang mengajak aku berdendam dan perasaan aku meronta² mahu menulis semula cuma jasad ini yang tidak mampu untuk membenarkan semuanya berlaku kembali, konflik ini harus diberhentikan sebelum ianya menjadi semakin kronik, aku harus elak agar nafsu ku tidak terlampias. Mundar-mandir didalam bilik garu kepala, tangan diregangkan, nafas ditarik sedalam²nya, mata terkebil² dan jam menunjukkan sudah pukul 5 pagi. Kaki ku seperti hendak berlari tetapi malangnya tangan aku mencapai sekeping dvd dan aku pasang di pc sambil baring aku menonton semula filem 'Almost Famous' untuk kali ketiga dengan degupan jantung yang kencang. Oh tidak aku masih tidak mampu lari dari kenyataan lalu hantar teks ringkas

"Hey Aim u want to know arini i tengok Almost Famous, tapi ni kali yang ketiga since wednesday..Oh tidak!! movie ni ade hantu.."

Thursday 19 March 2009

Berselirat dan terikat pada waktu yang amat singkat.

Hari ini dari pagi hingga kepetang aku tidak tahu kenapa, senyuman sentiasa diukir dibibir, kadang² aku tahan gelak. Terasa seperti ada banyak perkara yang lucu berlaku didepan mata mahupun dibelakang kepala, rasanya seperti saraf² dan zarah² didalam kepala sedang berselirat, terikat kerana fikir perkara² yang terlalu singkat. Contohnya ditempat kerja bila aku cemas kerana rasa seperti banyak perkara yang aku tertinggal dan tiada siapa yang aku boleh paut untuk bantu aku dari terus lemas, aku akan sentiasa cari jalan untuk ketawa. Sebenarnya aku sedang didalam proses memperbaiki segala kerosakan dan kepincangan sebagai sebuah android bernyawa, aku akan cuba jauhkan diri dari api kemarahan dan kebencian apabila berada didalam situasi yang amat tegang dan lama-kelamaan ianya telah menjadi satu kebiasaan kepada diri aku. Ramai yang fikir aku sebuah android yang 'cool' kerana terima apa saja kesusahan dengan tangan yang terbuka, tetapi sebenarnya ramai yang silap kerana aku cuba untuk tidak mencipta konflik didalam jiwa. Jadi bila didalam keadaan yang kronik aku akan fikir perkara² lucu dan selalunya aku akan ajak rakan² terdekat untuk turut sama secara sengaja ataupun sebaliknya. Secara tidak lansung rakan² aku pun akan terikut kaedah² yang sama. Contohnya seperti

"Weh apesal kau senyum, sakit ke??" Hazaried bertanya.

"Takdelah, aku ok je" Jelas aku.

"Abis senyum sorang² kenapa??" Tanya Hazried lagi.

"Tak. kau cuba bayangkan lagi 3 tahun kau dah ada misai lebat, muka garang, ketat tak ingat punya, tapi menari dangdut. Kau cuba try buat sekarang, buat muka garang tau" Jawab aku sambil ketawa.

"Ahahaha..tak boleh bla sial, camna muka garang tapi nak menari..aahah"

Perca-perca kehidupan #2








Malam semalam pada minggu lepas.

Malam tadi diruang tamu sambil sedang bermain gitar mencari riff² kejam dan jahat, sambil menonton kotak tv juga sambil memainkan video di skrin notebook mengimbas kembali tentang anugerah juara lagu 1989 dimana masing² baru tersedar bahawa sebenarnya band WINGS harus menang juara lagu pada ketika itu dengan gemersik suara Awie serta kemantapan 'scaling' gitar yang disajikan oleh Joe melalui lagu 'Taman Rashidah Utama'. Tetapi mereka tumpas ditangan SEARCH yang telah lebih dulu membuat fenomena dan kegilaan sehinggakan pengadil pun turut sama terpukau dengan arus deras kegilaan yang telah Amy dan SEARCH calitkan pada malam juara lagu walaupun masing² setuju bahawa Wings lebih 'tight' dari SEARCH pada malam itu.

"Aku lapar lah..kau dah makan Wan??" Aku bertanya.

"Dah aku pukul 7 tadi dah makan, kira sihatlah.." Jawab Wan sambil tersenyum

"Oh..dulu cikgu aku pernah bagi tau kalau kite student memang sepatutnya makan time pukul 7 lah, pastu kul 9 mlm baru start study" Jelas aku.

"Kenapa pulak macam tu" Wan bertanya.

"Yelah lepas kita makan oksigen semua akan turun ke perut untuk bantu memproses makanan yang kita baru makan, so bila oksigen kurang kat kepala, tu yang mengantuk. Kalau bukak buku memang tak guna lah, mesti tidur punye..." Jawab aku.

"Oohhh..tapi aku bukan student so yang tadi punye makan tak boleh kira lah, kau lapar ke, jom aku temankan.." Jawab Wan sambil senyum.

"taklah aku tibe² dah kenyang"

Wednesday 18 March 2009

Perca-perca kehidupan.







Hidup ini tidak perlu ada penyesalan.

Empat tahun yang lalu disatu pagi yang 'normal' jam 8.30 pagi aku berdiri bersama seorang rakan sambil menyedut dan menghembus asap rokok ditepi lorong jalan yang kecil dengan pakaian kerja berdekatan dengan pintu pagar besar dimana ramai orang lalu-lalalng juga menyimpang serta bersembang kosong tentang malam semalam. Masing² meliarkan mata melihat manusia² yang baru hendak masuk kerja, ada yang bergegas, ada yang tersenyum, ada yang mata masih bengkak, ada yang masih berdengkur, ada yang 'cool', ada yang marah², ada yang lawa, ada yang wangi, ada yang ranggi dan ada yang tidak bergigi. Tiba² jantung kami berhenti berdegup, mata semakin galak membuak, rokok semakin dalam disedut. Gara² terlihat seorang gadis berbaju kurung warna jingga, rambut panjang dan lurus, juga amat bercahaya dari jauh. Sambil tangan aku menepuk bahu rakan dan

"Weh kau tengok perempuan tu" Jelas aku.

"Tulah, aku nampak lawa rambut dia, mesti cun awek ni" Sambung Pali.

"Aku pun rasa macam tu, kau taknak try ushar ke??" aku bertanya.

"Tulah, tunggu dia datang dekat sikit. kalau ok aku ushar kalau dapat terus kahwin la, malas nak fikir panjang" Pali.

"Hah..try lah.." Aku.

"Eh jap..jap" Pali sambil merenung dengan tajam kearah gadis itu.

"Kenapa kau kenal ke" Cantas aku.

Diam seketika.

"Laaaaa...Adik aku lah..cibai betul, tak guna!!!" Pali bersuara dengan muka hampa.

"Hah?? Adik kau keje sini ke?? tak tau pun??" Tanya aku sambil tahan ketawa.

"Iyelah, dia buat praktikal kat building belah sana, finance punye department, bosan la minah ni" Terang Pali.

"Hahaha...." Aku.

"Dah jom blah.."

Hari ini aku terima kad undangan perkahwinan dari Pali yang akan berlansung pada bulan april akan datang lalu aku tanya dia

"Betul ke kau nak kahwin ni?? bukan buat 'aprilfool' ke?? Tanya aku.

"Keh..keh..keh.. betul lah, aku dah hafal doa Qunut kalau² Tok Kadi tanya" Jawab Pali.

"Ahahaha.."

Tuesday 17 March 2009

Nachtmerrie

Aku sedang lemas didalam sebuah kolam yang penuh dengan air kopi, setelah berusaha keras untuk keluar dari kolam, tiba² mencurah-curah susu panas masuk meluah kedalam kolam. Aku amat cemas kerana lemas. Tetapi mujurlah ia sebenarnya adalah mimpi paling indah.

Darah itu tidak semestinya berwarna merah.

Sejak beberapa malam lepas, sejak kekalah memalukan MU dikaki, ditangan dan dikepala Liverpool, sejak Arsenal juga menang bergaya. Aku sudah tidak lagi jumpa Azizuddin hingga ke hari ini, sudah tiada teks ringkas dari dia yang selalunya berbunyi "Geng ape projek" Mungkin penyokong² yang sanggup mati demi MU sedang duduk bertafakur dan bertahmid atau mungkin sedang menangis teresak-esak. Biarkan mereka dengan warna merah kesayangan mereka. Azizuddin adalah rakan penjahat yang paling junior didalam bulatan kami, dia sepatutnya memaggil aku dan Sharman dengan panggilan 'uncle' tetapi itu bukan cara kami, ramai orang pernah tanya aku, "kenapa kau suka berkawan dengan orang yang jauh lagi muda dari kau?" jawapannya senang sahaja. Aku sebagai seorang lelaki yang sentiasa perlukan kelainan hingga lagi seribu tahun pun aku memang akan mencari kelainan, dan amat memerlukan darah² orang muda disekeliling aku agar darah² mereka dapat memasuki kedalam ruang saraf aku, agar warna kehidupan sentiasa terang benderang. biarlah apa orang hendak cakap, tetapi bagi aku ianya adalah sesuatu yang positif. Mesti ada diantara kita akan gelak dan ketawa bila tengok budak² yang lebih muda dari kita dan bercakap "Zaman kita dulu tak pun poyo macam diaorang". Aku juga akan gelak sama bila melihat mereka, tetapi kita juga mampu beri 'direction' selain terus gelak, dan setiap diantara kita pasti ada kelebihan yang mungkin mampu untuk mengoncang dunia. So just be positive and chill!!.

"Weh Aji mane lame tak nampak??" Tanya aku kepada Wan.

"Ahahaha...dia dah ada girlfriend skang ni," Jelas Wan.

"Huh!! yeke?? whoa..okla tuh.." Sambung aku sambil gelak.

"Biar dia..biar dia nak rasa..." Wan.

"Kah..Kah..Kah"

Aku tidak suka MU tetapi jika ke UK aku pasti akan ke Old Trafford kerana suka pada warna merah.

Vem är det

Dari aku untuk sesiapa yang bernama kamu..

Monday 16 March 2009

Preikestolen and Lysefjorden.

Aku tidak suka ber-hiking mahupun tracking, ianya amat memenatkan, sebagai seorang android yang sibuk dengan kerja, muzik, kopi, rokok dan gelak ketawa aku memang tidak akan beri masa mahupun membuang masa. Tetapi selepas terlihat gambar² dibawah aku rasa seperti hendak balik rumah, packing beg, ambil tiket dan terus terbang merentasi awan dan langit yang putih serta biru untuk sampai ke Norway.


Ketawa berdekah-dekah.

Ketika duduk dikedai makan dan melihat sepasang kekasih sedang duduk diam membisu tanpa apa² kata kami selalu akan cipta suara untuk mereka. Contohnya seperti.

"Dorang tu mesti dah makelove and girlfriend dia pregnant kan, and that guy mesti tengah pening macamana nak settle the problem, kan??"

Sambil semua dimeja memerhatikan pasangan kekasih itu lalu ketawa berdekah-dekah.

Saturday 14 March 2009

Say it to me now..!!

Benarkah orang yang tabah sering diduga??. Benarkah kadang² kita perlu lari dan lihat siapa yang akan mengejar kita. Tetapi jika tiada, macam mana??. Say it to me now!!

Sangsi.

Malam tadi setelah membuang masa hampir jam 3 pagi di studio kemudiannya bergelak ketawa hingga ke jam 4 pagi sampai lupa diri. Pagi ini aku bangun malas, aku melangkah tidak sekilas, mandi hingga lemas, pergi kerja dalam keadaan cemas dan tidak kemas. Tiada kopi, tiada epal hijau, tiada American eagle, tiada keyakinan. Oh Gosh!! aku sedang sangsi..

Imaginasi

Kadang² kita sukar untuk memuaskan hati semua pihak yang berada disekeliling kita. Kadang² kita hanya mampu untuk mendiamkan diri dari terus bersuara. Kadang² juga kita rasa tidak perlu untuk meluahkan apa-apa. So lebih baik diamkan diri dan mulakan imaginasi. contohnya aku, sedang memikirkan tentang dunia yang sedang berpusing kebelakang dan lari jauh dari paksinya.

Molekul Indah #4

Namun bisikan aku tidak dipedulikan, mungkin dia tidak kenal aku dan aku juga tidak pasti kenapa dan mengapa aku harus pergi dekat dengannya. Aku juga semakin binggung lalu terus berjalan mencari jawapan yang aku sendiri pun tidak pasti,
sedang aku berjalan dari jauh aku terlihat seorang gadis berbaju merah sedang duduk ditepi jalan, aku cuba untuk mendekatinya setelah hampir aku cuba bertanya

"Cik boleh saya tahu apakah nama tempat ini.??". Gadis itu hanya duduk diam sambil air matanya mengalir. Matanya bengkak mungkin kerana terlalu banyak menangis.

"Cik kenapa dengan cik.??". Tanya aku lagi. Tapi dia hanya duduk diam sambil air mata deras mengalir.

Aku semakin binggung dengan keadaan gadis itu, dengan keadaan disekeliling yang terlalu hambar. Sambil dihati aku rasa hendak meneruskan perjalanan.
Aku cuba bergerak dengan perlahan² meninggalkan gadis yang sedang menangis, setelah beberapa tapak mengorak, gadis itu toleh kearah aku dan berkata

"Jangan pergi dulu.." aku patah balik kearahnya, aku duduk disebelahnya sambil kepala aku masih lagi runsing.

"Eh tak bahaya ke awak duduk sini sorang², saya tengok tempat ni macam lengang je". Tanya aku lagi. "

"Takde apa yang nak dirisaukan, lagipun siapa yang nak peduli pasal saya" Jelas gadis itu sambil dahinya berkerut.

"Kenapa awak cakap macam tu??" Tanya aku lagi.

"Saya rasa awak tak perlu tahu,could u please mine ur own business..??" Tegas gadis itu. Aku hanya duduk diam terpaku sambil didalam hati aku masih lagi penuh

dengan tanda tanya.

"Siapa awak?? kenapa lalu dekat sini..? Tanya gadis itu.

"Errr...aaahh, saya...saya..saja lalu tengok keadaan sekeliling.." Jelas aku.

"Nak panggil awak apa??" Tanya lagi gadis itu.

"Ermmm nama saya..." sambil memerhatikan keadaan sekeliling aku tertanya siapa nama aku??

"Awak panggil jelah nama apa yang awak suka.." Jelas aku.

"Huh..!! nama apa?? takkan awak takde nama??" Tanya gadis itu.

"Nama awak apa??" Tanya aku pula.

"Panggil Jas dah la.." Jelas gadis itu.

"Jas..ok Jas..nama saya Danial" Dengan keadaan spontan aku menyebutnya, keadaan menjadi semakin pelik kerana secara tiba² aku beri nama kepada
gadis itu.

"Ok Danial, well my full name is Jasmine" Jelas gadis itu.

Bersambung. . .

Friday 13 March 2009

Semalam dan hari ini penuh dengan prosa

Semalam hari pertama aku bekerja semula sebagai sebuah android setelah beratus² jam kebelakang hanya bergelumang dengan dosa, dusta dan nista. Kali pertama melangkah masuk ke pintu gerbang yang berimaginasi sama seperti sebuah syurga tetapi sesiapa yang berjaya melangkah masuk sebenarnya akan terperangkap didalam neraka. Hari ini dengan suasana kelam dan lembut buatkan aku sama seperti sedang berada di Sheraton Hotel, Schiphool airport Amsterdam, dengan hujan turun melambai², dengan angin berdesir-desiran, dengan bau kopi yang harum, dengan nada yang amat 'mellow' menahan segala api yang sedang marak membara. Sambil bersiul, sambil tangan menghayun sempurna aku masuk ke perut ofis. Kali ini, projek kapal terbang baru, orang² baru, tempat baru, adrenalin baru tetapi berkongsi atmosfera yang sama, juga plot dan naratif yang sama. Cuma disini agak tenang berbanding ofis aku yang lepas², kurang bunyi kesan khas, kurang cacian dan makian, tetapi ramai orang suka berkumpul dan lalu lalang dibelakang aku. Damn!! macam mana nak letak entri baru?? bila aku mula nak menaip, ada saja mata² yang melirik tajam kearah monitor skrin aku.
Maaf jika tiada entri baru selama sebulan dari sekarang.

Thursday 12 March 2009

Perhatian bukan Perhentian mahupun Penantian.

Elektro, new wave, danceable atau segala macam penemuan baru. Nah tidak perlu cerita panjang lebar. THE UPSTAIRS iaitu sebuah band new wave dari seberang yang mempunyai warna yang sama seperti DEPECHE MODE, JOY DIVISION mahupun A FLOCK OF SEAGULLS bakal beraksi di Modestos, Kuala Lumpur ahad ini, Tiket amat terhad. Siapa berani sila hadirkan diri. aku dengar THROUGH THE EYES OF THE DEAD, aku juga dengar KIAS FANSURI, aku juga ambil pusing dengan AKTA ANGKASA walaupun sudah tiada. Aku juga ambil kisah tentang BLOC PARTY dan aku teringin sangat nak tengok live band POLYSICS dari Jepun. THE UPSTAIRS pun sama. Ayuh!!


Achtung!!

Sejak kebelakangan hari, aku sering diluahkan dengan permasalahan sekeliling, dimana ramai diantara rakan² yang aku kenal bercerita tentang pergelutan dan kebuntuan yang sedang mereka alami dan hadapi. Aku sebagai seorang yang sedang bebas terbang memang selalunya memberi ruang yang secukupnya untuk membantu mereka yang sedang berada didalam ketegangan. Tapi kadang² ada yang sampai benda² remeh pun perlu jadi buntu, perlu jadi serabut contohnya menghantar teks ringkas yang berbunyi "Eh i nak keluar dating jap lgi, u rse baju warna hijau lgi ok or merah??" Huh!! aku bukan Bernard Chandra, Zang Toi mahupun Jimmy Choo. aku juga bukan Kate Spade atau Marc Jacobs. huargghh!!!

Tuesday 10 March 2009

Dari hati yang cekal kepada jiwa yang gundah.

Cinta dan kasih memang tidak dapat lari jauh dari hati dan jiwa semua insan yang berperasaan. Hari² aku dihujani dengan pertanyaan tentang rasa cinta dan sayang.
Ianya satu beban yang amat berat untuk dipikul. Ianya terlalu sukar untuk difahami dan ianya tidak semudah yang disangka. Aku juga tidak kuat seperi orang lain, aku juga reput malah rapuh untuk hadapi segala rintangan dan dugaan. Namun begitu hidup ini harus untuk kita mara kehadapan tanpa perlu palingkan segala kecacatan yang pernah berlaku. Biarpun rasa terlalu sakit kerana disakiti, biarpun rasa pahit kerana adunannya tidak menjadi dan biarpun amat sukar untuk melupai. Namun kita harus terus melangkah dan melangkah supaya dipengakhiran cerita nanti kita dapat tahu segala kesudahan, segala kekalahan dan kemenangan. Berhenti menangis kerana tiada siapa mahu mengadili airmata kamu.

Granny smith apple vs Navel orange.

Sama ada mahu percaya ataupun tidak, sama ada mahu terima ataupun tidak. setiap perempuan lebih² lagi rakan karib sebenarnya adalah musuh paling ketat diantara satu sama lain. Mereka suka 'rebel' dan 'rival' dengan menggunakan monolog dalaman, dengan cara halus tanpa kita perasan dan juga tanpa mereka sendiri sedar. Siapa setuju??

Sama ada betul ataupun tidak, sama ada perasan atau pun tidak. Setiap lelaki memang tidak pernah matang dan sentiasa memerlukan diantara satu sama lain, jika tidak mereka akan hanyut atau mati lemas. Siapa setuju??

Maaf, aku sedang melayang dengan Seth Rogen sambil melayan pineaple express.

Monday 9 March 2009

Hey ho lets go !!!

Jika dikerah untuk pergi berperang demi negara tercinta aku sanggup, tetapi jika disuruh tanpa paksaan untuk dapatkan secawan kopi di tengah² medan perang, lagi aku sanggup.

Molekul Indah #3

Aku melangkah masuk kedalam ruang yang amat gelap, bila aku toleh kebelakang aku masih mampu melihat keheningan cahaya dari luar sambil 2 orang askar tadi sedang berdiri, perasaan lega tiba² datang, namun bila aku toleh kehadapan tanpa diduga, tanpa dijangka keadaan didalam rumah yang gelap tidak lagi suram tetapi telah bertukar kepada keadaan yang amat tenang, keadaan tidak lagi didalam rumah tapi aku sedang berdiri dalam keadaan yang tidak pasti dimana belah kiri dan kanan aku adalah pepohon rimbun dengan keadaan yang amat berangin sambil aku dapat melihat dari jauh seorang budak perempuan kecil yang sedang mengayuh basikal sambil ditemani ayah dan ibunya, aku cuba menggerakkan langkah tapi masih tidak pasti kemana harus dituju. cuba cuba berjalan kearah budak kecil itu dan semakin lama aku melangkah baru aku dapat kesan yang sebenarnya kawasan aku berjalan itu adalah tempat tinggal aku, tapi keadaan amat lengang sekali, dimana semua orang yang lain. aku cuba mencari jalan untuk kerumah tapi fikiran aku masih samar² untuk mengingatinya. tiba² aku terlihat sebuah kereta berwarna biru berlalu terus dan yang aku pasti didalamnya adalah kawan aku Farid. aku cuba menjerit memanggilnya namun dia lansung tidak menoleh kearah aku malah terus laju meluncur. Aku menjerit memanggil Farid..!!! Farid..!!.. ternyata tidak berhasil, aku teruskan langkah aku, hingga aku dapat lihat sebuah kedai makan, namun tidak ada orang disitu melainkan Farid yang sedang duduk seorang diri, aku cuba mendekatinya tapi pelik kerana dia lansung diperasan yang aku didepannya, aku cuba menyapanya aku pegang bahunya tapi dia seperti tidak tahu tentang aku, seperti tidak nampak aku. Keadaan menjadi semakin pelik bila Farid lansung tidak pedulikan aku, keadaan menjadi semakin binggung bagi aku kerana perkara² begini berlaku didalam keadaan yang amat bercelaru. Aku cuba berbisik ketelinganya..

Bersambung...

Chocolate mud pie with ice cream.

Cuaca amat suram dari semalam lagi, cahaya matahari rasa seperti sedang merajuk untuk mendamparkan silaunya. Ianya adalah satu keseronokkan apabila memandu dijalan yang lurus sambil dikiri dan kanan adalah pokok² hijau dan tidak banyak jentera lain yang melewati laluan yang sama. Keadaan tidak ubah seperti sedang memandu di pekan Cardiff sambil menghayati lagu² perlahan dari RADIOHEAD dengan tangan memulas steering juga jari menyepit rokok, kaki sibuk menekan pedal minyak dan brek. Mata pula ringan memandang suasana sekeliling. Sambil suara beramai² menyanyi "No..wa...No..Surprises..Silent..Silent..This is my final fit my final bellyache with..No..No..Surprises..No..wa..No..wa..No Surprises please...". Angin halus berkepul² masuk dan keluar kedalam jentera pemusnah.

"Aku rasa dah malas makan² lagi la, rasa macam tak sihatlah, kita asyik makan je.." Wan bersuara.

"Ah..perut tengah kenyang lagi boleh lah kau buat statement macam ni" Cantas Aji.

"Oklah kalau macam tu, tak payah makanlah, siapa yang nak pergi makan??" Sambung aku,

"Tulah, bahaya la, skang ni tak rasa sebab kita muda lagi, semua benda nak makan tak lama lagi dah tua sikit mesti lekat macam² penyakit" Wan dengan muka serius.

"Aku ok je tak makan, jom minum jelah.." Aji.

"Tapi kan dapat kena laksa ni ok jugak kan, sejuk² ni baru badan panas" Sambung Wan lagi..

Aku dan Aji sedang tahan gelak.

"Takdelah, laksa makanan tradisional, kira sihat makanan tu, lagipun kurang lemak, apa salahnya.." Wan lagi sambil tersenyum.

"Kah...Kah..Kah..Kah..cam haram"

Saturday 7 March 2009

I'm climbing up the walls.

Aku menangis, aku ketawa, aku hiba, aku gembira, aku sesak, aku terdesak, aku cuak, aku riak, aku melalak, aku bergelak-gelak atau beribu macam lagi yang aku layak, semuanya tidak ada kena mengena dengan dunia kau, tolong berlalu pergi dan hayatilah kehidupan yang sudah semakin singkat. Tidak perlu perkatakan tentang kejelekkan dunia aku, sememangnya kau amat sukar untuk memahami aku.

Where the circus winters.

Setiap apa yang terjadi didepan mata, dibelakang kepala mahupun dibawah kaki, aku sering jadikan ianya satu pengajaran. Setiap apa yang berlaku adalah satu benda baru yang harus kita pelajari, dalam erti kata lain aku sering menyerap apa yang aku lihat. Baru kita dapat dan sentiasa belajar, tidak kira sama ada kita masih muda mahupun sudah tua. Proses pembelajaran tidak mengenal usia, barulah kita senang menerima apa saja yang bakal datang. Contohnya muzik dan aku memang tidak dapat dipisahkan, ianya bukan sekadar isi dengan kulit tetapi aku lebih anggap aku dan muzik berada didalam isi yang sama. Dari dulu hingga sekarang pelbagai genre muzik telah merubah arus sejarah tidak kira didunia sebelah sini mahupun didunia sebelah sana. Aku tidak mahu ambil kisah apa orang hendak kata, janji aku punya ideologi tersendiri mengenai dunia muzik. Setiap minit, setiap jam dan setiap hari akan muncul artis baru, band baru dan alunan muzik baru didalam dunia ini. Aku juga punya band dan bergiat aktif, setiap lagu yang dicipta haru ada nafas baru supaya ianya nampak lain dara band yang lain, walaupun sebenarnya amat susah untuk mencari identiti sendiri tetapi kita haru nampak 'fresh', baru dan bertenaga. Bagi aku ianya diterima dengan amat positif dan dalam pada masa yang sama aku terapkan nilai² teori aku dengan muzik yang aku dengar kepada bulatan hidup aku. Mungkin ramai yang sukar hendak faham. Tetapi sebagai seorang android yang sering dikecam lebih² lagi di tempat kerja dengan karenah pelbagai jenis manusia. Aku sering menggunakan teori ideologi muzik terhadap kitaran perjalan kerja aku. Contohnya jika aku didalam band akan cuba sedaya upaya untuk mencari sesuatu yang baru, sudah tentu jika didalam pekerjaan aku akan sentiasa mencari formula baru untuk memudahkan kerja² aku. So begitulah seterusnya. Cuma kadang² tu hasil kerja kita akan dianggap seperti selonggok sampah oleh manusia² yang ego atau rasa mereka lebih bagus walaupun sebenarnya mereka telah jauh ketinggalan. Tidak mengapa orang² tua sememangnya begitu, urat saraf sudah kendur dan akal fikiran sudah tidak secekap mana, namun mereka terlalu gah dengan hasil kerja mereka. Aku memang benci dengan manusia² tipikal yang sebegitu walau macam mana pun memang sukar untuk kita hapuskan kebodohan² yang mereka cipta. Nah aku sentiasa anggap mereka tidak sehebat aku dan anggap mereka amat ketinggalan. Julangkan tangan keatas lalu jerit "Aku mampu buat lebih baik dari kau". Thats it !!,

Entri ini untuk kawan aku yang sedang benci boss dia termasuklah aku.

Thursday 5 March 2009

Warkah dari James Alderman.

Aku baru terima warkah dari James Alderman, dia beritahu band MEW akan membuat siri tour di Jepun sekitar bulan Ogos ini. Ada sesiapa yang berminat untuk membantu aku membawa mereka datang ke Kuala Lumpur supaya kita sama² dapat menghabiskan masa makan dan minum dengan mereka serta melihat aksi mereka sila hantar penumbuk di email aku. Kepada sesiapa yang tidak mengenali mereka sila lihat video dibawah. Jika sudah jatuh cinta sila terima kata² "cinta itu buta". Jika benci, sila teruskan hidup seperti sedia kala tanpa perlu melampiaskan kata² dusta.

Dialog tanpa prolog #8.2

"Eh kita dah lama tak makan fastfood kan, mc'd, KFC, domino, kan??" Wan bersuara.

"Tulah, kita kan sedang memboikot produk² dari US" Jawab aku sambil gelak.

"Yelah tu, abis tu yang korang dengar lagu² mat salleh tu apa?? Tanya Finaz.

"La..kita orang tak dengar penyanyi² dari US, kita orang dengar lagu² dari Denmark dan Norway sahaja, band HUJAN pun kita dah dengar sekarang" Jawab aku.

"Hah..betul tu..tadi dalam kereta pasang lagu OASIS je, dorang kan dari UK" Sambung Wan.

"Ala..abistu ni kau minum nescafe?? boleh pulak" Tanya Finaz lagi.

"Nescafe dari segamat la.." Cantas aku.

Aku dan dia vs high heel

Didalam rumah, sambil menonton filem noir dari Mamat Khalid. Sambil disinari warna lampu kuning, ada yang sibuk bermain teks ringkas, ada yang sedang menghirup kepulan² asap, ada yang sedang menyerap kelucuan dari kotak tv dan ada juga sedang terbaring lalu mengerang kesakitan.

"Aduhh!! aku tak tau lah, sakit apa aku ni, perut rasa nak meletup ni" Kata Wan.

"Tulah makan banyak, siapa suruh?" Sambung aku.

"Aku tak makan apa pun hari ni, tu yang angin tu." Jelas Wan lagi.

"Kau tu kena selalu² pergi excersize, ni duduk makan je" Aji menyampuk.

"Tulah esok aku ingat nak bersenam la, kau ada idea tak" Tanya Wan.

"Jom buat pertandingan makan sosej ataupun durian paling pantas, sukan tu beb, amacam?? Sambung aku.

"Sial lah.."

Happy birthday to man of the match.

Semalam adalah hari lahir Sharman, seorang rakan paling junior didalam lingkaran persahabatan yang telah lama kami bina. Aku seperti biasa seorang yang amat sukakan kejutan, telah mengajak penjahat² yang lain untuk buat satu kejutan pada Sharman, dalam pada masa yang sama aku juga amat suka kan kelainan, lalu tiada kek pada hari lahir Sharman, tetapi kami telah sediakan berbekas² ais krim untuk dinikmati bersama². Kelainan dan kejutan itulah aku. Apa pun yang penting semua orang gembira. Bila cerita tentang Sharman, walaupun dia adalah penjahat baru bersama kami, tetapi aku dan dia sebenarnya telah berada didalam liga yang sama. Umur kami tidak jauh beza, disebabkan hari lahirnya semalam secara saintifiknya aku boleh katakan yang dia lebih tua dari aku, malah bertahun tuanya dari aku.(sambil ketawa) Sharman dan aku lebih suka menyorot kisah² lama yang sememangnya tidak dapat diserap oleh orang² lain didalam lingkaran. Kami selalu toleh kebelakang untuk dijadikan pengajaran, tapi apa yang pasti banyak kisah ketawa dari duka. Kami membesar di dua tempat yang berbeza tetapi pengalaman hidup kami sama. Jika nampak kotak aku akan cakap "Dulu kalau ada kotak, pi cari bukit pastu gelongsor ramai² pakai kotak ni, hang penah buat tak Man??" Dia ketawa dan cakap "Gila lah, best main benda tu, dapat bukit berpasir lagi thrill". Hari² cerita pasal zaman rock kangkang, zaman kasut Aliph, zaman dimana komputer berskrin hitam dan hijau, zaman dimana pergi sekolah bawa kaset dan tukar² dengan rakan yang lain, zaman dimana apa akan jadi kalau SEARCH tidak tarik Amy keluar dari BPR, zaman THE CLASH, zaman RADIOHEAD album pablo honey, zaman BUTTERFINGERS dimana Loque adalah penyanyi utama sebelum Emmet. dan bermacam² lagi zaman. Hidup ini penuh dengan kenangan dan hidup ini juga penuh kemenangan. Cuma kita saja yang tidak perasan atapun tidak berperasaan untuk menoleh kebelakang. Amat rugi jika anda tidak mampu menghargai sesebuah kehidupan. HAPPY BIRTHDAY to SHARMAN !!!

135 - 34 = Hilarious

Entri kali ini agak beberza dari yang lepas, aku cuba berinteraksi secara telus dan tulus tanpa baris² kata yang sarat dengan simpang siur dan liku² kejam. Aku ingin bercerita tentang masalah kegemukan, diet, anoreksia, bulimia, skinny jeans dan apa saja makna yang sama dengannya. Sering kali aku ditanya oleh teman² rapat mahupun tidak rapat, tentang bagaimana aku kelihatan lain dari tahun² lepas jika hendak dibandingkan dengan sekarang. Dulu setiap t-shirt yang aku pakai bersaiz XXL tetapi kini aku hanya perlu sarung baju yang bersaiz L, ianya bukanlah satu kebangaan bagi orang kurus, namun begitu ianya adalah satu penghargaan yang tidak ternilai bagi seorang lelaki gemuk seperti aku. Sejak dari kecil lagi aku memang sudah gemuk, akibat dari limpahan rezeki keluarga, aku memang jadi kuat makan. Walaubagaimanapun aku tetap aktif bersukan tetapi jika berada dikalangan rakan² aku masih dianggap gemuk, aku masih lagi dijadikan aset untuk ketawa dan sebagainya. aku tidak peduli pun, janji hati gembira. Sejak dari sekolah lagi aku memang tidak berpeluang untuk mewakili pasukan² bolasepak, badminton mahupun pelari pantas. Walaupun sebenarnya aku amat suka dan boleh bermain bolasepak, walaupun aku aku mampu buat servis yang tajam ketika bermain badminton, walaupun aku boleh berlari laju (bullshit !! mana ada budak gemuk boleh lari laju). Anda silap, dilebuhraya kenderaan yang laju adalah bas mahupun lori kerana beban yang berat (nanti aku terangkan di entri yang lain). Namun begitu aku sering dipandang rendah juga diperlekehkan kerana cikgu kurang yakin dengan kemampuan aku. Lalu tiada ruang mahupun peluang untuk aku menonjolkan bakat didalam bidang sukan kerana terlalu ramai cikgu² yang terlalu berdiskriminasi dengan budak gemuk seperti aku. Tidak mengapa, lalu bila usia meningkat remaja aku mendalami dunia muzik, cuba buat band tetapi malang juga kerana tiada siapa pun yang nak 'support' band aku sebab bagi mereka rockers kena kurus macam orang hisap dadah, badan kena bengkok baru 'thru'. Mana boleh orang gemuk jadi rockers. Walau macamana pun aku memang tidak ambil peduli janji aku gembira, tetapi lama kelamaan, baru aku sedar memang tidak berdosa pun jika jadi orang gemuk sebab kita tidak kacau orang, kalau nak makan pun bukan kita nak mintak duit orang lain. Cuma kadang² kita akan rasa 'down' kurang keyakinan, terasa sentiasa digelakkan, jadi bahan jenaka (memang pun), diskriminasi sana dan sini tidak kira teman rapat atau sebaliknya dan yang paling ketara adalah masalah kesihatan apabila usia meningkat. Orang² gemuk akan dibunuh secara senyap tanpa kita sedar. Oleh yang demikian aku cuba keluar dari permasalahan yang disebut diatas. Walaupun belum mencapai status 'berjaya' but its almost there. Aku telah buat beberapa kajian dan setelah ramai rakan² yang minta pendapat serta tunjuk ajar lalu aku mengambil kesempatan untuk masukkan kedalam blog ini. Ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu bagi sesiapa yang cuba untuk berdiet. Perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah ubah corak permikiran. Tiada kejayaan jika tanpa usaha. Kita perlu ada impian dan sasaran. 1stly jika anda perempuan sila jadikan Amanda Crew mahupun Kate Hudson sebagai role model, cuba simpan didalam kepala yang anda mampu jadi seperti mereka. Bagi lelaki sila anggap yang anda mampu jadi seperti Tom Cruise atau Johnny Depp mahupun Oliver Syke. Tolong jangan simpan impian untuk jadi Gwyneth Paltrow mahupun Katy perry kerana anda perlu tambah lemak dibahagian dada dan pinggul, sigh!!. Berdiet dengan cara tidak makan dari pagi sampai ke petang bawa pula ke esok pagi adalah diet paling 'Suck' bagi setiap orang. Trust me tak sampai seminggu anda akan cakap "Buang masalah diet, taknak kurus pun, biar jelah jadi gemuk janji tak kacau orang" (mana kita tahu yang kita tak kacau orang??). Anda perlu makan untuk hasilkan tenaga dan tenaga amat diperlukan untuk membakar lemak yang ada. Jadi sila makan dengan kuantiti yang minimum tetapi kenyang. Caranya adalah sila anggap nasi sebagai racun paling berbisa biarlah orang nak cakap "Poyo je mamat tu nak jadi mat saleh makan roti hari²". Mereka tak tahu apa² pun. Kenapa nasi racun?? kandungan paling tinggi karbohidrat selain kentang adalah nasi, oleh yang demikian sila berhenti makan kentang juga. Ada orang yang akan cakap "Aku tak boleh la kalau sehari tak dapat nasi, menggigil badan", aku akan jawab "kalau kau nak jadi melayu sejati sila pakai baju melayu tiap² hari dan bawa keris kemana² sahaja". Seterusnya lupakan minuman yang mempunyai kandungan gula yang banyak dan juga ais. Air berkabonat adalah air yang banyak gula, anggap saja anda sedang minum air longkang ketika meneguk setin coca cola. Tetapi kenapa tak boleh minum air berais, jawapannya adalah air yang sejuk mampu mengembangkan usus dan jika usus anda kembang maknanya perut anda juga akan berkembang, bila banyak ruang didalam usus anda kena penuhkan dengan makanan, so??. Lagi satu sila putuskan pertalian persahabatan dengan rakan² yang suka cari kedai² makan yang sedap, anggap mereka tidak ada masa depan. Sila juga jauhkan diri pada rakan² yang cakap "Ala rilekslah perut besar tu kan lambang kemewahan". Mereka semua adalah iblis yang bertopengkan manusia. Buah bagus untuk orang yang sedang berdiet tetapi bukan buah durian, pisang, betik mahupun mangga. Sila lupakan kumpulan buah²an ini, yang terbaik adalah jambu batu mahupun epal hijau sebab ianya keras dan perut lambat untuk hadam, bila lambat hadam maka kita akan lambat rasa lapar. Kepada yang bercita² untuk menjadi ahli kelab gym mahupun membuang masa di gym yang disediakan oleh syarikat tempat mereka bekerja. Sila anggap gym adalah pusat pelacuran. Jangan buang masa dengan bermain 'besi' angkat semua benda berat, kerana kita bukan hendak membina otot sebaliknya mahu buang lemak. Jika andan terus bermain 'besi' nescaya lemak anda akan bertukar menjadi otot pejal maka peluang untuk anda kurus dan pakai skinny jeans bersaiz 28 mahupun 32 akan hancur begitu sahaja. Jangan buang masa, anda cuma perlu keluar rumah setiap pagi mahupun petang atau malam untuk pergi berjogging, sila bawa mp3 sekali dan pastikan anda memainkan lagu² yang membakar semangat contohnya dari ASIAN KUNG FU GENERATION mahupun ATARI TEENAGE RIOT. Antara makanan² yang kita makan tidak kenyang tetapi mampu memberi tenaga sepanjang hari adalah tauhu, air soya bean, tempe, kacang dhal, roti, yogurt, air milo, sayuran dan sewaktu dengannya. Memang bosan kalau makan benda yang sama setiap hari, tetapi jika anda cekal untuk seketika dan tiba² ada rakan anda menegur "Eh u nampak dah slim sikit lah" ianya adalah satu kepuasan bagi satu permulaan. trust me, aku telah dipaksa berkali² oleh ramai orang tidak kira lelaki lebih² lagi perempuan untuk berkongsi cerita setelah berjaya membuang 35kg lemak dalam masa setahun. Ianya bukanlah satu pencapaian yang membanggakan but at least aku berjaya membuat perubahan dari orang yang hanya mampu bercakap "Hah kau try la diet dulu, kalau jadi aku follow plak". Bagi orang² yang memuntahkan isi perut selepas terasa mereka makan banyak adalah satu seni yang harus dijauhkan. Jika anda makan banyak sejam selepas itu sila keluar berjogging dan segala²nya akan menjadi seperti sedia kala. Aku selalu buat benda ni dan ianya berjaya, so tidak perlu memuntahkannya. Bagi orang² yang sentiasa nampak gemuk walaupun sebenarnya sudah kurus (anoreksia). Sila beli cermin tegak yang boleh nampak kurus walaupun kita gemuk jadi setiap hari kita akan nampak kurus kerana cermin itu. Tetapi awas sila pastikan cermin ini untuk anda sahaja dan tidak boleh digunakan oleh rakan² rumah anda lebih² lagi yang kuat makan. Sebab mereka akan terus makan selepas melihat posture badan mereka melalui cermin dan berkata "Aku taklah nampak gemuk sangat". Bagi perempuan merokok adalah bagus untuk kelihatan slim, aku setuju sebab bila perut kosong dan kita hisap rokok perut kita akan menegang dan kempis. Ianya adalah satu aktiviti sihat dan jika ada orang pandang kita ketika sedang hisap rokok sila cakap "Aku tak mintak duit kau nak beli rokok, so??" ataupun sila letak baris² ayat tersebut di baju, beg mahupun seluar. Akhir sekali adalah minum kopi, trust me anda akan kurang selera makan bila kafein banyak dalam badan, anda juga susah untuk tidur dan bila kurang tidur badan akan lemah kerana kurang tenaga, lalu setiap lemak yang ada akan terbakar dan bertukar menjadi tenaga. Bagi yang banyak duit sila terbang ke mana² negara di Eropah lebih² lagi Switzerland. Suhu yang sejuk mampu membakar lemak untuk memberi haba kepada badan dengan syarat anda tidak terpikat dengan coklat Nutela mahupun Frites (kentang goreng berlemak yang sedap dimakan dengan ketchup sauce) Selamat mencuba. Hentikan angan² dan mulakan sekarang. \m/

Aku akan delete enti ini jika anda semua tidak suka.

You dont have to be alone.

Aku sentiasa dekat dengan kau walaupun amat sukar untuk melihat aku.

Tuesday 3 March 2009

Hari-hari terakhir seorang Android.

Semalam sekeping lagi hati telah kecewa, semalam satu lagi jiwa sedang sengsara, semalam juga sebuah impian telah berjaya diburaikan. Hari ini aku ketawa terbahak² kerana esok aku akan memulakan kehidupan baru sama seperti seorang bintang rock tersohor, bangun tidur lewat, pergi jogging sambil dengar lagu AUGUST BURNS RED, bersarapan dengan wine merah, petik gitar lagu² gembira, keluar jalan bersama sang rama-rama, makan tengahari tidak ada, minum petang dengan absinthe, makan malam bersama Katherin Heigl, baca buku satira karya Charles Dickens dan bergelak ketawa hingga ke pagi bersama makhluk² halus. Itulah rutin harian untuk beratus² jam yang akan datang. Tiada persoalan tentang kertas kerja, tiada pertanyaan tentang sumpah dan seranah juga tiada istilah tentang android lagi. Aku bebas seperti seorang lelaki dizaman hippies. Woohoo!!!

Darah aku dan kau sama, tapi..

Ada orang cakap aku gila, dah tak betul, tak sedar diri. Ada yang tanya bila nak berubah?, tak nak kahwin ke?, seronok ke jadi macam ni?. Blaa..blaa dan blaa..
Aku hanya mampu membalas dengan mengukir sebuah senyuman yang paling indah untuk mereka, tetapi didalam hati aku amat sedih dengan corak pemikiran mereka. Sungguh mengecewakan apabila mereka cuba untuk samakan aku dengan mereka. Darah yang mengalir memang warnanya sama, tetapi nilai ph didalam darah aku amat berbeza dengan manusia² tipikal lebih² lagi lelaki² melayu terakhir. Aku tidak bangga kerana terus jadi begini, tetapi aku amat selesa dengan corak kehidupan yang sedang aku alami. Kejerihan dan kepahitan sememangnya adalah satu titik permulaan untuk sesebuah kejayaan, tetapi aku tidak kisah jika sepanjang hidup penuh dengan kekalutan dan juga kebuntuan. Ianya mampu jadikan aku lebih keras dan lebih deras. Aku rasa, mungkin kau dan juga yang lain² biarkan saja aku dengan warna-warna yang sedang aku cuba hendak warnakan didalam lukisan yang juga sedang aku lukiskan. Dunia kita amat berbeza, paksi kita juga tidak setara. Teruskan sahaja kehidupan penuh gemilang yang sedang engkau miliki, dan aku akan terus dengan vodka dan weed juga alunan melodi aku sendiri. Tiada dakwa dakwi.

Berhenti.

Malam selepas senja, masing² sedang menari² dengan kegembiraan, melihat manusia² berlalu pergi dan datang kembali. Aku seperti biasa bersama dengan penjahat² yang sedang memburu mencari satu pencarian. Duduk diatas meja dengan tersiap, terhidang daging² salai bersama lada hitam memang mampu untuk memuaskan keadaan. Sambil di meja kiri dan kanan, kedengaran hilai dan tawa, mereka bersorak gembira. Mungkin juga sedang meraikan satu pesta yang mereka sendiri cipta. Aku, setelah selesai mengirup segala yang ada, kini memulakan proses penyedutan.

"Aku rasa aku nak berhenti hisap rokok lah" Wan berkata.

"Kenapa?" Tanya aku pula.

"Oklah tu, sihat sikit tak kena asap rokok" Sampuk Sharman.

"Bukan masalah sihat, tapi aku rasa jari aku semakin besarlah, pastu kalau grip rokok, aku tengok rokok ni kecik je, bosanlah" Jelas Wan.

"Kah..Kah..Kah..kau kena berhenti makan, bukan berhenti hisap rokok" Aji mencelah.

"Kau nak kena pelempang ke?" Wan bertanya.

"Kah..Kah..Kah.."

Monday 2 March 2009

Mencari kepastian yang tidak pasti










Today is not monday

Pagi Isnin, pagi yang penuh dengan kebencian, pagi yang amat penuh dengan 'frustation' tapi bukan bagi aku. Pagi isnin, pagi yang penuh dengan makna, pagi yang penuh dengan warna. Aku berjalan masuk kerja sekitar jam 10 dengan muka yang amat segar setelah berehat semalam, dengan muka yang penuh dengan cahaya, sambil dikepala sedang berimaginasi membawa sepaduk "Merdeka!!" atau "Aku sudah bebas". Yes aku benar² gembira hari ini, setelah projek aku tinggal nyawa² ikan untuk disiapkan, setelah kapal terbang aku berjaya diterbangkan pada jumaat yang lalu. Cuma menantikan sekelumit keputusan tentang hasil kerja yang dikerjakan. Berjaya atau tidak aku sudah tidak mahu ambil peduli, yang penting hari ini aku tidak seperti manusia² lain yang melangkah malas untuk memulakan hari pertama. Aku lain, Aku memang sentiasa dan akan terus mencari kelainan. Jika orang selalu cerita pasal "Think outside the box" tetapi aku "Think faraway from the box", dan itu berjaya membuatkan aku terus bertahan didalam dunia yang penuh dengan kepahitan. Hari ini bukan hari isnin tetapi hari ini adalah hari untuk esok.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law