Wednesday 28 July 2010

Tahniah pada mereka.

Aku benci gila bila ada sesetengah golongan yang hidup diantara kita melemparkan 'statement' seperti ini

"Aaahh politic is dirty bussiness, lantaklah dorang nak gaduh ke nak buat ape pun, takde kene mengena dengan kita.."

kadang² aku sedih dengan orang² yang kurang peka seperti diatas, bukannya untuk mintak sokong parti mana satu, bukannya mintak turun kejalan raya untuk berdemo dan bukannya untuk minta ampu sana dan ampu sini, aku pun sama tak berminat. Cuma dalam keadaan kita bergelumang dengan kecanggihan teknologi ni, cubalah buka minda dan ambil tahu mana yang telus dan mana yang bolos, mungkin perkara² ini tak ada sangkut paut dengan kita, tapi fikirkan tentang anak cucu kita. Kesannya sangat mendalam dan aku percaya tak payah tunggu sampai 30 tahun lagi, sekarang pun dah rasa, bagi yang kurang hendak membuka minda, cuba fikir subsidi diselaraskan dengan cara menaikkan harga kepada beberapa jenis barang supaya negara dapat jimat duit untuk beberapa ratus juta ringgit, tapi dalam pada masa yang sama jumlah yang lebih dikeluarkan untuk bina sebiji istana. Is it fair???, fikirkan.

"Oppss aku tak boleh guna ayat 'harga barang naik' aku patut guna 'harga barang baru selepas subsidi diselaraskan'..."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law