Hari ini aku mungkin sudah mampu untuk tarik nafas lega, walau bagaimanapun 'champange' masih belum boleh dibuka dalam ertikata yang lain kejayaan masih belum boleh diraikan. Itu adalah serba sedikit tentang perihal kerja yang sedang berselirat didalam jiwa aku, sejak dari bulan lalu. Yes, aku sedang bercerita tentang kerja ditempat kerja, kerja yang ditinggalkan oleh orang lain, disambung pula oleh orang lain dan kini aku pula yang terpaksa bersihkan segala kekotoran yang ada, segala kepincangan juga segala kekalutan yang berdiri teguh bersama kerja² yang ditinggalkan, mujurlah ada seorang lagi rakan yang tidak penat membantu sejak dari beberapa minggu yang lalu, cuma minggu ini aku keseorangan kerana rakan kerja aku terpaksa ambil cuti seminggu dan bawa emaknya ke Southampton,UK. untuk tujuan yang terlalu sukar aku terangkan. Jadi disebabkan dengan kerja² yang ada fikiran dan jiwa aku melekat dan tidak bebas untuk berbuat apa². Kita sebagai manusia memang tidak dapat lari dari konflik, aku percaya semua orang ada corak konflik masing² begitu juga dengan aku, selain dari kepayahan ditempat kerja ada banyak lagi konflik yang terpaksa aku serap satu persatu, menangis, kecewa, benci semua ada cuma aku cuba untuk terus berdiri secara positif dengan kukuh disamping 'super wife' aku yang sentiasa membantu untuk menyelesaikan setiap konflik yang ada. Yes dia memang 'super wife' yang cool, aku tak mungkin hadap dan telan semua yang ada jika tanpa dia.
Cuma bila kita rasa kita susah, cuba ingat bahawa masih ramai lagi yang susah disekeliling kita.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment