Thursday, 25 February 2010

Pagi semalam diatas kerusi panjang.

Didalam bilik empat segi panjang yang penuh dengan 'blower' juga bau asap rokok yang mekar berlegar², diatas sebuah kerusi panjang, kelihatan 3 orang lelaki sedang duduk berderetan tapi berjauhan, masing² sibuk melayan kenangan dan memori ciptaan mereka sendiri sambil menelan asap rokok. Aku adalah salah seorang dari 3 lelaki tadi, cuma kelebihan aku ada segelas kopi pahit disebelah aku selain dari asap rokok. Sambil telingar mendegar kata² yang keluar dari orang lelaki yang turut sama merokok, mereka bercerita tentang kisah² lama mereka bersama rakan². Mereka cuba mencari semula segala pertalian yang mungkin sudah lama hilang dan secara tidak sengaja aku cuba singkap semula kisah lama aku, kisah antara aku dan rakan² lain. Macam mana teguh pun sesebuah pertalian persahabatan, macam mana erat dan kukuhnya sesuatu perhubungan lambat laun masing² akan mencari hala tuju masing². Kita tidak akan kekal sebagai satu kelompok tanpa sebarang perubahan walaupun setakuk. Itulah lumrah itulah hukum dan itulah jawapannya. Aku telah diingatkan banyak kali tentang perkara ini tapi aku menolak sebulat²nya dan akhirnya aku akur bahawa setiap yang berlaku, sama ada kisah gembira, kisah kecewa, kisah duka dan lara semuanya akan terus jadi arkib dalam kotak memori kita dan semuanya tidak akan mampu untuk kembali kepada kita.

Nota kepada kawan² - Hidup aku memang selama-lamanya untuk anda semua, jangan gentar.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law