Sunday, 28 February 2010

Pagi pada waktu tengahari.

Dalam suasana bilik yg gelap bercampur suhu kepanasan yang sangat seperti didalam sebuah 'microwave' aku terlantar penat, baju basah kerana dilumuri peluh dan baru sahaja menghabiskan sebuah mimpi. Kedenganran sayup bunyi deringan telefon bimbit aku, dengan keadaan malas untuk membuka mata tapi aku paksa juga biarkan cahaya lampu dari skrin menerjah masuk kedalam retinan aku. Lalu jari menekan butang dan aku bercakap.

"Sayang....good morning.." walaupun aku tahu sudah dekat pukul dua petang.

Lalu dia jawab dengan mengikut rentak jenaka aku seperti biasa "Hey...hey..good morning"

"sayang i mimpi jumpa u tadi..and i see u so miss me.." Jelas aku dalam keadaan tekak sangat perit.

"Dia jawab lagi tapi kali ini dengan nada sedang tersenyum "Oh yeke...i miss u so much lah.."

"U know what, i nampak u pakai baju kurung warna coklat tapi sangat² light in my dream, eh bukan coklat but more to cappuchino tapi sangat² light.." Terang aku lagi..

Lalu dia cantas sambil ketawa "huhu nak minum kopi lah tu..kesian orang dah lama tak jumpe kopi sampai tengok warna baju pun cerita pasal warna² kopi"

"Tak perlu lah...." Cantas aku secepat mungkin.

Sambil dalam hati tertanya² "siapa yang mula² jadikan biji kopi sebagai bahan minuman..Damn.."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law