Bila aku sudah mula membuat kenyataan rasmi kepada rakan² terdekat tentang idea untuk berkahwin. Ramai yang memberi komen yang membina, tidak kurang juga yang memanjatkan doa kesyukuran dan yang paling lucu adalah riak muka terkejut kerana ramai yang tidak menyangka yang aku membuat keputusan untuk berkahwin, ada yang tanya "Eh kau sure ke ni??", ada yang cakap "Biar betul kau ni.." dan yang paling aku jangkakan "Eh come on man..what happened to ur rules..??" dan setiap persoalan yang disoalkan bukanlah satu perkara mudah untuk aku buat keputusan. Yes.. selaku seorang lelaki yang memegang prinsip "hidup seorang lebih cool dari berpasangan" aku akur memang aku pegang prinsip tu, cuma kita juga semua pasti tentang perkahwinan. Cuma kita tidak pasti bila? dengan siapa, berjaya atau sebaliknya. Macam aku selalu cakap "got some one out there for you" and finally aku dah jumpa someone for me. Cuma ianya tidak semudah yang disangka oleh semua orang bila aku dan dia bercakap tentang perkahwinan, bermonogami, masa depan, masa sekarang, isu² kekeluargaan, tanggungjawab dan beratus² perkara lagi. Sebagai seorang yang suka kan cabaran aku macam dapat rasakan ianya satu cabaran untuk aku. Well, bila cerita hal kahwin,dari berbulan² yang lalu aku dan dia tidak habis² berbincang, discuss, briefing, presentation dan banyak lagi perkara agar kedua² diantara kami mendapat kata sepakat. Sebagai seorang 'rocker' aku hendak terus rock walaupun aku sudah berkahwin dan bagi sesiapa yang perasan benda tu selalu aku laungkan waktu lepak² sembang kosong di kedai mamak dan Yes!! bakal isteri aku juga seorang 'rocker' yang cool. Aku dan dia taknak nampak seperti seorang lelaki atau perempuan yang tua pada usia muda dan kami akan terus kekalkan imej kami seperti biasa tanpa ada apa² perubahan. Aku akan terus jadi seperti aku dan dia juga akan terus jadi seperti dia. Cuma setiap tanggungjawab harus didahulukan dan aku rasa semua orang faham tentang perkara itu. We have our own idea and theory for our own relationship. Jadi setiap perkara yang berlaku pasti akan ada sebabnya dan aku sangat² pasti tentang itu.
Hail to monogamy..!!
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment