Thursday, 15 May 2008

Aku masih gagal

Selalunya bila waktu aku hendak tidur aku pasti akan letak tangan aku didahi, sambil merenung syiling bilik walaupun gelap gelita namun aku akan dapat gambaran yang amat jelas tentang apa yang aku telah buat dari pagi hari hinggalah sewaktu hendak tidur. Segala kesilapan akan aku catitkan didalam kepala, segala kegagalan akan aku simpan dan kunci sebaik² didalam jiwa aku, jika ada sekelumit kejayaan akan aku jadikan sebagai kenangan, jika aku terima kata² indah akan aku tampal diseluruh ruang minda aku yang kosong. Setiap malam sebelum tidur aku akan cuba mencari kesalahan dan cuba perbaiki kelemahan, semuanya dengan cara teori kerana aku memang pakar dalam teori. Selain dari memikirkan tentang apa yang telah berlaku disiang hari aku akan cuba maju lebih dari selangkah untuk memikirkan tentang apa yang bakal aku buat untuk hari esok, lusa, minggu depan, bulan depan dan seterusnya tahun depan. Berjaya kah aku?? mampukah aku?? segalanya² dalam bentuk teori, aku pasti akan sematkan didada yang aku akan buat yang terbaik mulai esok hari. Tapi selalunya aku gagal kerana setiap pagi aku tersedar dari tidur jam pasti menunjukkan waktu 0730 atau mungkin 0750 dan kadang² 0815, sedangkan waktu masuk kerja aku adalah 0745. Aku masih gagal.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law