Bila tertekan aku cuma perlukan satu tin Nescafe dan 2 batang America Eagle, ianya amat cukup untuk aku lepaskan segala beban dikepala, ianya amat cukup untuk aku terbang tinggi, aku tak perlukan Australian White wine, aku tak perlukan ubat penenang. cuma putarkan saja lagu² kegemaran dan ianya akan meresap masuk kejiwa aku. Aku lebih selesa dengan cara begini, jika aku sedih aku hanya perlu menatap wajah Nasra Zalia. Aku akan pasang dvd cerita
'Once' aku suka filem itu kerana pengambarannya di sekitar kota Dublin,Ireland. Kenapa dengan Dublin, kerana situ adalah tempat bermulanya kisah kehidupan Nasra Zalia sebagai pelajar jurusan perubatan sebelum ke WestYokshire. Bila melihat setiap pergerakan didalam filem
'Once' perasaan sedih aku akan bertukar menjadi gembira. Tapi sekarang aku amat hiba, minggu lepas aku ada email kepada Joe iaitu seorang manusia yang telah menganggap dunia aku disini gagal untuknya, aku minta dia mencari Nasra Zalia. Dia balas dan beritahu akan membantu aku. Tetapi malam tadi aku terima email dari Nasra Zalia, mengatakan dia telah berkahwin dan akan berpindah ke Liverpool bersama suaminya yang bertugas di firma arkitek. Aku amat hampa, aku amat kecewa. aku rasa seperti ingin mencari Dr. Howard Mierzwiak dari filem
'Eternal Sunshine of the Spotless Mind ' supaya memadamkan semua memori aku tentang Nasra Zalia. Kenapa terlalu kejam untuk aku terima semua ini. Jika aku sedih lagi lepas ni apa yang perlu aku buat kerana aku akan buang semua kenangan indah aku bersama Nasra Zalia. Maaf aku bukan dilahirkan sebagai penulis, aku hanya penulis jadian. Aku tidak teguh hari ini.
2 comments:
sorry to hear that ~honey
jadikan dia sebagai kenangan yg terindah dalam hidup..cipta kenangan baru yg lebih membahagiakan:) pasti ada..
Post a Comment