Thursday, 29 May 2008

Selamat tinggal XXL

Malam tadi setelah tidak mempunyai keputusan untuk berbuat apa, aku telah diarahkan oleh mak aku untuk membuat housekeeping dibahagian tempat aku mengantungkan baju² yang selalu aku pakai, "Mak tengok semaklah, kau kemas sikit boleh??". aku menarik satu persatu baju yang aku rasa tidak perlu lagi aku pakai, hati aku gembira kerana baju² yang aku tarik keluar adalah jenis baju² yang bersaiz besar, badan aku sudah tidak perlukan lagi baju² itu, let it be a history. dalam hati aku hanya berbisik kegembiraan kerana aku hanya akan tinggalkan baju yang besaiz agak kecil dari baju besar sahaja di tempat aku gantungkan baju, jawapan yang aku dapat setelah menarik keluar semua baju besar adalah badan aku sebenarnya telah sedikit demi sedikit kehilangan kuasa untuk membesar, tetapi sebaliknya sedang bergerak perlahan² untuk mengecil, sekalung tahniah untuk aku, sebentuk terima kasih untuk emak aku sebab dah jarang masak makanan² yang mampu untuk mendorong aku makan banyak, sebutir penghargaan buat semua orang disekeliling aku sama ada tahu atau tidak yang aku sedang berhempas pulas berjuang menentang sifat² membesar didalam badan aku. Perjuangan ini tidak selesai lagi, aku perlu berusaha keras, bekerja dengan gigih untuk mendapat keputusan yang sepatutnya, terima kasih juga kepada Peter Walton yang memarahi aku kerana jatuh cinta pada junk food setelah putus harapan kepada nasi. Mungkin ada yang tidak paham tapi aku tidak peduli dan jika aku berjaya keperingkat terakhir dan memenanginya, aku pasti akan tulis sebuah buku tentang diri aku yang gigih berjuang menentang sifat² membesar didalam badan aku.
Akhir sekali terima kasih Sammi Cheng, i really love u.
Tapi bila aku tenung semula yang tinggal tergantung hanyalah baju² yang berwarna hitam, sudah tidak ada warna lain.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law