Hari isnin, macam biasa semua orang kurang idea, kurang rajin, kurang tenaga, kurang gembira untuk pergi bekerja. Aku pula selepas dapat hadiah percuma cuti sakit lebih kurang 3 minggu akibat dari pembedahan kecil dan sambung pula dengan hadiah cuti kahwin selama seminggu benar² buat aku rasa bersemangat untuk mula bekerja pada hari ini, bukanlah kerana aku gila rindu pada suasana ditempat kerja mahupun dengan rakan² disana, cuma aku rasa otak dan minda jadi sangat tepu bila terlalu lama duduk diam dirumah. Jadi seperti biasa aku mula kan rutin harian pada pagi ini dengan segelas kopi yang aku bawa sendiri dari rumah kemudian hirup bersama² dengan asap dari American eagle, selain duduk dengan seorang rakan sambil mendengar segala rumusan tentang kerja dengan harapan aku akan lalui segala getir hari pertama ditempat kerja dengan tenang juga gembira, tapi sangkaan dan jangkaan aku meleset apabila boss aku buat panggilan dan bagi dua kerja serentak untuk dua operasi yang berbeza serta aku perlu berulang alik ke dua 'office' yang tidak sama. Pendek cerita aku dapat dua kerja akibat dari ramai yang ambil cuti kecemasan.
Damn.. kenapa aku??
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment