Dari hari pertama aku gembar-gemburkan tentang aku hendak berkahwin hinggalah ke saat dimana semuanya telah selesai, memang ramai yang memberi soalan² kepada aku tentang persiapan perkahwinan dan secara jujurnya setelah lalui segala macam warna serta pancaroba, aku akui, persiapan untuk sesebuah perkahwinan sangat² menakutkan, dari perkara kecil seperti inai dijari sampai ke urusan pernikahan, sewa pelamin, dekorasi barang² hantaran serta pembelian cincin hinggalah ke perkara yang besar seperti susun atur meja dan kerusi serta kanopi juga yang paling penting iaitu hidangan makanan untuk para tetamu yang hadir. Terlalu banyak aspek perlu diambil kira, contohnya makanan, perlu sedap dimakan, tidak rosak atau basi dan cukup untuk semua para tetamu yang hadir, jika tidak?? mungkin akan masuk kedalam kotak memori setiap orang yang hadir sampai bila². Perselisihan faham, lidah tergigit juga bermasam muka memang tak perlu dicerita. Aku tak sanggup hendak terangkan satu persatu, cuma aku rasa dapat timba pengalaman baru dan mampu untuk bagi sikit 'guideline' kepada sesiapa saja yang nak kahwin pada masa akan datang, dan ada juga timbul idea dari aku dan 'super wife' untuk jadi wedding planner, its a fun and cool things..trust me..
Jadi, bagi lelaki² yang malas nak ambil tahu tentang persiapan perkahwinan mereka sendiri dan biarkan bakal isteri mereka berkerja keras untuk siapkan semua benda mungkin sesuai untuk gunakan khidmat aku dan 'super wife' aku sebagai wedding planner. Sampai bila² pun orang akan ingat majlis kenduri kahwin yang paling cool yang pernah mereka hadiri.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment