Dalam keadaan hiruk pikuk semua orang berkejaran menyiapkan segala kerja, kerana cuti Krismas, aku disini serta yang lain juga sama sibuk untuk pastikan projek kali ini sama berjaya seperti projek² yang lepas. Kami tidak cuti, kami tidak rehat. Kami kerja dan terus kerja untuk pastikan semuanya berjalan lancar. Itulah yang berlaku didalam 'Aviation industry'. Tidak kira apa yang berlaku kapal terbang harus terbang 'on time', jika tidak syarikat akan rugi besar. Lalu aku pun tekun meneruskan segala kerja yang aku perlu siapkan. Belek dan terus belek setiap kertas kerja, susun dan terus susun apa yang perlu, tulis dan terus tulis laporan. Aku memang beri fokus tiba² datang seorang rakan menyapa aku dalam keadaan sugul.
"Hidup kat KL ni boringlah, duduk kampung lagi best, aman jek..." kata dia.
Lalu aku jawab "Ahaha...tapi kita tak lah dekat center Kl, kite kat tepi² je..kan.."
"Memanglah, tapi aku percaya lagi dua tiga tahun mesti akan sesak sama macam KL jugak, aku bosanlah hari² pergi kerja menghadap jamm je..jamm kepala otak aku ni.."
Sambil tarik nafas dan berhenti menulis "Tulah..jamm ni memang boring, tapi nak buat macam mane..."
"Sakit hati sial..macamane lah nak bagi kurang jamm, aku dengan setiap petang nak kena amek wife lagi, kalau hujan lagilah teruk..kacau semua, kenapa lah jadi macam ni..". Cantas dia.
Aku tanya "Kau nak tau ke kenapa jadi macam ni..??"
"Kenapa??" Tanya dia balik.
sambil sandarkan badan di kerusi "Sebab kita dah diajar, naik kereta lebih selesa n boleh berlagak sikit, senang nak kemane², kita dah diajar naik public transport menyusahkan dan yang lagi best sekarang ni kita dah diajar kalau nak beli kereta takde duit deposit pun boleh beli kerete, pastu tanggunglah tiap² bulan sampai lagi sepuluh tahun..best kan..lagi banyak kereta kat atas jalan lagi best..so layan jelah jamm.."
"Adoi..."
Aku tambah lagi "kita nak capai status negara maju kan?? bile ade banyak kerete baru maju.."
"Ahahaha..."
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment