Monday 23 November 2009

Impian dan cita-cita.

Aku sudah simpan impian dan cita-cita, sebelum aku pejamkan mata ataupun tercabut nyawa aku ingin buat 'tour' ke setiap pulau yang cantik dan indah bagi pandangan mata, tidak kiralah sama ada Pulau Perhentian atau Pulau Sipadan mahupun pulau yang jauh seperti di Maldives ataupun Hawaii. Janji aku dapat lihat budaya orang² disana, cara hidup mereka juga untuk mencuci mata dengan melihat keindahan warna² yang mempesona di setiap pulau yang aku ingin lawati. Jadi untuk merealisasikan impian, aku perlu mula dari sekarang, aku harus membuat perancangan yang terperinci dari segi kewangan, jadual perjalanan, perkara² yang perlu aku buat disetiap pulau yang aku nak pergi nanti. Nasib baik juga kerana kita ada kemajuan teknologi dimana setiap info aku boleh dapat dari hujung jari saja iaitu kemudahan internet. So selepas membuat sedikit research aku rasa pulau pertama yang aku nak pergi mungkin...

Pulau Pinang kut dan jika ada orang tanya kenapa Pulau Pinang, aku akan jawab..

"Heaven of food la...ape lagi.."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law