Sejak beberapa bulan lalu ada beberapa manusia bertanya kepada aku, manusia² ini ada yang aku kenal dan yang kelakarnya ada yang bertanya melalui email. Seperti biasa kesemua mereka ingin berkongsi masalah cinta. Damn!! aku ada nampak macam doktor sakit cinta ke?? hidup pun masih terhuyung hayang. Tapi biasalah dalam kehidupan manusia memang perlu ada drama dan aku memang selalu jadi pelengkap didalam drama² mereka. Cinta bagi aku adalah satu virus yang pada asalnya adalah penawar kepada kesakitan tetapi jika disalah guna ianya akan menjadi satu penyakit yang amat kronik. Tapi aku juga setuju cinta itu satu gambaran indah tentang kehidupan, cuma bila ramai yang mempunyai masalah dengan pasangan masing² ini ada sedikit tips yang aku baru jumpa dan mungkin dapat bantu sesiapa saja yang sedang ada masalah cinta dengan kekasihnya, keliru kerana ada banyak kekasih, kurang percaya kepada kekasih atau apa saja yang mampu mendorong kepada kehancuran sesebuah perhubungan cinta. Mungkin ada yang pernah tahu hal ini tapi buat² tak tahu saja. Senang.. Ianya bermula dengan sehelai kertas kosong dan juga pen, bahagian depan kertas itu tulislah semua tentang kebaikan kekasih dimata anda, dibahagian belakang pula senaraikan segala keburukkan yang pernah anda nampak atau tegur pada pasangan anda. Lakukan dengan tenang dan perlahan², lakukan dengan penuh emosi juga konsentrasi. Setelah selesai sila bandingkan jumlah kebaikan dengan keburukan yang wujud dekat pasangan anda. Jika 'kebaikan' melebihi dari keburukan maknanya perhubungan anda berdua atau bertiga masih boleh diperbaiki cuba ajak teman anda berbincang mungkin dia juga ada masalah dengan anda. Tapi jika 'keburukan' melebihi dari kebaikan.
"let it go..!! bukannya ada 13 orang je dalam negara anda"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
2 comments:
lu patut charge diorang setiap kali bertanya soal-soal cinta ni
ahaha...aku pun rase mcmtu lah..cume selalunye aku main try ckp je..betul ke tak..kite pun tak tau..ahaha
Post a Comment