Hari ini hari khamis, hari dimana semua orang sibuk membuat kerja dengan pantas, dimana semua orang member fokus. Jika ditanya kenapa, mereka akan jawab yang esok nak raya korban, jadi hari ini semua orang nak pulang kerumah cepat. Sejauh mana mereka faham dan mengerti erti sesebuah pengorbanan, aku pun tidak pasti. Sambil bernafas dengan tenang, aku lihat cahaya matahari terang dari jendela pejabat dalam keadaan didepan aku orang lalu lalang bertungkus lumus berkorban menyiapkan segala kerja yang ada. Tidak bermakna aku hanya duduk diam saja, aku juga sedang memainkan peranan didalam setiap pengorbanan yang sedang berlaku didepan mata. Cuma tiba² aku rasa hidup dan mati demi 'company' tercinta tidak tersemat dekat aku hari ini. Hari² sebelumnya memang aku sanggup mati untuk semua, hari ini tidak. Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 3.36 petang dan secara tiba² aku terbayang tentang balik rumah terdampar didalam bilik yang sambil layan "How i met your mother", bergelak-gelak didalam gelap. Hmmmm...
No turning back, aku nak balik sekarang.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
3 comments:
Selamat barhari Raya Qurban ye..:)
salam
selamat hari raya aidiladha
=)
Oh terima kasih...selamat hari raya aidiladha kepada semua..
Post a Comment