Wednesday, 18 November 2009

Petang ini dan petang semalam.

Pagi tadi datang kerja dalam keadaan yang sangat gembira, kerana petang semalam aku berjaya jogging, aku berjaya keluarkan peluh dan pada malam hari makan dalam kuantiti yang agak kecil. Aku akan rasa puas bila berada disituasi seperti pagi tadi. Aku sangat gembira. Masuk saja keadalam perut pejabat, sambil manusia² sedang sibuk berbincang perihal kerja, sama juga dengan aku, menyelak satu persatu dokumen, susun dengan cermat, kemudiannya 'update' kedalam pc sambil telinga menyerap lagu² dari THE CURE. Tiba-tiba 75 minit kemudian aku dihampir oleh seorang rakan dengan kedua² tangannya berisi penuh 2 bungkus nasi lemak.

"Hah..apa lagi, jom makan.." Kata Nazry dengan senyuman.

"Aaahh...mana dapat nasik lemak ni" Tanya aku sambil dalam hati cuba untuk mengelak untuk makan nasi lemak.

"Adalah orang belanja. satu untuk kau, jom aaa" Kata Nazry sambil menghulur sebungkus nasi lemak kepada aku.

Hendak taknak aku dipaksa makan sambil dalam hati berkata

"Tak apa, petang ni jogging jauh sikit dari semalam"

tapi aku tahu petang ni akan turun hujan lebat.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law