Monday, 16 November 2009

White small cigar.

George Bizet adalah seorang komposer dari France juga pemain piano yang berkaliber pada sekitar abad ke 18. Didalam pementasan opera yang berjudul "Carmen" pada tahun 1830 di Spain watak utama pada mulanya menjadi pekerja buruh dikilang membuat rokok. Ianya adalah salah satu elemen penting didalam meng-komersilkan rokok. Pada tahun 1845 negara France telah memonopoli industri pengilangan rokok. Manakala pada tahun 1853 pula Crimean War yang melibatkan empayar Britih, France dan beberapa empayar lagi yang menentang Russia secara lansung telah mem-popularkan budaya rokok pada ketika itu. Hingga ke hari ini merokok telah menjadi salah satu budaya penting dikalagan masyarakat dunia dan secara tidak sengaja aku juga turut sama serta memeriahkan suasana. Aku percaya ramai yang kental walaupun kebelakangan ini telah banyak iklan tentang keburukkan rokok disiarkan. Cuma sejak beberapa minggu yang lalu, aku seperti terpanggil untuk berhenti secara drastik dari merokok walaupun aku rasa yang aku bukanlah penghisap rokok tegar. Aku rasa seperti sangat cool kalau tidak merokok dan secara tidak lansung aku sedang cuba memberi ruang juga belajar untuk terus hidup secara bebas tanpa rokok. Walaupun hakikatnya aku tidak berazam cuma aku rasa seperti tidak salah sekiranya kita mencuba kan..?? Tiba²secara satu pesanan ringkas masuk kedalam telefon bimbit aku. Buka dan baca.

"Oi..hujan ni..jom minum2 n cigars"

Perlukah aku putuskan hubungan kawan dengan dia.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law