Tuesday 17 November 2009

Perancangan yang tak terancang

Hari ini, pada pagi ini, saat dan ketika ini sepatutnya aku sedang beratur bersama Joe rakan aku di KLIA untuk terbang ke Melbourne, sejak dari dua bulan yang lalu kami rancang untuk sama² ke Etihad Stadium di Dockland street, sama² menjerit bait² lagu dari PEARL JAM dengan ribuan manusia lain didalam stadium sambil ditemani rumput serta angin sepoi² serta melihat aksi Eddy Vedder dan yang lain² diatas pentas, kemudiannya berehat² di St.Kilda. Malangnya semua itu tidak menjadi kenyataan bagi aku kerana hujung minggu ini ada majlis perkahwinan didalam bulatan keluarga aku. bagaimanapun Joe dengan semangat kental tetap terus kesana hari ini. Sudah menjadi lumrah kehidupan, setiap apa yang dirancang tidak semestinya menjadi kenyataan dan apa yang kita perlu buat adalah terus merancang lagi.

Contohnya hantar email kepada booking agent PEARL JAM supaya datang ke Kuala Lumpur pula.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law