Aku pasti dan aku percaya, setiap diantara kita pasti pernah melalui satu time frame dimana bila kita ingat pada waktu sekarang pasti akan berkata di dalam hati "Bodohnya aku". Yes aku mengaku yang aku juga pernah laluinya beberapa kali, dan kadang-kadang kita akan rasa betapa tidak logik dan tragiknya setiap perbuatan yang pernah mengambarkan kebodohan kita. Sekarang aku rasa seperti sudah lama tinggalkan dunia bodoh, tetapi sebaliknya melihat dan mendengar kebodohan orang lain pula. Ianya bukanlah satu perkara yang aneh mahupun pelik kerana bagi aku semua orang perlu belajar buat silap demi untuk memperbaiki kesilapan itu, cuma kadang-kadang aku rasa mual bila mereka lansung tak nak belajar betulkan keadaan, contohnya bila ada orang hantar teks ringkas kepada aku yang berbunyi
"Weh jom lunch mkn nasik ayam"
dan aku balas dengan "Nasi itu racun, sorry"
Sambil menyimpan semula telefon bimbit kedalam poket seluar aku terfikir...Wah nampaknya aku sudah berjaya memperbaiki kesilapan.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
1 comments:
kau nak kurus ye..
hehe
Post a Comment