Tuesday 3 November 2009

Cuba bayangkan jika aku jumpa Jonathan Burkett.

Pusing semula ke 15 tahun yang lalu aku dan rakan² memang suka berbasikal, pusing² kampung, masuk denai² naik bukit dan turun bukit, berlumba² ditepi dan tengah² jalan, jatuh dan bangun, luka dan bengkak itu semua perkara biasa. Selain dari menggunakan basikal untuk pergi mandi sungai aku dan rakan² juga akan berkonvoi 3 atau 4 orang, contohnya dari Kampung Subang ke stadium Shah Alam, ke Subang jaya, ke tasik biru kundang dan banyak lagi tempat. Bagi yang tidak familiar dengan nama² tempat yang aku sebut just imagine yang kami akan berbasikal sejauh 20 ke 30 km pada usia baru meningkat remaja dan lebih ekstrim lagi tanpa pengetahuan ibu dan bapa, juga dengan kelengkapan basikal yang lansung tidak lengkap.. Hebat tak??

Jadi aku tak kisah lansung kalau sekarang semua orang sibuk nak beli basikal dan berbasikal dari satu tempat ke satu tempat, tidak kiralah dari jenis fixed gear mahupun single-speed kerana 15 tahun dulu aku dah buat dah benda² ni. So siapa lagi advanced???

2 comments:

Gen Mayhem said...

aku lagi advance.. haha
kecik-kecik dulu masa aku darjah 5, aku kovoi ramai-ramai naik BMX. Dari Tampin ke Port Dickson.
BMX tuh bai, xder gear2, dan bukan juga basikal racing. haha

Suffian Salim said...

ahaha kau lagi hebat Ateng..aku time sekolah rendah jalan kaki je..sbb x mampu beli basikal..

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law