Wednesday, 11 November 2009

Ketika sedang menyedut aroma dari kopi.

Pagi tadi dalam keadaan separuh sedar, disudut meja sambil aku sedang sibuk menyusun dokumen² penting ditambah pula dengan aroma kopi serta alunan lagu dari IMOGEN HEAP, tiba² aku dapat satu panggilan dari seorang rakan baik yang memang dah lama aku tidak jumpa, selain dari bertanya khabar dia bercerita tentang betapa aku perlu merasai setiap fasa baru didalam hidup, dari mula dilahirkan, boleh berjalan dan bercakap, menimba ilmu disekolah, menghargai zaman muda remaja, berkahwin, punya anak juga punya cucu serta seterusnya. Dia cuba terangkan betapa aku telah lama tersekat didalam satu fasa dan tidak mahu melonjak ke fasa lain. Aku faham dan aku juga mengerti betapa seorang rakan yang agak sudah stabil didalam hidup, sudah berkahwin juga punya anak merasa seperti aku perlu rasa apa yang dia sudah rasa.

"Kita tak tahu bila kita akan mati, so terimalah semua fasa dalam hidup kau selagi termampu"
kata dia kepada aku.

Sikit pun aku tidak tersentak dan bukannya aku lansung tidak menerima semua idealogi cuma aku rasa semua perkara ini tidak boleh dipaksa mahupun terburu². Jadi untuk sedapkan hatinya aku jawab.

"Rileks..aku tak sedia lagi nak tipu wife aku cakap kene balik keja lewat, padehal pergi kelab dangdut.."

"Tak gune...ahahaha"

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law