Thursday 20 May 2010

Perlukah kita jawab setiap soalan..??

Memandangkan aku baru sahaja keluar hospital akibat dari pembedahan kecil, aku diminta oleh doktor untuk datang hari² ke hospital untuk buat 'dressing' dalam bahasa pasar cuci luka, kerana doktor takut terkena jangkitan pada luka aku dan disebabkan doktor telah menganugerahkan aku MC yang sangat panjang lalu aku akur dan pergi untuk cuci luka setiap hari. Setiap pagi sekitar jam 10 aku pasti akan ada di hospital, melihat pelbagai jenis penyakit yang hinggap pada manusia² sekeliling, mendengar teriakan anak kecil kesakitan, menyerap bau² ubatan dan berjumpa dengan jururawat² yang tiap² hari bertukar orang untuk cuci luka aku. Baju mereka semua sama, tapi cara mereka mencuci luka aku berbeza, kadang² sakit, kadang² tidak, kadang² ambil masa yang lama, kadang² sangat cepat. Aku dah lali dengan perkara tersebut cuma pagi tadi ada seorang jururawat yang agak dah berumur dan bahasakan dirinya "akak" ditugaskan unntuk mencuci luka aku. Pada mulanya dia suruh aku baring diatas kati, aku memang sudah lali sebab setiap hari aku perlu baring untuk cuci luka, sambil tunggu dia siapkan peralatan untuk mencuci luka, dia pun mula bersembang dengan aku.

"Adik keje kat mane??" tanya dia sambil memakai sarung tangan,

Aku jawab dengan nada perlahan "Saya kerja kat MAS.."

"Oh yeke..?? bahagian ape..seronok tak.."

Soalan yang biasa hinggap pada aku bila aku beritahu pekerjaan aku dan dalam nada yang agak pedih aku jawab 'keje bahagian engineering..biase jelah kak.."

"Oh..adik ni engineer ke..??" Tanya dia lagi sambil mengunting kapas lalu celup kedalam air ber-kimia.

Aku memang dah agak soalan kedua dari dia dan aku jawab seperti biasa "Eh taklah..saye bukan enggineer..saye keje biase² je.."

"Yelah keje biase² tu keje ape.." Tanya dia lagi lalu mula meletakkan kapas pada luka aku.

dengan nada malas aku jawab "Saye keje sebagai planner..kire handle paperwork la kak.."

"oh...tapi cite-cite adik ape..??" tanya dia lagi dengan muka selamba

Aku terus diam sekejap lalu bercakap didalam hati kerana ini pertama kali aku dapat soalan begini sejak 20 tahun yang lalu,

"Akak nurse ni nampak aku macam budak darjah 3 ke.."

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law