Sains politik merupakan cabang sains sosial yang banyak dipengaruhi oleh bidang-bidang lain seperti falsafah moral, falsafah politik, ekonomi politik, teologi politik, sejarah, dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan penentuan keadaan yang sepatutnya secara normatif serta kesimpulan ciri-ciri dan fungsi-fungsi negara yang diidamkan. Tak kira bila dan di mana jua, kita boleh mendapati wujudnya seseorang yang mengkaji politik sambil meningkatkan kefahaman politik.
Politik Barat berakar umbi dari hasil kajian Plato (427–347 SM) dan Aristotle (384–322 SM), khususnya dalam hasil kerja Homer, Hesiod, Thucydides, Xenophon, dan Euripides. Kemudian, Plato mengupas sistem-sistem politik, mengabstrakkan kupasannya dari kajian yang lebih berorientasikan sastera dan sejarah, lalu menggunakan pendekatan yang boleh kita hampir samakan dengan falsafah. Begitu juga, Aristotle memajukan kupasan Plato untuk menyertakan bukti empirik sejarah dalam kupasannya. Plato mengarang Republik manakala Aristotle menulis Politik.
Melalui kenyataan diatas mungkin sukar untuk kita fahami maksudnya, tidak kira lah sama ada ianya tersurat atau tersirat. Namun begitu ianya berjalan didalam saraf dan zarah yang sama. Kita tidak dapat lari, kita juga tidak mampu untuk menyorok, maka sukar untuk aku terima bila ada cakap² kosong yang menyatakan dimana orang² politik tidak ada kene mengena dengan kehidupan kita seharian, begitu juga dengan fahaman komunisme dan republik. Tapi tidak mengapa, kerana bagi aku masalah utama bukan hal² agama mahupun warna kulit setiap diantara kita yang sering ditiupkan sentimen-nya melalui media massa dan cetak. Masalah utama kita adalah penguncupan ekonomi diantara poket juga beg duit yang kita bawa kemana² setiap hari. Penguncupan ini mampu merobek jiwa, mampu mengoyakkan derita. Yes ada ubatnya, 'Pain killer' kepada masalah ekonomi yang melanda dikalangan kita didalam komuniti kita adalah hutang, pinjaman atau pendahuluan. secara logiknya majoriti diantara kita akan gunakan alternatif untuk teruskan hidup. Kita perlu bijak dan harus diingat kaum² pemodal juga bijak, sistem perbankan juga lagi bijak, dengan jumlah pendapatan kita setiap bulan, dengan perbelanjaan harian yang semakin meningkat aku percaya kita semua tidak dapat lari, personel loan, hutang kereta, PTPTN, kad kredit adalah diantara penyumbang kepada permasalahan ini. namun begitu kita terpaksa kerana sistem pengankutan tidak efisyen maka semua orang sudah punya 'mind set untuk memiliki kereta supaya mudah untuk kemana², begitu juga dengan loan & kad kredit yang berselirat dengan budaya konsumer. Ini tidak termasuk dengan pembelian rumah pada kadar yang tidak masuk akal. Maka ramai diantara kita berpendapat bahawa cara mudah untuk atasi masalah hutang piutang adalah dengan membuat kerja lebih masa (OT) di tempat kerja. Bagi yang tidak ada akan cari penyelesaian melalui perniagaan insuran, multi level marketing, direct selling dan banyak lagi. Secara kasarnya ia nampak seperti sempurna kerana mampu menjana keuntungan, mampu beri wang lebih kepada kita, mampu menampal koyak. Tapi saintifik atau secara halusnya bagaimana pula dengan pengurusan keluarga, aku bagi contoh sebuah keluarga yang punya 2 orang anak yang sedang membesar, ibu dan bapanya berkeja keras untuk menambah duit, anak2 dijaga oleh orang gaji atau hantar ke nuseri dalam pada masa yang sama fokus pembesaran anak² akan diambil alih oleh orang lain dan secara tidak sengaja masalah gejala sosial dikalangan anak² juga dikalangan ibu dan bapa mungkin akan jadi ketara. Aku tertarik dengan satu akta yang dipinda oleh kerajaan New zealand dimana setiap ibu dan bapa harus meluangkan masa dengan anak² dan secara naturalnya fokus dapat diberikan, pendidikan dan pelajaran juga mampu disalurkan. Tapi dinegara ini mungkin sukar untuk direalisasi kerana golongan ibu dan bapa terjerat dengan kaum² pemodal dan sistem perbankan. Anak malas kesekolah, anak kurang perhatian mampu memberi masa depan yang gelap pada mereka sendiri malah pada negara ini khususnya kerana anak² kecil dan remaja adalah salah satu aset terpenting sesebuah negara. Semua orang kejar masa, semua orang kejar keuntungan, semua orang terpaksa dan akibatnya banyak nilai² moral ditinggalkan jauh, imipian negara mahu lahirkan masyarakat bertamadun hanyalah mimpi sahaja kerana banyak perkara² lain yang terpaksa diusahakan, dimana kualiti kehidupan?? dimana ajaran agama?? semua tidak ada kesempatan kerana mencari penyelesaian kepada masalah hutang piutang. Ramai yang kurang faham atau kurang fasih dengan permasalahan ini namun begitu ianya sedang berlegar² dikalangan kita, masalah institusi kekeluargaan, masalah sosial dan budaya terus berleluasa dan tiada siapa yang cuba untuk memperbaikinya malah kerajaan hanya ambil langkah mudah dengan berbelanja berlebihan untuk membuat kempen dan cuba untuk memupuk kesedaran tapi hasilnya, kosong. Ini belum lagi cerita masalah jenayah berat seperti meragut, merompak juga makan rasuah untuk anak dan juga isteri.
Apa jalan penyelesaian?? ianya semudah mengira 1, 2 dan 3. Perubahan harus berlaku dan salah satunya adalah 'kadar gaji minima'. Maksud aku tentang kadar gaji minima ini bukanlah untuk golongan² profesional sahaja, kadar gaji minima harus diselaraskan mengikut semua peringkat pekerjaan tidak kira sama ada disektor swasta mahupun kerajaan, tidak kira sama ada kerja mengutip sampah atau membersihkan longkang, tukang jahit, mahupun pelayan² di warung atau restoran juga kerani, hinggalah keperingkat paling atas seperti jurutera, arkitek, jururawat, doktor, akauntan, pengurus bank, ketua pengarah dan sebagainya, termasuklah polis, tentera, bomba dan lain². Kadar gaji minima haruslah berada ditahap yang membanggakan aku beri contoh tukang bancuh kopi di kafe² di sekitar bandar Melbourne, Australia mendapat bayaran minima setinggi 16.00AUD untuk setiap jam dan setiap pekerja boleh laporkan pada pihak berkuasa jika mendapat bayaran yang lebih rendah dari itu. berbanding dengan disini yang mungkin hanya RM8 untuk setiap jam malah ada yang lebih rendah dari itu. Perkara ini harus diambil serius, kerana bila kadar gaji minima agak tinggi maka setiap diantara kita akan berada diparas stabil dan dari kestabilan tersebut maka ekonomi dapat dijanakan kerana kuasa membeli tidak terhad. Malah hasil dari pendapatan bulanan akan disalurkan beberapa peratus kepada kerajaan melalui kutipan cukai, bila semua rakyat negara ini membayar cukai secara telus dan adil pasti negara akan punya kutipan dana awam yang tinggi dan melalui dana ini maka lagi banyak kemudahan dapat disediakan untuk semua penduduk di negara ini. Satu langkah drastik harus dilakukan walaupun ianya nampak seperti susah untuk direalisasi namun ianya mampu untuk dilakukan kerana sudah ada negara lain diluar sana berjaya lakukannya. Tapi malangya ramai yang tidak faham dan ada juga yang bersuara "dimana jika mahu duit lebih haruslah berusaha lebih" ramai yang telah termakan sumpahan kuasa kapitalis yang menindas dengan cara halus malah menggunakan pihak media untuk memanipulasi pemikiran. Perkara² seperti ini harus diubah. Kita bukan mahu kekayaan, tapi kita juga tidak mahu kesusahan dan kita juga mahu menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara. Bila negara kaya barulah kita mampu untuk memupuk rakyat yang bertamadun dan mempunyai nilai² moral yang tinggi.
Bersambung..
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago