Keadilan ekonomi, memang ramai yang kurang fasih dan faham, jika kita minta pakar ekonomi untuk beri ulasan mungkin agak sukar untuk dihadam bila segala penerangan dalam bentuk nombor, perpuluhan, kuasa dua, peratus, graf dan sebagainya. Aku juga tidak mahir dalam hal² begini, namun begitu untuk memberi pemahaman tentang teori keadilan ekonomi dengan cara mudah dan cool hingga boleh menyuap pemahaman ini kedalam rongga setiap yang duduk didalam negara, rasanya mungkin ada beberapa persamaan yang boleh dikongsi bersama. Sebelum untuk kita pergi dengan lebih jauh lagi. Kita harus faham dimana setiap yang berlegar disekeliling kita ada kesinambungan diantara satu sama lain. contohnya, untuk makan sepinggan nasi dan lauk kari ayam kita harus mempunyai susur galur dengan pesawah padi, penternak ayam juga pengimport serbuk kari dan pokok kelapa, untuk hisap sebatang rokok kita akan ada pertalian dengan towkay kayu balak yang jual balak ke kilang membuat kertas serta peladang pokok tembakau, itu belum cerita tentang pencucuh api 'lighter'. Jika mahu pergi lebih luas lagi, contohnya untuk adakan majlis perkahwinan kita perlukan kapital untuk jamu tetamu dengan makanan, kita harus ada pelamin, wang hantaran, cincin dan lain² untuk memenuhi kehendak budaya. Jika kita mati juga kita masih perlukan wang ringgit untuk pengurusan jenazah seperti gali kubur, kain kafan, batu nisan dan sebagainya. Pendek kata segala apa yang berlegar disekeliling kita ada sangkut paut, ada susur galur diantara satu sama lain. Namun apa yang aku cuba untuk fokuskan melalui teori keadilan ekonomi ini adalah bagaimana keadilan ini mampu dirasai oleh setiap diantara kita di negara ini. Ramai orang masih tidak faham tentang jika sesebuah parti politik terlibat dengan rasuah serta korup tidak akan ada kena mengena dengan mereka. Janji tiap² bulan dapat gaji setelah penat bekerja, ada juga yang berpendapat janji periuk nasi tidak diganggu. Tapi bagi aku jika ada periuk nasi tapi tidak mampu untuk beli beras pun tiada gunanya. sudah terang lagi bersuluh, dipendekkan cerita melalui pengamatan kita semua aku percaya ramai yang faham tentang apa yang sedang berlaku didalam negara ini, lebih² lagi individu² yang sentiasa melekat dengan penggunaan internet. Segala penipuan sudah tidak mampu untuk disembunyikan lagi. Yes!! rasuah adalah barah yang paling merbahaya jika hendak dibandingkan dengan barah buah dada mahupun barah tulang. Kenapa?? jika rasuah telah jadi seperti satu budaya, maka peratus pengambilan duit milik negara akan semakin berkurangan. Fikrahnya sangat senang, setiap apa yang dijalankan didalam negara ini, dari pembinaan sekolah, jalan raya, masjid, hinggalah ke pembelian alat² senjata perang dan sebagainya dijalankan dalam keadaan yang sangat kotor nescaya modal yang diambil dari kantung milik negara akan meningkat dan sama seperti gunung kalau setiap hari dicebak akan rata begitu juga dengan kantung milik negara dan yang paling menyedihkan bila duit² cukai dikutip untuk memenuhkan kantung negara juga habis dicekup. Bila duit kurang, maka kuasa juga kurang, bila keadaan ini berlaku maka ekonomi akan malap. Bila ekonomi negara malap, bagaimana pelabur² mahu meneruskan operasi disini?? kita juga tidak berani berniaga kitab injil didalam masjid begitu juga dengan mereka. bila pelabur lari, kutipan cukai menurun, bila pelabur lari masakan kita akan terus ada pekerjaan?? Ini belum cerita tentang kenapa kadar kos kehidupan yang semakin memuncak naiknya, kerana apa?? Yes, ramai akan cakap "dorang nak makan rasuah itu hal dorang lah" janji duit kita cukup untuk anak, isteri dan diri sendiri. Persoalannya, dengan kadar gaji minima diparas yang menyedihkan mampukah kita untuk menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk keluarga kita? Ada juga akan bercakap, "nak duit lebih, kena kerja keraslah..nak gaji besar kena belajar rajin² hingga dapat ijazah.." penerangan yang bagus tapi tidak cukup 'solid', apa guna bekerja siang dan malam semata² untuk dapatkan duit lebih tetapi keluarga dan hidup porak peranda??, apa guna belajar tinggi jika peluang pekerjaan sangat minimum di negara ini, akibat dari kemalapan ekonomi?? Mungkin ada diantara kita tidak terasa tentang kepayahan yang melanda keatas hampir 53% penduduk dinegara ini, namun sejauh mana kita mampu untuk terus bertahan, sampai bila kita mampu untuk berpaut dengan bank² hasil dari pinjaman² yang kita buat. Mungkin kita takkan hidup untuk tempoh 100 tahun lagi tapi aku pasti kita mungkin ada 10 atau 20 atau 30 tahun lagi jadi adakah adil jika ada diantara kita hidup mewah hasil dari kesusahan orang lain. Dimana keadilan ekonomi? Yes memang masih jauh untuk dapatkan keadilan atau mungkin tidak ada peluang pun kerana bagi aku selagi kuasa politik tidak halau pergi maka kuasa ekonomi tidak akan berlaku adil. Secara saintifiknya perihal politik memang tidak dapat lari dari ekonomi kerana yang mencorakkan perjalanan atau alunan ekonomi adalah para² politikus yang diberi mandat oleh rakyat untuk mengurustadbir wang milik negara. Bagi yang fasih kita semua tahu tentang siapa yang sedang berkuasa dan siapa yang mengakibatkan keadilan ekonomi tidak berlaku. Bagi yang berkuasa akan terus berkuasa kerana habuan sentiasa ada untuk mereka dan pelbagai teori feudalisma, rasisma dan lain² akan disebarkan demi untuk terus berkuasa. Bila ada sumber² alternatif seperti internet yang mampu untuk menggugat kedudukan maka proses manipulasi akan dilepaskan. Mungkin ada diantara kita masih lagi kurang faham tentang kuasa media dan juga kuasa yang berlipat ganda dari media internet dimana ianya adalah medium terpenting untuk proses manipulasi tetapi agak lucu bila ada yang berfikiran media yang ada lebih tepat sumbernya dari media internet kerana lebih banyak spekulasi, fitnah atau buat² cerita dari kebenaran. Kenapa ianya lucu? sebab cuba kita lihat semula realiti keadaan sekeliling, jika semua orang dapat keadlian ekonomi, hidup tidak mewah tapi tidak juga susah masakan kita perlu percaya pada kuasa media internet. Kita harus faham apa punca berlakunya kemalapan ekonomi kalau bukan datang dari barah rasuah dan korupsi dan yang lebih teruk dari itu adalah laporan Audit negara, bila ianya berjaya membongkar ketidaktelusan parti pemerintah terhadap penggunaan duit negara, takkan kita harus cakap yang laporan Audit negara juga menipu?? Kepada para pembaca yang budiman aku tidak mengajak untuk melakukan revolusi seperti rakyat² dibenua Arab mahupun Eropah yang tidak berpuas hati kerana pelbagai sebab universal yang akan mengundang kemarahan mana² rakyat di dunia sekalipun. Namun begitu kebangkitan negara² sedemikian menyaksikan betapa hebatnya kuasa rakyat jika terdapat keingingan politik daripada rakyat, maka tiada yang mustahil biarpun kerajaan mereka begitu opresif dan kejam terhadap rakyat mereka sendiri. Cuma apa yang lebih penting adalah revolusi minda diantara kita untuk menuntut keadilan ekonomi. Mungkin artikel ini akan bersambung, atau mingkin tidak tapi aku percaya mesti ada diantara kita akan tertanya² tentang dimanakah balasan orang² yang makan duit haram seperti rasuah..
Jika kita faham tentang golongan² Istidraj, mungkin sedikit sebanyak mampu untuk hadam apa yang aku cuba sampaikan melalui entri ini.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment