Sunday, 29 June 2008

Fajar menyinsing.

Salam kepada semua,
ketika aku sedang mula untuk menggerakkan jari², telinga aku pula sedang menyerap alunan suara dari Glen Hansard serta Marketa Irglova dan terus menghantar signal ke otak Dengan senyuman yang tidak terhingga aku cipta setelah lama berdiam diri, kehidupan didalam dunia aku semakin tenang dan aman walaupun sisa² perperangan masih lagi berlarutan. Namun 'Fajar sedang menyinsing' menerangi dunia aku disini, alunan lagu serta nota² sedang terapung dengan indah sekali, aku sudah mampu mendongak kelangit untuk melihat cahaya matahari menerang, aku juga sudah mampu menyaksikan keindahan bintang dan bulan bekerdipan setiap malam menjalankan tugas supaya waktu malam kelihatan amat sempurna. Aku amat rindukan keamanan, aku amat perlukan kebebasan dan aku sedang berusaha kearah itu. Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberikan sokong secara lansung ataupun tidak lansung. Kepada yang tidak mampu untuk faham. "Just dont let anybody to slow you down", and i'm here to make everything perfect, dan jika tidak sempurna marilah kita bersama² sempurnakannya ataupun buat² sempurna. Sekali lagi selamat datang kepada dunia yang penuh dengan tanda tanya tetapi jawapannya penuh makna.

Thursday, 19 June 2008

Dont slow me down #1.2

Huh..!!

Beberapa hari aku terpaksa melupakan dunia penuh cahaya, penuh warna-warni juga penuh dengan alunan seni, aku sedang berarak menuju ke medan pertempuran bersama² dengan manusia yang lain tidak kira musuh mahupun kawan. Matlamat utama adalah hendak menamatkan segala kekejaman mahupun kejahatan dan itulah yang sedang aku usahakan. Kepada sesiapa yang melawat blog ini, harap maaf kerana aku amat pincang dan tegang dengan segala kebencian yang sedang berlegar² di sekeliling aku. Mungkin tiada entri baru untuk tempoh seratus jam lagi atau lebih, namun apa yang paling pasti dikepala aku sarat dengan segala teori,ceritera,lawak jenaka dan segala macam dakyah serta dakwah yang akan aku luahkan mahupun lontarkan nanti.

GAMBATE..!!!
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law