Thursday, 29 September 2011

Karma police, arrest this man. He talks in maths, he buzzes like a fridge and he's like a detuned radio.

RADIOHEAD, sepuluh tahun lalu aku lalai akibat dengar lagu² mereka. Aku lansung tidak ambil peduli tentang masa depan. Tiada resah tiada juga gundah janji semuanya meriah. Hari ini bila aku dengar semula lagu² lama mereka, aku baru sedar dan aku baru sesal betapa 10 tahun yang lalu dihabiskan dengan sekelip mata tanpa sebarang usaha untuk hari ini. Tapi siapa aku untuk bawa segala² ke garis permulaan, yang lepas kita biarkan ianya berlepas. Tapi melalui lagu² mereka kali ini aku cuba untuk lakukan sesuatu yang terbaik untuk hari esok.

Masa laju tinggalkan kita tapi masa juga tidak mampu untuk lari jauh. Masih ada sekelumit harapan untuk kita semua.

Colours of Melbourne (Pt. 1)















Petang semalam sambil berfikir jauh dari kotak.

Petang yang hening, kami berempat duduk bertentangan sambil mengeluarkan hujah² juga pendapat masing², tidak lama selepas itu makanan sampai. Aku masih lagi mengepit American eagle. Jason mula gerakkan tangan sambil sudu dan garfu mula menari, Syena hanya mampu melihat.

"Aku kena makan Pian kalau tak perut angin..tapi kalau dah makan gemuk plak..adoi.." Jelas Jason.

Aku jawab "Takpe makan je..kalau ade mase pegi jogging lah..bagi peluh sikit"

"Hah?? jogging, aku dah lame tak buat bende2 tu..kalau nak peluh pun bile time makan maggi kari panas²..tu pun berpeluh kat dahi je.." Jelas Jason sambil ketawa.

Kahkahkah....
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law