Saturday, 31 October 2009

Tunggu aku Karen O.

Tak perlu bercerita panjang lebar, tak perlu ragu² serta gusar. Mari merayakan keindahan lagu²nya, mari menghargai kehidupan kita dengan bait² liriknya. Mari pergi melihatnya. Tiada dakwa-dakwi januari ini mari ke tanah singapura untuk melihat aksinya..Yes aku akan pergi walaupun hanya ada habuk dipoket.



YEAH YEAH YEAHS di Singapura januari ini...

Thursday, 29 October 2009

Pada ketika ini aku rindukan titisan peluh.

Sudah banyak hari aku lalui keperitan dan juga kesengsaraan emosi. Hidup aku memang dah totally jahanam. Kenapa aku cakap macam tu?? sebab aku dah tak berhenti² makan. Terlalu banyak idealogi yang aku serap tentang makanan dan agak sedih juga kerana setiap petang hujan turun dengan lebat maka aku tak dapat hendak ber-kardio.

Ada sesiapa yang hendak hadiahkan aku sebuah treadmill..??

Tuesday, 27 October 2009

Dialog berprolog

Sambil berjalan menyusuri manusia² lain menuju ke perut pejabat aku dibayangi satu kenyataan yang agak mencengkam jiwa.

"Tak guna lah,duit kat wallet nak kurus senang je, badan kita nak kurus sikit punye susah.." Kata Nazry kepada aku.

"Tu biase..." Aku.

Monday, 26 October 2009

Jika malam ini aku di St.Klida

Sudah banyak malam aku bertarung, sudah banyak malam aku menelan beberapa butir pil untuk pastikan roh aku keluar dari jasad. hidup sangat tidak tentu arah, libang libu, sesak serta serabut. Mata sudah mula bengkak, bulatan hitam semakin menyerlah. Seluruh otot pula sangat tegang, kali ini bukan gastralgia tapi mungkin insomnia. Cuma aku rasa setiap apa yang bermain difikiran aku seperti tiada had kelajuan, tak lama lagi aku akan mula merepek-repek.

Selamat datang kedunia baru aku, dimana dunia sedang berpusing dalam keadaan songsang.

Thursday, 22 October 2009

Selepas mabuk-mabuk dimalam hari.

Tidak salah hadir jika hendak mengisi pengetahuan. Lagipun darah raja juga sama warna merah macam kita.



TEMPAT : CHINESE ASSEMBLY HALL - No. 1, Jalan Maharajalela, 50150 KL

Malaysia (Berhampiran dengan Stesyen Monorail Maharajalela).

ATUR CARA:

2.00-2.10 pm Pendaftaran
2.10-2.15 pm Ucapan pengenalan
2.15-2.30 pm Panelis 1: Fahmi Reza, Aktivis dan Pembikin filem dokumentari sosial & politik
2.30-2.45 pm Panelis 2: Lee Kai Loon, Pengasas dan Anggota Sekretariat Youth For Change (Y4C)
2.45- 3.00pm Panelis 3: Shazni Munir Mohd Ithnin, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM dan Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS)
3.00-3.15pm Panelis 4: Mohd Hariszuan Jaharudin, Ketua Biro Majlis Diskusi dan Dialog Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Penulis di ruang wacana bebas blog Diskopi
3.15- 4.00 pm Komentar Jemputan: Hishamuddin Rais
4.00 –5.00 pm Diskusi dan Dialog bersama peserta forum
5.00 pm Jamuan ringan & Tamat

Monday, 19 October 2009

Pada saat ini, 2 gelas nescafe pun tidak dapat membantu.

Jika ditanya pada waktu sekarang, apakah perkara yang sedang bermain didalam kepala aku. Jawapannya adalah bantal serta alunan lagu dari Regina Spektor. Damn!! aku sudah semakin sukar untuk tidur malam dan akibatnya, daya produktif kerja aku jatuh merudum, contoh terdekat adalah luahan kata dari sudut hati aku.

"huh..!! bila nak pukul 4.15 ni..?"

Sunday, 18 October 2009

Titik noktah masih jauh untuk kita jumpa

Aku seperti dapat rasakan yang aku sedang berada di satu pertembungan dua budaya, dua cara kehidupan yang berbeza, dua warna gelap yang kelam, dua rintangan yang tidak sempurna. Kadang² aku rasa seperti berada disebuah medan perperangan yang memang tidak ada kena mengena dengan hidup dan mati aku. Tetapi aku gagahkan juga mengangkat senjata membantu apa yang perlu. Hidup aku memang tidak pernah kering dan susut dengan segala macam pertempuran dan aku percaya, kadang² aku sendiri yang bawa diri aku masuk ke medan perperangan, ke pertembungan budaya kehidupan, ke dalam dua warna yang berbeza, end up aku pun tidak pasti apa yang aku cari sebenarnya. Cuma aku berlagak seperti tiada apa yang berlaku, lalu terus meneruskan langkah tanpa perlu fikir tentang segala macam kegagalan yang telah aku capai. Bukannya semua orang faham apa yang sedang aku lalui. Kepada sesiapa yang rasa sama seperti apa yang aku rasa, lagu dibawah untuk anda semua. Kehidupan didepan masih terbentang luas dan titik noktah kita masih jauh lagi untuk kita jumpa. Teruskan kegagalan kerana darinya kita akan belajar bagaimana untuk berjaya.

Friday, 16 October 2009

Dialog tanpa prolog # 10.2

"Eh, aku nak tanye..kenape ramai orang, kalau letak gambar kat dalam facebook, mostly gambar time dorang clubbing je..??" Tanya Halim kepada Ramlan.

"Sebab, facebook tu sebuah kelab malam.." Jawab Ramlan sambil tersenyum.

"Ahahahaha..."

Sepetang di Ipoh.



Ehsan dari Shah MISERY RECORDS

Monday, 12 October 2009

Beberapa puluh jam yang lalu tanpa aku sedar apa yang berlaku.

Ditepi lebuh raya,sewaktu berusaha keras untuk ke Ipoh, dalam keadaan yang sangat hangat juga perut seperti disengat, aku dan lain² seperti biasa apabila sudah berhenti untuk berehat pasti tidak duduk diam tapi akan makan dan minum, ada yang makan mee goreng, bihun goreng, Kueh tiaw ladna, nasi goreng udang, kuih muih dan segala macam jenis air. Selepas disulam dengan asap rokok, kami tekad untuk meneruskan perjalanan, lalu melangkah malas ke arah jentera pemusnah.

"boy jom pegi kat sane tu, kedai paling tepi, tengok kalau² ada keropok ke, boleh makan dalam kereta" Jelas Wan.

"keropok ape lagi kau ni setan...tak kenyang ke" Boy mencantas.

"Jom je lah, jangan banyak bunyi la sial.." Wan.

"hotak kau lah dah tepi dah ni, keropok ape yang ade?? KFC je yang ade.." Jawab Boy

"Oh kat KFC takde keropok ke..??" Tanya Wan.

"tak boleh tolong dah kau ni..Ayam goreng pun panggil keropok...eee ape nak jadi kau ni.." Celah Aji.

"Eh kau diam lah" Wan.

Saturday, 10 October 2009

Tanpa prolog.

Orang yang tidak pernah buat silap adalah orang yang lansung tidak pernah melakukan apa-apa didalam hidupnya.

Setuju??

Aku terlupa sebentar tentang dunia asal aku.













Diantara perkara² yang buatkan aku sibuk sepanjang minggu lalu

Wednesday, 7 October 2009

500 hari bersama Zoey deschanel.

Sebuah kisah menarik tentang perkara yang selalu berlaku disekeliling kita tanpa disedari oleh semua. Sebuah plot dan naratif yang sangat indah dalam bentuk realiti yang juga selalu kita lupa tentangnya. 500 hari bersama Zoey Deschanel, aku juga ingin turut sama serta menentangnya dan yang paling aku ambil kisah dan peduli adalah lagu² didalamnya. Siapa ada peluang, sila tonton layar ini kerana tiada apa yang lebih beharga dari dapat mendengar mereka bercerita tentang Sid Vicious menikam Nancy dalam satu babak yang sukar dilupa.


Tuesday, 6 October 2009

Inai dijari, pelamin berseri-seri. Tapi hati aku mati.

Semalam dan dulu semalam, aku agak sibuk dengan segala perancangan yang dirancang. Yes semuanya terancang. Majlis perkahwinan makcik aku yang paling 'last' in our family. Makanan terhidang disana sini, khemah, meja dan kerusi terletak tidak sepi. Anak kecil berlari². Keadaan lansung tidak sunyi. Begitulah disetiap majlis perkahwinan. Inilah masa untuk kita dekat dan jumpa dengan sanak saudara, yang jauh dirapatkan, yang sudah lupa diingatkan. Selain tengok gelagat manusia, selain meresap bunyi kompang dan kadang kala nyanyian sumbang para tetamu yang tebal muka untuk meyumbangkan suara sonsang dengan berkaraoke. Aku juga lihat inai di jari, make-up tebal dipi, pelamin berseri², orang datang menari² sambil dihiasi kepanasan mentari. Kesempatan yang sama juga aku gunakan untuk bertemu dengan sanak saudara yang dulu nampak aku budak kecil tetapi sekarang dah besar panjang. Ada yang hendak pinang aku untuk anak² dara mereka, ada yang bertanya tentang hal² kerja, dan ada juga yang mengungkit memori lama. Mak aku seperti biasa akan tokok tambah cerita biar aku terus ditembak hingga menderita. Tapi tidak mengapa aku puas dan gembira. Tiba² dari jau, dari kerus disebelah sana aku terlihat sepasang mata yang dari tadi asyik memberi cahaya. Kelip dan terus berkelip, pelbagai 'signal' dihantar terus ke mata aku tanpa ada apa² tapisan, aku faham dan aku mengerti cuma buat² tidak reti. Lama kelamaan cahayanya semakin ketara sinarnya, aku pelik melihat dia terus memancarkan pelbagai 'signal'kepada aku. Puas aku perhatikan, puas aku tenung.

Damn!! tak ada perempuan lain yang betul² perempuan ke nak main mata dengan aku selain dari mak andam makcik aku yang dulu nama sebenarnya mungkin Abdul Rashid bin Razali.

Sunday, 4 October 2009

Terlalu banyak persoalan disekeliling aku buat masa ini dan lagu dibawah telah banyak beri jawapannya. Sila hayati dengan tenang.

Friday, 2 October 2009

Tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian lepaskan dengan tenang

Ok aku dah tak marah dah bila dengar lagu dibawah. Jadi ada sesiapa yang berminat nak join dengan aku buat seperti band dibawah. Perempuan sahaja itupun jika suara sedap, kalau sekadar macam Yuna Zarai atau Anna Rafali, lupakan jelah.

Biru atau kelabu.

Malam ini adalah malam penyambung kepada esok, dan sejak beberapa hari ini kitaran jiwa dan minda aku agak tidak lengkap serta penuh dengan anasir² kejam apabila melihat plot² hina dan keji dari manusia² berpangkat dan berdarjat. Aku sudah lama tidak menjadi android yang pincang tugas atau rebel tapi dengan drama² yang aku nampak benar² rasa seperti hendak meludah tepat ke muka mereka ataupun bagi sekelumit penerajang juga tepat ke muka² mereka. Manusia yang sudah kukuh dan teguh selalunya akan mudah lupa pada asal usul mereka. Tidak mengapa, mungkin satu hari nanti kau ingat semula siapa diri kau dan waktu itu kau baru tahu langit sebenarnya bewarna biru atau kelabu.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law