Sejak dari mula bekerja aku sudah kenal dengan seorang rakan, kami panggi dia YB kerana mukanya mirip ahli² parlimen Yang Berhormat tapi namanya Nazry dan pemahaman dia tentang isu politik juga agak jauh berbeza dari ahli² parlimen yang menyokong kerajaan (itu cerita lain), kami bekerja didalam satu 'department' tapi walaubagaimana pun kami bukan bekerja sebagai sebuah pasukan, bila aku berjaya naik pangkat dan tinggalkan 'department' aku, tidak lama selepas itu Yb juga naik pangkat dan kami berada didalam 'departmnt' yang sama kembali, 3 tahun kami duduk dibawah pemerintahan yang sama tapi masih tidak bekerja sebagai 'patner' sehinggalah awal tahun lepas kami berjaya duduk didalam perut pejabat yang sama. Aku dan Yb bekerja sebagai satu pasukan, kami 'work smart' bukannya 'work hard', aku kurang beban bila bekerja dengan Yb sebab mungkin ada 'chemistry between us' dan yang paling menyeronokkan Yb juga adalah penggemar kopi dan sejak dari tahun yang lalu Yb adalah 'coffee buddy' aku. Masuk saja waktu rehat pagi kami pasti akan pergi minum kopi, pada waktu petang juga kami akan minum kopi lagi, selain dari minum kopi kami akan bersembang, ketawa juga berbincang tentang segala macam perkara. Yb angkat aku sebagai rakan baik ditempat kerja dan aku juga begitu. Cuma bila aku pulang dari London Yb telah bersiap sedia untuk berpindah kerana dia dapat peluang untuk meluaskan pengalamannya, dia dapat tawaran kerja baru, masih lagi dalam satu 'company' yang sama dengan aku tapi 'department' yang lain juga lokasi yang jauh, dimana dia akan memulakan kerja di KLIA. Sejak dari itu kami hanya berutus 'email' juga teks ringkas. Dia masih lagi jadi rakan baik aku dan aku juga masih lagi jadi rakan baik YB dan sejak dari itu juga aku tidak ada 'patner' baru, segala kerja juga hanya aku seorang yang tahu dan agak membosankan bila mahu bancuh dan minum kopi juga cuma tinggal aku satu.
"Friends are born, not made"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment