Hari ini, genap 30 tahun aku hidup penuh suka dan duka, hari ini genap 30 tahun aku hidup penuh ranjau dan gelora, hari ini genap 30 tahun aku hidup melawan arus didalam dunia yang penuh dengan warna-warna kejam. Pelbagai perkara telah berubah, aku sudah berubah, dunia sekeliling aku juga lebih banyak berubah. Kemajuan demi kemajuan telah dikecapi, kemajuan demi kemajuan telah dicipta dan aku turut serta. Cuma sejak sudah 30 tahun hidup masih belum ada lagi mesin dimana bila kita tersedar dari tidur, bila mata terbuka dan dengan hanya menekan satu butang ditepi katil kita akan dimandikan dengan sepantas kilat dan pada masa yang sama juga baju dan seluar dikenakan termasuklah rambut disikat dengan rapi. Yes masih belum ada lagi kemajuan itu. Jika 30 tahun aku tunggu dan ianya masih belum ada, bagaimapula untuk aku tunggu satu lagi mesin dimana bila aku tekan saja butang dan dengan sepantas kilat aku sudah ada di tempat kerja.
Jangan harap lah..!!
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment