Ini mungkin tahun ke 8 aku di tempat kerja, dan ianya juga mungkin akan berlarutan, cuma aku tidak pasti untuk berapa lama lagi. Dari tahun pertama hingga ke 8 aku mengenali segala jenis manusia yang ada di tempat kerja aku, macam² ragam, macam² karenah juga macam² warna. Salah seorang yang masih wujud didalam pandangan aku adalah seorang perempuan yang tua berbangsa india, kerjanya menyapu sampah. teritorinya adalah perut² pejabat, senjata utamanya adalah penyapu, kadang² batang mop. Aku tidak tahu namanya, tapi memang kami kenal diantara satu sama lain. Aku panggilnya dengan nama 'auntie', dia panggil aku 'adik'. Setiap pagi selepas 1 jam aku menghadap skin monitor atau hirup kopu 'auntie' pasti datang lengkap bersama senjatanya. Objektif utama adalah untuk pastikan lantai bersih juga bebas dari segala macam sampah mahupun habuk. Setiap pagi juga bila aku nampak dia masuk kedalam ruang pejabat. Aku pasti akan tegur "Good morning auntie, sudah minum..?" dan dia akan jawab "sudah adek...". Setiap hari bila aku jumpa dia aku tanya sudah makan atau minum ke belum. Kadang² aku terfikir, kenapa tiap² hari aku perlu tanya soalan yang sama, bertahun soalan yang sama, ianya amat tidak bagus untuk perkembangan neuron² didalam otak, aku perlu lebih kreatif lagi, minda aku perlu lebih tajam dan berfikir secara efisyen. Jadi aku rasa esok pagi jika aku jumpa dia aku akan tanya soalan lain contohnya seperti.
"Good morning auntie, ini hari tak pakai sunglasses ke?" atau "Good morning auntie, ini hari sudah check 'milk A deal'..?"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment