Tahu kah kamu semua bahawa salah satu perkara yang aku suka lakukan adalah memandu kereta dalam keadaan tenang, dijalan yang lurus tapi bukannya lebuhraya, dibawah cuaca yang redup, sambil jari kanan aku mengepit 'american eagle' dan telinga pula menyerap lagu² tenang seperti 'Soft Shock' dari YEAH YEAH YEAHS atau 'Stuck on jigsaw puzzle' dari Alex Tuner, sambil mulut terkumat kamit mengikuti bait² lirik yang dinyanyikan melalui corong speaker juga sambil mata memerhati 'super wife' yang duduk disebelah dalam keadaan senyum. Dengar macam seronok kan? tapi itu hanya ilusi aku, mana nak cari jalan yang tenang dan cuaca yang redup??.
Disini, semua orang memandu seperti pemandu ambulans yang sedang membawa pesakit untuk ke hospital, nak cepat, tidak beri peluang, tangkas, memandu dalam keadaan marah, stress sebab dihimpit dengan pelbagai masalah tentang kehidupan dan macam² lagi. Disini semua pokok ditebang sebab nak besarkan jalan, kerana jumlah kenderaan yang berada diatas jalanraya melimpah ruah, sebab tu panas. Damn!!
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment