Thursday, 25 August 2011

Senyum dan ketawa

Kata orang hidup ini perlu gembira, hidup ini kita perlu selalu ketawa, dalam hidup ini juga kita perlu lupakan segala sengsara. Bangun tidur gembira, pergi kerja gembira, lepak dengan rakan² juga perlu gembira,  memasak, menulis, membesarkan anak² dan macam² lagi kita perlu gembira.Terapi paling mujarab untuk hidup dalam keadaan yang sihat adalah dengan bergembira dan lupakan kisah duka. Jadi kita harus sentiasa senyum dan ketawa. Jangan fikir sangat tentang kesusahan juga kepedihan. Gembira, happy.. tapi

Kalau minggu lalu syarikat tempat kau bekerja beri saham 20.5% pada syarikat lain dan minggu ini pula umum rugi sebanyak RM527 juta untuk tempoh suku tahun kedua, macam mana? takkan nak senyum dan ketawa saja??

Friday, 19 August 2011

Memandu.

Tahu kah kamu semua bahawa salah satu perkara yang aku suka lakukan adalah memandu kereta dalam keadaan tenang, dijalan yang lurus tapi bukannya lebuhraya, dibawah cuaca yang redup, sambil jari kanan aku mengepit 'american eagle' dan telinga pula menyerap lagu² tenang seperti 'Soft Shock' dari YEAH YEAH YEAHS atau 'Stuck on jigsaw puzzle' dari Alex Tuner, sambil mulut terkumat kamit mengikuti bait² lirik yang dinyanyikan melalui corong speaker juga sambil mata memerhati 'super wife' yang duduk disebelah dalam keadaan senyum. Dengar macam seronok kan? tapi  itu hanya ilusi aku, mana nak cari jalan yang tenang dan cuaca yang redup??.

Disini, semua orang memandu seperti pemandu ambulans yang sedang membawa pesakit untuk ke hospital, nak cepat, tidak beri peluang, tangkas, memandu dalam keadaan marah, stress sebab dihimpit dengan pelbagai masalah tentang kehidupan dan macam² lagi. Disini semua pokok ditebang sebab nak besarkan jalan, kerana jumlah kenderaan yang berada diatas jalanraya melimpah ruah, sebab tu panas. Damn!!

A Triumph for Man.

Kata-kata keramat dari aku untuk kita yang sering gagal.


"If you can't change your fate, change your attitude."

Terus mencipta memori.



















Saturday, 13 August 2011

Selepas minit yang ke lima puluh lapan.

Selepas mulut berhenti mengunyah, selepas tangan mula mengepit puntung rokok, selepas tekak gembira dibasahi dengan air.

"Aku ingat tahun ni raye nak pakai baju melayu siap sampin lah.." Jelas Wan.

Aji cantas "Ade ke sampin saiz kau.."

"Aku ade sampin lah..time Pian kahwin aritu..boleh pakai.." Jelas Wan lagi.

Mieza mencelah "Muat lagi ke sayang...?"

"Adoi..ingat aku ni bas ke..sampai tak muat nak pakai sampin.." Wan merengus.

Aji sambung lagi.."tak, dulu kau bukan bas tapi sekarang kau dah besar bas.."

"Kahkahkah.."

Thursday, 11 August 2011

SUBMARINE

Filem ini cool, filem ini penuh dengan plot dan naratif yang mampu untuk mengepam darah aku keseluruh badan melalui setiap saraf yang ada. Filem ini cantik, filem ini juga unik. Aku diam tidak terkata, cadangan aku lebih baik 'download' dan tonton sendiri. Lagu² didalam filem ini datang dari hasil ciptaan Alex Tuner. Rugi jika peminat setia ARTIC MONKEYS tidak menonton filem ini.







Tuesday, 9 August 2011

Picisan pagi.

Naratif

Hidup ini kadangkala kita akan ada diatas, kadangkala dibawah. Kadangkala disebelah kiri, kadangkala disebelah kanan. Semua berpusu² mencari arah, semua berlumba² mencipta sejarah. Mungkin tanpa kita sedar satu demi persatu berubah, satu demi persatu jumpa jalan baru yang lebih cerah. Aku juga hadapi perkara yang sama, pelbagai perkara yang aku mahu kecapi, yang aku mahu raih dalam hidup ini. Tapi kadang² bila kita terlalu kehadapan kita akan rasa seperti Its funny how you go through the year day by day but nothing changes, then when you look back everything's different.

Kelakar kan?



Wednesday, 3 August 2011

From armed struggle to peace.

Setiap tahun kita melaung², meraung² juga berteriak tentang kemerdekaan. Mari baca dan fahamkan erti sebenar kemerdekaan. Aku pernah menitiskan airmata ketika membaca buku 'memoir Shamsiah Fakeh', aku genggam tangan sekuat²nya bila baca buku tentang 'Rashid Maidin. Ini kisah perjuangan sebenar, ini kisah melawan nakba, ini kisah sebenar untuk kita semua.


Setiap tahun pada 15 Mei warga Palestine akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel telah dipacakkan keatas bumi Arab. Justeru pada tarikh ini warga Palestine diseluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini. 

Semenjak 15 Mei 1948 – warga Palestine telah berhadapan dengan segala macam kesangsaraan. Tanah mereka dirampas. Rumah merdeka diroboh. Mereka kehilangan harta benda. Kehilangan hak demokrasi. Kehilangan kampong halaman. Rakyat Palestine diserang, dibunuh dan dihalau dari kampong halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara. 

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestine. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestine.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini yang dieja dengan M huruf besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti – Semenanjung Tanah Melayu dibawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula 5 wilayah Melayu – Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor kuasa kolonial Britsh telah memasuki jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British dibawa jagaan Raja England dan bukan lagi dibawah East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijeh. British telah juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi bagitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari China dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh China dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan : dimana ada penindasan disana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampoh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British. 

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura.PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh China di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan China. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empire British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun – Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi British Military Administration masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun. 

Kini gerakan nasionalisma telah mengampoh dan laungan kemerdekkan kedengaran disana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS) – semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British scara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini - United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelor, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation – 1946 – agak lewat. Muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama Putera. 

Perlembagaan Rakyat 1947
 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan Hidup Melayu. Para pembaca yang budiman, perhatikan betul betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oxygen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerja sama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu Melayu, China China dan India India. Maka lahirlah Perikatan. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan Perikatan masih lagi Melayu, China dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA – badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu. 

Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminn, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk mengahalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa : Mereka bukan bangun menentang British tapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jika tidak percaya apa yang saya tulis ini – sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti – media milik United Malay National Organisation akan membuka kesah-kesah bodoh dimana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi barua British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila Parti Konunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng
banguan mengangkat senjata – apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation? 
Sejarah jelas membuktikan – gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini. 

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai Merdeka; gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk Merdeka. Untuk saya kalau perbuatan ini bukan kerja barua British maka Rosmah Mansor itu masih lagi dianggap anak dara sunti.

Justeru, sebagai balasan menjadi barua yang setia , pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Untuk saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka bertujun untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestine membolehkan tanah-tanah Palestine dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampong Baru dan Kampong Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat 6 warga penyokong Bersih sedang ditahan tanpa bicara.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun – pada 10 Ogos 1511 – Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan disini bahawa Nakba di Palestine pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestine berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.(TT) 



hasil cedokan nukilan Hishamudin Rais.

Monday, 1 August 2011

Malam semalam ketika angin sedang meribut.

Malam semakin dimamah usia, aku dan yang lain² masih lagi terus ketawa. Air terus dihirup, rokok terus dicucuh. Angin agak² menderu², mungkin hujan akan turun lebat tidak lama lagi. Kami terus fokus, beberapa kisah misteri sedang diperdengarkan, masing² punya plot dan naratif  tersendiri. Aku terus buka mata dan telinga, sudah lama rasanya tidak dengar kisah² hantu, jin juga rasuk merasuk.

"Tapi sebenarnya, kalau dorang ni nak turunkan saka ade macam² cara.." Jelas Naza.

Aji bertanya "Cara yang camne??"

"Yelah, kadang² die sentuh kau je dah terus boleh turunkan saka...kadang² dalam mimpi die datang bawak kain merah dan serah kat kau, if terima maknenye die dah turunkan saka dah.." Terang Naza lagi.

Aku cantas sambil muka tenung ke arah Azuan "Kalau dia pass dalam mimpi susah lah..kite mane nak perasan..kalau macam die datang dalam mimpi Wan pastu die bagi seekor ayam panggang yang memang nampak nice gila..sekali dalam ayam tu ade kain merah..mcm Wan mesti die amek punya..tul tak??"

"Tulah..ayam panggang..sape taknak beb..mesti aku amek punye.." Jelas Wan.

"Kau tu yang saka sebenarnye.." cantas Aji.

"Kahkahkahkah..."

Kembali lagi.

Neuronisma.

Ini mungkin tahun ke 8 aku di tempat kerja, dan ianya juga mungkin akan berlarutan, cuma aku tidak pasti untuk berapa lama lagi. Dari tahun pertama hingga ke 8 aku mengenali segala jenis manusia yang ada di tempat kerja aku, macam² ragam, macam² karenah juga macam² warna. Salah seorang yang masih wujud didalam pandangan aku adalah seorang perempuan yang tua berbangsa india, kerjanya menyapu sampah. teritorinya adalah perut² pejabat, senjata utamanya adalah penyapu, kadang² batang mop. Aku tidak tahu namanya, tapi memang kami kenal diantara satu sama lain. Aku panggilnya dengan nama 'auntie', dia panggil aku 'adik'. Setiap pagi selepas 1 jam aku menghadap skin monitor atau hirup kopu 'auntie' pasti datang lengkap bersama senjatanya. Objektif utama adalah untuk pastikan lantai bersih juga bebas dari segala macam sampah mahupun habuk. Setiap pagi juga bila aku nampak dia masuk kedalam ruang pejabat. Aku pasti akan tegur "Good morning auntie, sudah minum..?" dan dia akan jawab "sudah adek...". Setiap hari bila aku jumpa dia aku tanya sudah makan atau  minum ke belum. Kadang² aku terfikir, kenapa tiap² hari aku perlu tanya soalan yang sama, bertahun soalan yang sama,  ianya amat tidak bagus untuk perkembangan neuron² didalam otak, aku perlu lebih kreatif lagi, minda aku perlu lebih tajam dan berfikir secara efisyen. Jadi aku rasa esok  pagi jika aku jumpa dia aku akan tanya soalan lain contohnya seperti.

"Good morning auntie, ini hari tak pakai sunglasses ke?" atau "Good morning auntie, ini hari sudah check 'milk A deal'..?"

Sekalung maaf.

Aku masih dan masih memungkiri janji, ini hakikat, ini lumrah dan ini jawapan kepada setiap yang bermain di kepala aku, namun aku tetap dan akan terus tetap untuk mencari ilusi juga halusinasi baru agar setiap apa yang berlegar² didalam kotak fikiran aku dapat terus dikongsi bersama oleh semua yang ada didalam kotak blog ini.

Sekali lagi maaf.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law