Thursday, 29 September 2011

Karma police, arrest this man. He talks in maths, he buzzes like a fridge and he's like a detuned radio.

RADIOHEAD, sepuluh tahun lalu aku lalai akibat dengar lagu² mereka. Aku lansung tidak ambil peduli tentang masa depan. Tiada resah tiada juga gundah janji semuanya meriah. Hari ini bila aku dengar semula lagu² lama mereka, aku baru sedar dan aku baru sesal betapa 10 tahun yang lalu dihabiskan dengan sekelip mata tanpa sebarang usaha untuk hari ini. Tapi siapa aku untuk bawa segala² ke garis permulaan, yang lepas kita biarkan ianya berlepas. Tapi melalui lagu² mereka kali ini aku cuba untuk lakukan sesuatu yang terbaik untuk hari esok.

Masa laju tinggalkan kita tapi masa juga tidak mampu untuk lari jauh. Masih ada sekelumit harapan untuk kita semua.

Colours of Melbourne (Pt. 1)















Petang semalam sambil berfikir jauh dari kotak.

Petang yang hening, kami berempat duduk bertentangan sambil mengeluarkan hujah² juga pendapat masing², tidak lama selepas itu makanan sampai. Aku masih lagi mengepit American eagle. Jason mula gerakkan tangan sambil sudu dan garfu mula menari, Syena hanya mampu melihat.

"Aku kena makan Pian kalau tak perut angin..tapi kalau dah makan gemuk plak..adoi.." Jelas Jason.

Aku jawab "Takpe makan je..kalau ade mase pegi jogging lah..bagi peluh sikit"

"Hah?? jogging, aku dah lame tak buat bende2 tu..kalau nak peluh pun bile time makan maggi kari panas²..tu pun berpeluh kat dahi je.." Jelas Jason sambil ketawa.

Kahkahkah....

Dansa itu juga satu seni.

Thursday, 22 September 2011

Memburu mimpi.

Sejak akhir² ni bila aku tidur, mimpi sudah tidak hinggap lagi ke kotak fikiran aku. Adakah ianya tanda² awal yang aku bukan lagi seorang manusia penuh dengan cita-cita dan impian??

Sigh..!!

Sunday, 11 September 2011

Masih relevankah warna bendera kita.

Merdeka kali ini atau tahun ini semakin menerima tekanan, perbalahan terus berlaku, walaubagaimana pun aku gembira bila semakin ramai orang mempersoalkan tentang perjuangan Perdana menteri pertama menuntut kemerdekaan, aku juga gembira bila semakin ramai orang  tahu yang Henry Gurney adalah susuk utama didalam penubuhan negara Israel pada tahun 1948 lalu datang ke Tanah melayu untuk membantu menyelesaikan kemelut yang melanda kolonial British tetapi berjaya dibunuh oleh Chin Peng disini. Aku juga semakin gembira bila nama² seperti Ahmad Boestaman, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Mat Indera dan ramai lagi semakin dikenali sebagai susuk² yang bermatian menuntut kemerdekaan. Yes ada yang bermandi darah untuk merdeka. Aku juga tersenyum simpul bila ramai yang cakap buku teks sejarah disekolah menengah adalah 'penipu'. Aku juga bertepuk tangan bila semakin ramai yang tahu bahawa lagu NegaraKu adalah ciplak dari lagu Memula Moon juga telah popular di Indonesia dengan nama Terang boelan.

Cuma aku agak sedih bila ada professor² atau pakar sejarah yang kurang mahir untuk bercerita tentang hal merdeka. Demi wang ringgit mereka sanggup menipu.

Kotak aspirasi.

Yes, aku sedar aku terlupa lagi untuk memasukkan apa² entri didalam blog ini. bukan kerana sudah benci untuk menulis tetapi didalam kotak fikiran penuh dengan sawang, sawang kemarahan kerana semakin kau meningkat usia semakin banyak kelemahan yang terbongkar yang kau nampak dan kau tak mampu untuk ubah, yup ini bukan tentang diri aku juga diri kau mahupun kamu, tapi ini tentang falsafah, prinsip juga budaya kehidupan kita. Namun aku cuba untuk bangun dari kemelut yang berpanjangan ini dengan harapan satu hari nanti semua orang akan faham tentang apa yang aku cuba terangkan. Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan kepada semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf jika ada yang selalu kecewa dengan aku.

Saturday, 10 September 2011

Ketawa sambil air mata jatuh.

Damn..!! rasanya seperti aku sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Jika ingin bercakap pun penuh dengan kemarahan dan kebencian, jika ingin memandang dan mendegar juga penuh dengan kekecewaan dan kegelisahan apatah lagi jika mahu untuk menekan jari di papan kekunci.

Tengoklah nanti apa yang bakal terjadi.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law