Merdeka kali ini atau tahun ini semakin menerima tekanan, perbalahan terus berlaku, walaubagaimana pun aku gembira bila semakin ramai orang mempersoalkan tentang perjuangan Perdana menteri pertama menuntut kemerdekaan, aku juga gembira bila semakin ramai orang tahu yang Henry Gurney adalah susuk utama didalam penubuhan negara Israel pada tahun 1948 lalu datang ke Tanah melayu untuk membantu menyelesaikan kemelut yang melanda kolonial British tetapi berjaya dibunuh oleh Chin Peng disini. Aku juga semakin gembira bila nama² seperti Ahmad Boestaman, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D, Mat Indera dan ramai lagi semakin dikenali sebagai susuk² yang bermatian menuntut kemerdekaan. Yes ada yang bermandi darah untuk merdeka. Aku juga tersenyum simpul bila ramai yang cakap buku teks sejarah disekolah menengah adalah 'penipu'. Aku juga bertepuk tangan bila semakin ramai yang tahu bahawa lagu NegaraKu adalah ciplak dari lagu Memula Moon juga telah popular di Indonesia dengan nama Terang boelan.
Cuma aku agak sedih bila ada professor² atau pakar sejarah yang kurang mahir untuk bercerita tentang hal merdeka. Demi wang ringgit mereka sanggup menipu.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
0 comments:
Post a Comment