Saturday, 2 August 2008

Bendera aku berwarna pelangi.

Dulu sewaktu aku kecil aku ada seorang sahabat yang amat aku sayang, amat aku suka, Aku panggilnya Ah Chun, dia adalah seorang yang berbangsa cina, kami amat rapat, kami selalu bermain bersama² tidak kira apa jenis permainan pun kami tetap akan bermain bersama, Ah Chun tinggal tidak berapa jauh dari rumah aku, dia selalu menghabiskan masanya dirumah aku, aku tidak pernah bersikap prejudis atau sebaliknya dekat Ah Chun, aku betul ikhlas berkawan dengannya, emak dan ayah aku juga amat rapat dengan keluarga Ah Chun, jika dia berada dirumah aku kami selalu makan bersama² sehinggalah dia pun akan baca Bismillah ketika hendak makan, lama kelamaan doa makan pun dia boleh menyebutnya, tidak perlu cheong chee fun, tidak perlu bak kut teh dan yang paling menarik Ah Chun tidak boleh makan babi kerana dia alergi dengan daging babi, setiap hari aku akan habiskan waktu petang bersama Ah Chun, pada ketika itu aku tidak lansung memikirkan masalah warna kulit, perbezaan agama dan budaya. Aku amat gembira hidup didalam dunia yang sebegitu, kawasan tempat tinggal aku memang dipenuhi dengan pelbagai kaum baik cina, india, melayu, serani, mahupun sikth, mahupun lain-lain. Kami hidup dengan aman dan gembira, tiada sebab untuk mengkhianati diantara satu sama lain, tiada sebab untuk dengki mendengki, tiada sebab untuk memusuhi diantara satu sama lain, aku juga masih ingat dengan uncle Dorai iaitu seorang jejaka India tetapi telah jadikan bapa aku sebagai abang angkatnya, mereka tidak pernah fikir tentang warna kulit, uncle Dorai juga selalu datang kerumah menghabiskan waktu hari minggu bersama bapa aku dan juga menikmati masakan ibu aku, tidak perlu Tosai ataupun capati, tidak perlu kari ikan mahupun susu pekat tairu. Uncle Dorai akan makan apa saja yang emak aku masak walaupun sambal petai, aku memang kecil ketika itu, aku hanya tahu hendak bermain, bergembira, pergi sekolah tadika dengan kemas balik sekolah tadika dengan libang libut, tapi aku tau makna kehidupan pada ketika itu. Aku juga masih ingat pada keluarga uncle Javinder Singh, keluarganya juga amat baik dengan emak dan ayah aku, aku juga masih ingat dengan Rani Kaur anak perempuan uncle Javinder Singh. Aku juga masih ingat pada suatu hari dimana keluarga Javinder telah memberikan segala peralatan perabot dirumahnya kepada jiran² yang bersebelahan termasuklah keluarga aku kerana mereka hendak berpindah ke Canada, aku juga telah terputus hubungan dengan Rani Kaur sehinggalah kehari ini, setelah aku dan emak pindah ke tempat lain aku memang amat rindu saat² gembira pada waktu itu. Kini hidup aku sudah tidak seperti dulu, memang aku masih gembira walaupun terluka tapi apa yang pasti pada waktu ini kehidupan yang aku lihat sudah tidak seperti dulu lagi, ianya sudah bertukar menjadi "kau..kau, aku..aku". Kita sudah tidak duduk didalam satu negara yang bertuah lagi, kita terlalu pentingkan tentang warna kulit setiap orang, kita sudah tidak mahu berada didalam alunan irama yang sama, kita semua sudah jauh berbeza. Aku amat kecewa. Kenapa kita perlu bersikap kejam diantara satu sama lain, dan aku janji jika aku seorang Raja atau Agung aku akan pastikan perkara ini tidak berlaku, aku akan pastikan setiap kawasan pola penduduk akan dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia dan berbilang warna kulit. Aku akan tukar bendera dari warna merah biru putih dan kuning kepada warna² pelangi indah yang terbit selepas hujan pada waktu petang. Aku janji..

Dont slow me down.

Malam tadi selepas menghabiskan masa di OneCafe Club, setelah meluahkan perasaan dipentas aku dan yang lain² menghayunkan kaki ke tempat makan dan minum sambil melepaskan lelah masing² dengan kegiatan ikhlas dari hari pertama sampai kelima, kami bergurau senda, gelak ketawa, senyum sambil berpegan tangan pun ada, melihat manusia² lain, menyuap makanan, menghilangkan dahaga kasih sayang dan sebagainya. Selepas makan masing² akan meneruskan aktiviti dimalam minggu, ada yang akan mabuk bersama² air cinta, ada yang akan meluaskan fikiran dengan muzik² bising, ada juga yang akan terus mencari kebebasan, ada juga yang akan bertengkar menegakkan keadilan, tapi aku dan Bob hanya menuju laju untuk pulang kerumah. Bob sukar untuk meluahkan kata² dan aku sering menggunakan kaedah monolog dalaman jika ingin bersembang dengan Bob. Dia tanya kenapa aku tak teruskan kehidupan malam, aku cakaplah aku lebih suka menghabiskan masa bersama² John Alagia dan Bjork dirumah, aku tanya kenapa kau tak buat benda yang sama, dia cakap dia nak siapkan assignment yang bertimbun², kemudian aku tanya lagi ke sebab kekasihnya tak bagi balik lewat?? dia hanya tersenyum, aku gelak dan cakap Bob..Bob..hidup ini terlalu indah untuk dinikmati tidak perlu kawalan, tidak perlu paksaan, terbanglah setinggi mana pun dan biarkan ianya melayang tanpa batasan. Setiba dirumah aku lemparkan diri sambil terus merenung syiling tapi kali ini aku sudah tidak letak tangan didahi lagi. Menyerap lagu² dari Bjork, John Alagia, Toki Asako, Matt Costa, KT Tunstall dan lain² sambil terus berfikir dan berfikir.
aku coretkan, aku rangka kan dan aku hitam putihkan segala inspirasi dan ianya akan dipentaskan bersama warna² indah tidak lama lagi.

Dying Tulips are grand.

Kehidupan ini tidak selalunya indah, namun kita masih boleh terus mencari keindahan, satu permulaan yang agak sempurna hari ini apabila keadaan amat lengang didunia aku, warna-warna kuning masih tidak kelihatan lagi tapi aku percaya aku akan atasi segala yang berlaku hari ini. Hari ini adalah hari yang terbaik untuk membuktikan yang diri kita adalah terbaik. Sempurnakannya saja.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law