Sunday, 1 February 2009

Antara shawl dan heels.

Selepas perut kenyang berisi, selepas menarik sedalam²nya asap rokok kedalam rongga pernafasan, selepas jantung bekerja keras mengepam darah melalui saraf, selepas penalti dan sorakan gol!! kedengaran dari dalam dan luar kotak tv, selepas 'notebook' ditutup dan memandang kearah kotak tv. Sambil mata terus liar.

"Kau cuba tengok akak tu yang baju hijau tu, yang pakai tudung tu" Jelas aku sambil memerhatikan.

"Hah, not ba, sweet lah" Jelas Wan sambil memerhatikan juga.

"Bukan pasal tu, kau cuba tengok apa kesilapan dia" Tanya aku semula.

"Ermmm pakai heels warna merah, terang sangat kut" Jawab Wan.

"Nope, kau tengok jeans dia tight, super low, kau tengok baju die, baby T yang tight juga and then pakai tudung, pastu berlengan pendek" Jelas aku.

"Chisskk..gagal lah akak ni, apa dalam kepala dia?? mana boleh macam ni, bf dia suruh pakai macam ni ke?" Jelas Wan sambil berdecis.

"Tulah pasal, aku dah tengok perempuan macam ni dah banyak kali dah, baik pakai mini skirt je" Jawab aku.

"Tak aku rasa dorang ni tengah sangsi lah, mesti dalam kepala pikir neraka wujud ke, kiamat jadi ke, best ke syurga tu." Jawab Wan sambil gelak.

"Tulah dorang dah sangsi gila ni" Aku.

"Weh kau tengok kakak tu pulak, bahan siot.." Wan sambil menjelingkan mata.

"Ahahaha..mana kena t-shirt biru terang pastu pakai shawl warna oren, terang jugak, adoi, kelakarlah dorang ni. Sambung aku.

"Isshh kesian la dia, kau tengok heels dia warna merah tak kena lansung, nasib baik seluar dia tak warna hijau" Wan.

"Kalau macam tu kita panggil tadika bergerak.ahahaha" Sambung aku lagi.

"Tapi kalau letak lampu kelip² boleh jadi kedai Tomyam..ahahaha" Aji mencelah.

"Ah kau ni, nak kutuk orang je tau kan.." Cantas wan sambil membesarkan mata.

"Biarlah, abis tadi kau buat apa?? bagi sedekah?? tidur??" Jawab Aji semula.

"Aku makan jelah tadi mana ada buat apa² kau tengok lah tv, jangan kacau aku" Wan.

"ahahaha" aku.

Dim sum, Fariq dan kotak tv

Sambil menghirup kepanasan kopi, sambil menonton pergelutan bola dikotak tv, sambil mata liat mencari bahan ketawa, sambil sibuk dengan 'notebook' dan rokok.

"Weh geng, aku cabut dulu nanti kalau ada projek best aku bagi tau" Sahut Fariq selepas membuat pembayaran.

"Ok, jumpa lagi nanti" Aku.

"Cuba kau tengok mamat tu, dia skinny gila kan, smart lah dengan rambut ala² slash pastu skinny, mesti senang nak cari seluar dan baju, tak macam aku, pening je nak cari" Jelas Wan sambil memerhatikan Fariq pergi.

"Tulah, bestlah badan dia skinny baru rockers sejati badan bengkok, dapat jadi macam dia kan best" Jelas aku juga sedang memerhatikan lelaki berambut 'slash' dan berskinny jeans iaitu Fariq.

"Aku pun rasa nak jadi macam dia lah, mesti best gila, tapi takkan nak hisap dadah nak bagi kurus" Sambung Wan.

"Aaaahh..oooohh.....cis...adoi, bodoh lah Ronaldo main sorang², haih" Suara Aji yang sedang menonton pergelutan.

"Macam mana ahh..nak kurus??" Tanya Wan.

"Huh jauh perjalanan nak kurus macam dia Wan" Jelas aku.

"Tulah..eh jap, Bang bagi ini dim sum 1 set, yang black peper punya" Wan sambil menunding jari kearah buku menu.

"Ahahah, hah bang bagi 2 set lah terus, mana cukup satu kita kan ramai ni" Sahut aku.

"Aahahah nak kurus macam fariq konon, order 30 set lah baru best" Aji menyampuk sambil menjeling.

"Kau diam" Wan tajam memandang.

"Ahahahaha"

Musnahkan rama-rama

Ketika angin sedang deras berlalu melepasi haluan songsang. Jalan yang lurus sambil memandu jentera pemusnah pada malam hari untuk menuju kesebuah pusat pengampunan. Kedengaran bunyi bising melepasi halangan.

"Kau tengoklah mat rempit tu, apa sebenarnya dalam kepala dorang" Tanya Wan sambil memerhatikan 3 biji motor bersama penunggang memotong kereta.

"Ahaha..dia macam kitaran hidup rama²,dorang ni macam ulat bulu, skang ni bawa motor je, pastu tak lama lagi masuk kepompong, pastu tukar jadi rama²lah, time tu semua dah bawak kereta, kira 'upgrade' sikit tapi still obsess dengan kelajuan" Jelas aku sambil menghayati bait² lirik 'some might say'

"Ahaha..gagal kan dorang, kalau beli kereta pun mesti satria kenapa hah??" Tanya Aji pula.

"Yelah, satria nampak cam racing, nak beli honda dolphin kan mahal, lagipun memang satria murah. so kire oklah.." Jelas aku lagi.

"Abis kita ni macamana pulak, takkan rama² jugak??" Tanya wan lagi.

"Kita tak rama² tapi kita kumbang ahahah" Jawab aku spontan sambil gelak.

"Aahhaa kita kumbang yang gemuk tu, yang kat kepala dia bertanduk pastu kat mulut dia cam 'chengkok' mata tak pastu kalau terbalik badan dah tak boleh buat apa².ahahah" Jawab Wan sendiri.

"Ahahaha tapi biasalah kumbang kan 'cool' je..so kita macam doaanglah" Sambung aku lagi.

"Ahahaha 'chengkok' weh..'chengkok'" Aji.

"sakit kau ni" Wan.

Aahahah..
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law