Sunday 1 February 2009

Antara shawl dan heels.

Selepas perut kenyang berisi, selepas menarik sedalam²nya asap rokok kedalam rongga pernafasan, selepas jantung bekerja keras mengepam darah melalui saraf, selepas penalti dan sorakan gol!! kedengaran dari dalam dan luar kotak tv, selepas 'notebook' ditutup dan memandang kearah kotak tv. Sambil mata terus liar.

"Kau cuba tengok akak tu yang baju hijau tu, yang pakai tudung tu" Jelas aku sambil memerhatikan.

"Hah, not ba, sweet lah" Jelas Wan sambil memerhatikan juga.

"Bukan pasal tu, kau cuba tengok apa kesilapan dia" Tanya aku semula.

"Ermmm pakai heels warna merah, terang sangat kut" Jawab Wan.

"Nope, kau tengok jeans dia tight, super low, kau tengok baju die, baby T yang tight juga and then pakai tudung, pastu berlengan pendek" Jelas aku.

"Chisskk..gagal lah akak ni, apa dalam kepala dia?? mana boleh macam ni, bf dia suruh pakai macam ni ke?" Jelas Wan sambil berdecis.

"Tulah pasal, aku dah tengok perempuan macam ni dah banyak kali dah, baik pakai mini skirt je" Jawab aku.

"Tak aku rasa dorang ni tengah sangsi lah, mesti dalam kepala pikir neraka wujud ke, kiamat jadi ke, best ke syurga tu." Jawab Wan sambil gelak.

"Tulah dorang dah sangsi gila ni" Aku.

"Weh kau tengok kakak tu pulak, bahan siot.." Wan sambil menjelingkan mata.

"Ahahaha..mana kena t-shirt biru terang pastu pakai shawl warna oren, terang jugak, adoi, kelakarlah dorang ni. Sambung aku.

"Isshh kesian la dia, kau tengok heels dia warna merah tak kena lansung, nasib baik seluar dia tak warna hijau" Wan.

"Kalau macam tu kita panggil tadika bergerak.ahahaha" Sambung aku lagi.

"Tapi kalau letak lampu kelip² boleh jadi kedai Tomyam..ahahaha" Aji mencelah.

"Ah kau ni, nak kutuk orang je tau kan.." Cantas wan sambil membesarkan mata.

"Biarlah, abis tadi kau buat apa?? bagi sedekah?? tidur??" Jawab Aji semula.

"Aku makan jelah tadi mana ada buat apa² kau tengok lah tv, jangan kacau aku" Wan.

"ahahaha" aku.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law