Malam, ketika melihat langit dan awan hitam beralun² bergerak secara perlahan mengikut paksinya, aku masuk kedalam bilik dan cuba memulakan episod baru sebuah kehidupan. Mendengar lagu² dari corong speaker sambil mata menenung episod lalu dari kehidupan lama di skrin komputer, membelek satu persatu gambar² manusia yang pernah mewarnai lukisan hati dan jiwa aku. Setibanya pada satu gambar yang aku curi diinternet milik seorang perempuan dan aku simpan didalam folder lama. Gambar seorang perempuan yang hampir berjaya membuka kunci pintu besi yang penuh dengan kebencian dan kemarahan, sebuah gambar potret indah yang sentiasa senyum sambil matanya memberi pelbagai maksud dan makna tentang erti sebuah perhubungan. Aku tenung dengan penuh syahdu sambil pada masa yang sama sedang berkumandang lagu DEEPSET 'Every instance in time is a journey of hope', membuatkan jiwa ini sentiasa dan masih mengharapkan sekelumit harapan darinya. Tiada siapa pun yang tahu tentang aku dan dia, tiada siapa pun peduli tentangnya kecuali aku, sememangnya aku dan malangnya tiada siapa pun termasuk dirinya mahu ambil peduli tentang anekdot² berwarna yang pernah direka oleh aku untuk dirinya. Aku fikir dia tidak akan lari jauh dari aku, tapi siapa aku untuk tentukan datang dan perginya sesebuah kisah gembira itu. Tanpa penyesalan dan tanpa memberitahu aku telah padam gambarnya pada saat lagu SNOW PATROL 'You could be happy' sedang berkumandang. Pusingan harus terus dipusingkan dan aku sedang melengkapkannya. Maaf hari ini aku bermain dengan jiwa.
Telefon berdering (gangguan).
“Ello, weh hang rasa boleh ka nak saman sultan?” Tanya Fakhrul kepada aku melalu corong speaker telefon bimbit.
“Huh, darah kita merah, darah depa pun merah, kita sama je, depa tuhan jugak yang buat, so saman jelah, apa peduli” Jelas aku sambil ketawa.
“Tu lah kan, tapi ada yang dok bangkang siap buat rusuhan semua buat apa?” Tanya Fakhrul lagi.
“Ahaha depa nak jadi hang tuah, setia pada raja, ahaha macamlah raja tu pi sumbat nasik kat depa hari²” Jelas aku lagi.
“Btoi gak tuh, gila lah depa ni..huru hara, jom bla dari sini” Fakhrul.
“Ahahaha..hang ni tak abis² melawak, jom lah bla, aku tunggu hang je ni, dah la aku nak tidoq, esok cita lagi, ganggu aku je..ahahah”
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment