Dalam suasana sejuk, cahaya memalit kedalam ruang bilik, sambil baru terjaga dari tidur, diatas katil dimana tilamnya selembut sutera, mata layu memerhati suasana selepas hujan dipagi hari melalui jendela, kedengaran secara sayup bunyi burung keluar terbang mencari ruang, sambil menarik nafas sedalam²nya untuk menikmati keindahan pagi ahad yang dingin. warna kuning dan hijau bersatu memenuhkan suasana, selepas aku beralih arah ke kiri dan tangan dimasukkan kebawah bantal, kedengaran pula secara perlahan alunan lagu dari John Lennon 'Imagine' sambil kepala aku turut sama menghayati bait-baitnya "You may say that I'm a dreamer, But I'm not the only one, hope someday you'll join us, And the world will be as one". Memang indah hari aku.
"Eh how to raised this card by using different source doc" Tanya Herve kepada aku.
"Ha, u just open the source card first and then clikc generate" Jawab aku secara terkejut.
Damn..hari ini hari ahad, pagi yang sejuk sebab hujan renyai baru berhenti, dan aku sebenarnya di pejabat menerima segala hukuman. Sepatutnya aku masih tidur lagi, bukan dipejabat.
"Hey pretty boy, still sleeping or what" Tanya Herve lagi.
"Nope, still pissing. Jangan kacau aku doboh." Jawab aku.
"What?? what is kacho? Dobho?" tanya Herve si French guy.
"Oh its meant like 'dont cry pretty boy' in malay" Jawab aku semula.
"Owh..in France we call 'Dont Cry joli garçon'" Jawab Herve semula.
"Dah aku tak nak layan kau"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
0 comments:
Post a Comment