Selepas membuka pintu berjalan dengan penuh keyakinan, dengan penuh kebanggaan, sambil ditangan sedang memegang sebungkus plastik kuning dimana didalamnya berisi sekumpulan kepuasan. Kucing tergolek² terkangkang² tidak mampu untuk memberhentikan langkah ku. Lupakan untuk tukar baju mahupun buka stokin, dengan penuh rakus apabila sampai didapur aku capai bakul dan masukkan segala yang ada didalam plastik. dalam keadaan penuh debar aku rangkul pintu peti sejuk dan letakkan bakul kedalamnya. Lampu oren malap memberi sinar baru apabila mendapat kehadiran sebakul 'epal hijau'. Mulai hari ini tidak perlu rasa sangsi untuk memetik setiap biji epal hijau didalam bakul. Aku menang dengan bergaya. Aku angkuh dengan gembira.
"Eh lewat balik hari ini, keje banyak ke??" Tanya emak.
"Tula, ada keje skit, kawan yang sekali keje tu dah bersalin, so tinggal sorang jelah buat semua benda" Jelas aku.
"Oh dah bersalin dah, dapat anak apa, lelaki ke perempuan" Tanya emak lagi.
"Anak lelaki" Jawab aku.
"Emmm alahai, lambatlah dapat menantu" Jelas emak.
"Hah?? kenapa??" Tanya aku pula.
"Yelah, anak lelaki kan kahwin lambat" Jawab emak sambil tersenyum.
"..!!!??????" Aku yang tadi menang dengan angkuh, berjalan terus masuk bilik terus dengar lagu EXPOSIONS IN THE SKY 'day 2' dan terus membaling susuk tubuh ke katil. Damn!!
grüner Apfel adalah epal hijau dalam bahasa Jerman
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
6 comments:
haha. dahsyat la mak u.
and tahniah sebab berjaya membeli epal hijau.
huh?? Dasyat..??
salam..tumpang baca yer :)
Thanx sbb tumpang bace.. :)
Yelah, anak lelaki kan kahwin lambat" Jawab emak sambil tersenyum.
"..!!!??????" Aku yang tadi menang dengan angkuh, berjalan terus masuk bilik terus dengar lagu EXPOSIONS IN THE SKY 'day 2' dan terus membaling susuk tubuh ke katil. Damn!!
i mean libasan dia terhadap u.
Hahaha ibu saya memang hebat melibas..ahaha
Post a Comment