Wednesday 4 February 2009

Kisah kecewa tentang semalam.

Berjalan seorang diri didalam gelap, lalu terlihat seekor rasaksa berwarna hijau kehitaman, mempunyai mata yang amat merah, gigi yang tajam, riak muka yang kejam bila memandang aku. Tanpa buang masa aku berlari selaju²nya, tetapi apakan daya rasaksa itu berlari dengan lebih pantas, sambil kedengaran ia menjerit seolah² menyuruh aku berhenti berlari membuatkan aku lagi kaget dan cemas. Tanpa toleh kebelakang aku terus mara kehadapan, tetapi semakin lama semakin tidak berdaya, dalam keadaan yang amat gelap dan kedengaran setiap hembusan nafas rasaksa tersebut membuatkan aku semakin cemas kerana bunyi semakin lama semakin dekat menandakan ianya sedang mara menghampiri aku. Jantung seperti hendak meletup, segala apa didalam badan seperti hendak terkeluar. Aku makin perlahan untuk berlari dan aku dapat rasankan angin kelajuan rasaksa, belum sempat aku hendak menoleh kebelakang rasaksa itu sudah berjaya menerkam aku, tidak nampak malaikat mahupun jin tiba² aku tersedar dari mimpi, jantung berdegup sekencang-kencangnya.
Mimpi seram, mimpi indah, mimpi buruk, mimpi kecewa, mimpi tragis, mimpi sedih, mimpi gembira dan segala macam mimpi adalah hasil kesan khas yang paling terbaik pernah dialami oleh semua orang, kesan khas ini mampu mengatasi kesan khas dari mana² filem di Hollywood apatah lagi Bollywood mahupun cerita² dari Razak Mohaideen dan Piere Andre. Sejauh mana kebenaran mimpi anda?? memang sukar untuk dinilai secara kasar. Namun begitu setiap mimpi selalunya akan dipengaruhi oleh minda kita sebelum kita tidur, tidak kira pada hari yang sama mahupun hari yang lain, contohnya jika kita sedang memikirkan tentang Rachel mc'Adam, sudah tentu dalam mimpi kita akan berjalan bersama² berpegang tangan dengan Rachel mc'Adam. Tetapi ianya jarang berlaku dan amat sukar untuk dijadikan kenyataan. Siapa setuju sila angkat tangan sambil melompat².

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law