Monday 2 February 2009

Robert Smith memang suka hari jumaat dan bukannya hari Isnin.

Mata tidak mampu untuk menyuluh, kaki juga amat malas untuk melangkah, minda dan jiwa seolah² terkunci rapi, bibir tidak mampu untuk meluahkan kata-kata. Begitulah yang berlaku pada hari ini, tetapi tidak kepada aku. Hari ini hari pembalasan dendam, hari ini hari untuk berteriak. Aku seperti disuntik antidot ajaib, bangun dengan tenang serta menuju ke tempat kerja juga dengan hati yang senang. Hari ini bukan milik anda semua tetapi milik aku, jika aku Robert Smith dan menyanyi untuk THE CURE sudah pasti tajuk lagunya akan aku ubah dari 'Friday i'm love' kepada 'Yes Monday i'm in love'. Hari ini tiada masalah bagi aku. Hari adalah hari bermasalah bagi orang yang tidak suka aku.

Telefon berdering, lalu.

"Hello, naik atas sekejap,, saya nak jumpa awak, ada orang report pasal last week" Lelaki berbaju kemeja dan tie.

"Report pasal saya?? report apa?" Tanya aku.

"Yelah selalu datang kerja lewat" Jawab lelaki berbaju kemeja dan tie.

"Okay, saya naik sekarang" Aku.

Seperti biasa, jika kita hendak naik tangga keatas kita sudah pasti perlu pijak tangga itu untuk sampai keatas, inilah lumbrah pusingan kehidupan dan aku tidak akan menganggu pusingan itu. Terus jalan sambil senyum anggap saja sedang pakai seluar jeans dan t-shirt juga sambil hisap rokok. Just be cool.

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law