Sunday 22 February 2009

MOLEKUL INDAH #1

Sudah beberapa malam aku mengalami mimpi yang buruk tapi sama, mimpi dimana bila aku terjaga dari tidur pada waktu petang rumah aku sudah tiada bumbung yang tinggal hanyalah dinding² yang menanti waktu untuk jatuh, lantai telah bertukar menjadi pasir yang berlalang, angin kencang bertiup melepasi setiap jendela yang ada, aku hilang kawalan, aku bingkas bangun dalam keadaan yang pelik mencari mak tapi tiada walaupun sayup aku masih mendengar suaranya namun makin lama makin jauh dan hilang, kucing² yang selalu berkeliaran didalam rumah aku pun sudah tidak kelihatan lagi, yang aku dengar cumalah bait² lirik dan alunan lagu, aku berjalan tanpa arah kesetiap ruang yang ada tapi tidak dapat melihat apa², suasana amat cerah dan berangin kedengaran diluar pasir sedang beterbangan sambil berbisik. aku cuba mencari jalan keluar dan apabila aku buka pintu yang aku dapat lihat hanyalah kawasan yang amat suram tiada penghuni dan yang tinggal hanyalah kain jemuran yang beralun² diampaian kerana ditiup angin, aku menjadi semakin pelik dan terus melangkah keluar, fikiran aku amat bercelaru tapi penuh dengan hasrat ingin tahu. Setiap langkah yang aku cipta pasti menjadi tanda tanya kerana aku tidak pasti apa yang sedang berlaku disekeliling aku, semakin jauh aku melangkah dan bila aku toleh kebelakang sedikit demi sedikit gambaran dinding rumah aku hilang, aku jadi amat pelik, setiap langkah yang telah aku lepasi juga akan bertukar menjadi gelap, dihidung aku ada terbau seperti air laut berada dekat depan aku, tapi mata aku amat sukar untuk memastikannya. Terus berjalan adalah objektif aku, dan dari jauh aku terlihat sepasang kekasih yang sedang berlari² kegembiraan sambil berkejaran ditepi pantai, aku cuba untuk mendekati mereka, aku ingin lari tapi aku tidak mampu, badan aku amat lemah, aku cuba untuk jerit tapi tiada apa yang boleh aku lontarkan, aku seperti tidak mampu untuk menjerit. Aku semakin bingung..

Sila mainkan lagu 'Karma Police' dari RADIOHEAD ketika membaca entri ini
Bersambung..

0 comments:

© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law