Sambil menghirup kepanasan kopi, sambil menonton pergelutan bola dikotak tv, sambil mata liat mencari bahan ketawa, sambil sibuk dengan 'notebook' dan rokok.
"Weh geng, aku cabut dulu nanti kalau ada projek best aku bagi tau" Sahut Fariq selepas membuat pembayaran.
"Ok, jumpa lagi nanti" Aku.
"Cuba kau tengok mamat tu, dia skinny gila kan, smart lah dengan rambut ala² slash pastu skinny, mesti senang nak cari seluar dan baju, tak macam aku, pening je nak cari" Jelas Wan sambil memerhatikan Fariq pergi.
"Tulah, bestlah badan dia skinny baru rockers sejati badan bengkok, dapat jadi macam dia kan best" Jelas aku juga sedang memerhatikan lelaki berambut 'slash' dan berskinny jeans iaitu Fariq.
"Aku pun rasa nak jadi macam dia lah, mesti best gila, tapi takkan nak hisap dadah nak bagi kurus" Sambung Wan.
"Aaaahh..oooohh.....cis...adoi, bodoh lah Ronaldo main sorang², haih" Suara Aji yang sedang menonton pergelutan.
"Macam mana ahh..nak kurus??" Tanya Wan.
"Huh jauh perjalanan nak kurus macam dia Wan" Jelas aku.
"Tulah..eh jap, Bang bagi ini dim sum 1 set, yang black peper punya" Wan sambil menunding jari kearah buku menu.
"Ahahah, hah bang bagi 2 set lah terus, mana cukup satu kita kan ramai ni" Sahut aku.
"Aahahah nak kurus macam fariq konon, order 30 set lah baru best" Aji menyampuk sambil menjeling.
"Kau diam" Wan tajam memandang.
"Ahahahaha"
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
1 year ago
4 comments:
Hahahaha!
Hey Aim jangan gelak.
jangan makan kalau nak kurus..hehe
tapi jika tidak makan kita akan lapar..haha
Post a Comment