Thursday, 5 May 2011

London trip #2
















Perjalanan diteruskan lagi.

Selepas lebih dari serauts jam aku dikota London, perjalanan diteruskan lagi, kami menaiki bas meluru dari Victoria Station dan terus ke Warwickshire sambil ditemani keluasan ladang bunga berwarna kuning dikir dan kanan jalan, aku jadi sebak melihat keindahan ciptaanNya. Dari Warwickshire bas terus meluru ke Coventry dan seterusnya ke Birmingham airport, Aku dan super wife kadang² terjaga, kadang² terlelap dan hilang entah kemana. Tidak lama selepas itu bas berhenti disalah sebuah R&R disana dan pemandu bertukar tangan lalu diteruskan perjalan hingga ke Manchester, hari sudah semakin petang dan lebih dari 1 jam kemudian kami sampai ke Liverpool. Aku tidak boleh cakap yang kami melancong ke negara England, sebaliknya aku lebih gembira jika ianya dianggap sebagai lawatan memenuhkan pengetahuan, meluaskan pengalaman juga pandangan. Petang sudah semakin gelap, manusia² sudah semakin berkurangan, aku dan 'super wife' mencari alternatif untuk ke Salisbury Road, Anfield dari Brownlow Hill dimana hostel telah ditempah disana. 2 malam kami di sana, bagi aku kota Liverpool sangat sejuk  tidak sama seperti di London, kota Liverpool lebih tenang dari kota London, kota Liverpool lebih banyak orang tempatan dari kota London, kota Liverpool lebih rock dari kota London dan diantara perkara yang menarik aku berjaya simpan didalam kotak memori aku adalah ketika pada waktu pagi di tepi jalan bertentangan dengan stadium Anfield, aku dan 'super wife' berjalan menuju ke 'bus stop' dan sewaktu kami melangkah ada sebuah lori sedang berhenti di gigi jalan dan kelihatan pemandunya sedang mengigit sandwich, kedengaran dari corong radio lorinya adalah lagu 'Champange supernova', terus dalam hati aku berbisik.

Kalau di negara aku pemandu lorinya selalu dengar dangdut kut, tak pun lagu hindustan.

Sunday, 1 May 2011

Kota London.

Kota London, bagi aku ianya satu pusat besar yang berjaya menarik segala macam jalur warna juga alunan luna dari pelbagai jenis kupasan manusia, aku jumpa lelaki pakistan, aku jumpa perempuan Myanmar aku nampak lelaki india, aku nampak perempuan Rusia, aku terlihat lelaki Arab, aku terlihat perempuan cina, aku terjeling lelaki Itali, aku juga terjeling perempuan German, pelbagai jenis agama dan budaya, pelbagai warna kulit dan bahasa bersatu di kota ini, orang-orang tempatan hanya penyeri juga pelengkap kepada setiap jenis manusia yang ada disini. Kota London, bagi aku ianya satu pusat untuk mencari rezeki, pusat penggabungan idea-idea bijak lagi bernas, juga pusat kesibukan. Kehidupan sangat hidup disini. Aku teruja, aku juga gembira. Harga barang makan murah, nope gila murah, 'fish and chip' adalah antara makanan tradisional mereka, kehidupan yang sihat mampu dimulakan disana, gymnasium juga murah sistem transportasinya amat cekap, sistem jalanraya juga sama cekap dan teratur, orang-orang tempatannya budiman dan peramah, moral mereka tinggi, rumah-rumah mereka terbaik, sistem kehidupannya teratur. semangat nasionalisma-nya juga tinggi, muziknya, damn terbaik, seni-nya buat aku teruja, cuacanya sangat nyaman, dipendekkan cerita mahupun dipanjang jelakan kisahnya, kota London sangat penuh dengan citarasa yang aku perlukan, satu terapi paling sempurna untuk aku dan 'super wife', jutaan motivasi untuk kami berdua dan aku pasti ini bukan kali terakhir untuk kami pergi kesana.

Atau mungkin lawatan kali ini mampu membuka satu semangat baru untuk kami tinggal disana.
© NotaBernoktah 2012 | Blogger Template by Enny Law